9

Romance Series 4839

'Betul ke apa yang aku buat ni?' Soalan itu sudah banyak kali bermain di kotak fikirannya. Sedikit pun tumpuannya tidak diberikan kepada buku buku di atas meja.

'Macam mana kalau apa aku buat ni salah? Macam mana kalau aku tak sempat pun nak lari dari rumah?'

Hamraa menutup wajahnya sambil beristighfar beberapa kali.

'Kalau aku mati macam mana?' Dia risau itu akan berlaku pada dirinya. Melihatkan perlakuan si emak, peratus untuk perkara itu terjadi adalah tinggi.

Hamraa segera bangun dan menuju ke bilik air.

'Baik aku solat dhuha. Luahkan semuanya pada Sang Pencipta.'

________________________________

"Betul ke apa kita buat ni?" Aimi bertanya pada Linda, kemudian dia beralih memandang Qasandra. Mereka berdua tersenyum ceria. Sedikit pun tiada perasaan bersalah.

"Betul lah. Dia buat kau, kau kena la balas balik. Kan Qas kan?" Linda mengenyitkan mata.

"Yes girl. Kau kena balas balik apa dia buat kat kau. Dia gunakan kau selama ni Aimi. So, setakat buang semua buku bawah meja dia ni apa lah sangat?" Kata Qasandra dengan penuh selamba. Dia membuang satu per satu buku latihan dan nota milik Hamraa ke dalam tong sampah.

"Aku rasa ni tak cukup la. Kena balas lebih." Linda memeluk tubuh. Aimi dapat membaca air muka gadis itu yang sedang memikirkan sesuatu yang buruk.

"Kau nak buat apa kat dia?" Tanya Aimi.

"Urm...Let' see. Kalau basahkan baju dia nak tak?"

"Okay jugak ahahaha!" Qasandra ketawa setuju.

Aimi tidak tahu mahu mengikut rancangan mereka atau tidak.

"Kalau cikgu tahu macam mana? Nanti aku jugak yang kena." Dia cuba mempertahankan Hamraa. Mungkin dia bencikan gadis itu, tapi dia tidaklah seteruk mereka berdua.

"Relaks la. Selama ni kitorang buli dia, pernah ke kitorang masuk bilik disiplin?" Jawab Qasandra dengan penuh angkuh.

Aimi akui, memang susah orang nak percaya jikalau dia mengatakan bahawa mereka berdua ini pembuli. Mereka bukan sajaha pengawas, bahkan mereka juga tokoh cemerlang dan terpuji di sekolah itu. Senang cerita, depan lain belakang lain.

"Ke kau takut kalau pape jadi dekat dia? Hah Aimi?" Tanya Linda kasar.

"Mana ada! Buat apa aku nak rasa bersalah? Dia yang start dulu!" Wajah Aimi bertukar merah. Suaranya meninggi.

"Sebab tula, kau sikit pun tak payah la rasa bersalah dengan dia. Okay?" Linda tersenyum puas melihat gadis berambut tocang itu bagaikan gunung api yang meletus. Qasandra turut sama tersenyum.

______________________________

Hamraa menunduk sedikit untuk mengambil buku buku yang tersusun kemas di bawah mejanya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bawah mejanya itu kosong.

'Mana pergi semua buku aku?' Dia cemas.

Dia meraba raba isi dalam begnya. Yang ada cuma beberapa buku teks dan kertas kajang.

'Linda. Qasandra.' Nama itu terpancul dalam mindanya.

Dia memandang ke hadapan, tempat di mana Linda sedang duduk. Kemudian dia memandang pula Qasandra yang duduk di barisan tengah di hujung.

Mereka berdua sedang tekun membuat latihan.

'Memang kerja dorang.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience