2

Romance Series 4839

Hamraa perlahan lahan membuka matanya. Dia tahu tempat ini. Dia bukan lagi di stor, tapi di klinik sekolah.

Dia cuba untuk bangun, namun perutnya terasa begitu pedih. Rasa seperti ditikam tikam. Mata dan bibirnya pula bengkak.

"Ah, dia dah bangun." Seorang jururawat mendekati Hamraa.

Di belakang jurarawat itu, seorang wanita berambut perang merenung tajam ke arahnya. Dia sedikit pun tidak peduli tentang apa yang terjadi pada gadis itu hingga menyebabkan dia masuk ke hospital. Sebaliknya, dia memandang Hamraa dengan pandangan jijik.

Nafas Hamraa turun naik. Dia takut. Sudahla dia dibuli, kini apa pula yang akan terjadi padanya?

"Saya keluar dulu ya puan. Nanti kalau ada apa apa, tekan butang dekat sebelah katil tu." Beritahunya sebelum keluar.

Puan Riana mengambil tempat di kerusi yang disediakan di sebelah katil pesakit.

"Aku dengar ada dua orang pengawas jumpa kau dekat stor tadi." Dia memulakan perbualan terlebih dahulu. Hamraa hanya menundukkan kepala, tidak berani mahu bertentang mata.

"Yang kau pergi kat situ pahal? Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar, bukannya cari gaduh dengan orang lain." Suara Puan Riana mula meninggi.

"Tengok apa jadi kat kau sekarang ni. Yang susah siapa? Aku jugak!" Dia menunjal kepala Hamraa.

"Cikgu kau salahkan aku sebab tak pandai didik anak! Dia kata aku ni manjakan sangat kau! Eh Hamraa. Kau dengar sini eh. Lain kali kalau ada report lagi pasal kau, aku tak akan teragak agak untuk halau kau tau. Dengar tak?"

"Dengar." Jawab Hamraa dalam keadaan kepalanya masih menunduk.

"Kau patut bersyukur. Aku ni kira cukup baik la tak halau kau. Kalau tak, memang merempat la kau kat luar!" Puan Riana masih lagi menunjal kepala anaknya itu.

"Balik rumah nanti, siap kau! Jangan ingat sebab kau tengah sakit sekarang, aku tak akan pukul kau. Ewah ewah banyak cantik! Kau sakit ke tak sakit ke, aku tetap akan buat jugak. Ha eloklah. Sape suruh kau cari gaduh kan?"

Hamraa tahu ini akan berlaku. Dia sudah biasa dipukul. Setiap hari balik saja dari sekolah, pasti ada saja amukan maknya itu. Kalau tak pasal kerja, mesti pasal ayahnya.

____________________________

Mereka pulang ke rumah pada petang itu. Walaupun keadaan Hamraa agak teruk, namun Puan Riana berkeras mahu bawa anak gadisnya itu pulang. Dia berkata kepada jururawat dan doktor bahawa dia sendiri akan menjaga Hamraa. Padahal, dia sedikit pun tidak pernah amik kisah atau campur dalam hidup Hamraa.

Encik Andi terbaring di atas sofa. Botol botol arak bersepah di atas meja. Keadaan dalam rumah itu jugak bersepah dan tidak terurus. Sampah bertaburan. Tingkap berhabuk.

"D...Dari mana tu?" Tanya Encik Andi dalam keadaan mabuk.

"Dari sekolah la. Nak dari mana lagi?" Balas Puan Riana. Dia mencampakkan beg tangannya di atas sofa.

"Serabut tahu tak? Kena jaga sorang sorang. Aku nak kena jaga pompuan ni, lepas tu nak kena jaga kau lagi. Rimas la!" Rungutnya.

Encik Andi hanya tergelak. Entah apa yang lucu pun dia tidak pasti.

"Diam lah! Aku tengah pening kepala ni!"

Hamraa memerhatikan maknya yang sedang menutup mata sambil memicit kepala. Dia gunakan peluang yang ada untuk naik ke bilik secara senyap. Baru tiga langkah, namanya dipanggil.

"Hamraa. Sini."

Dia akur. Dia jalan lambat lambah ke arah yang dimaksudkan.

"Kau ingat kau boleh lari?" Keras suara Puan Riana. Dia langsung tidak menunjukkan kesedihan pada mukanya apabila Hamraa sakit. Yang dipaparkan pada mukanya adalah rasa marah.

Rotan di dalam almari diambil. Tanpa menunggu lama, dia terus menyebat belakang badan Hamraa dengan begitu kuat.

ZAP! ZAP! ZAP!

Hamraa menggigil, cuba menahan tangisannya. Lagi dia menangis, lagi kuat dirinya disebat.

"KAU NI BEBAN LA!" Maki wanita itu.

Hamraa bukan saja disebat dengan rotan, malah selepas itu dia dipukul pula dengan tali pinggang ayahnya.

"S...Sakit ibu..." Rayuannya tidak diendahkan.

"Ha tahu sakit. Buat lah lagi perangai. Nak tunjuk hebat sangat kan! Ha buatlah buat!"

"Hamraa mintak maaf..."

"Tak payah la nak menangis bagai! Aku tak ada masa nak layan drama air mata kau!" Katanya sambil membantai gadis itu dengan tali pinggang.

Encik Andi yang separa sedar menoleh ke arah anak bininya.

"Dah dah...lah tu...Pukul anak..." Dalam keadaan mabuk dia berkata.

"KAU DIAM! KAU TAK ADA HAK NAK MASUK CAMPUR!" Amukannya semakin kuat.

Apabila dia sudah puas melepaskan kemarahannya, dia berhenti.

"Lepas ni aku tak nak dengar lagi ada report daripada sekolah cakap pasal kau! Kalau tak, lagi teruk kau kena!" Beritahunya lalu beredar.

Hamraa terduduk. Air matanya masih mengalir. Tiap tiap hari nasibnya begini.

'Sampai bila aku kena bertahan?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience