BAB 7

Horror & Thriller Completed 7571

Topik perbualan diubah.Lantas kedua-duanya bersembang sakan malam itu.Melepas rindu setelah lama tidak berjumpa.Handphone menjadi penghubung.Neyna di luar bilik hanya memasang telinga.

Keesokan paginya Marlinda bergegas untuk bertemu dengan kontraktor elektrik yang berjanji ingin membuat “wiring” di butik Aranana.Dia gocoh-gacah kerana dia terlewat bangun semalam.Selepas puas bersembang dengan kekasih Tionghua nya itu,Marlinda resah gelisah.Marlinda tidak dapat tidur malam tadi kerana memikirkan perangai pelik Neyna yang tiba-tiba menyoal dia.

“Itu satu hal,yang si Jern Huat sibuk cakap ada dengar bunyi binatang tu,binatang apa?”.Marlinda bertanya diri dia sendiri.

Marlinda tidak tahu bahawa Neyna duduk di sebalik pintu mendengar perbualannya.Tambah pelik lagi Jelita yang suka makan masakan Marlinda pula tidak menjamah sedikit pun lauk itu dan terus berlalu pergi.Malam itu lain hangatnya.Biliknya terasa panas sangat dan yang dia pelik sangat ialah bagaimana air di dalam pasu bunga yang diletakkan bunga lily segar itu berubah menjadi hitam?
“Morning Marlinda,my sweet girl”, sapa Puan Nithya. “Terima kasih kerana membersihkan pasu bunga aunty,jangan risau,aunty tidak marah you.You tak perlu ganti apa-apa ya?.

“Morning Puan, sorry sangat-sangat,semalam I’m having my bimbo moment pulak!” Balas Marlinda dan dia terus masuk ke kereta kerana ingin mengejar masa. “See you “. Lambai Marlinda kepada Puan Nithya.

Sempat Marlinda menjeling di side-mirror keretanya,Puan Nithya yang anggun memakai sari bewarna peach memasukkan sesuatu bewarna hijau dalam bentuk lipatan ke dalam peti surat rumahnya.Marlinda ingin sahaja memberhentikan kereta untuk melihat apa yang Puan Nithya beri itu,tetapi dia memutuskan untuk melihat apabila pulang nanti.

“Macam aku kenal je sampul hijau tu.” Marlinda mengomel seorang.

Puan Nithya yang sejak awal lagi tidak suka dengan jiran nya yang bernama Cik Jelita itu.Puncanya?Hanya Puan Nithya sahaja yang tahu.Saban hari mahu sahaja dia pecah masuk rumah jirannya itu dan melihat apa aktiviti mereka.Dia percayakan Marlinda dan dia risau Marlinda akan menjadi mangsa pula.Puan Nithya merasakan Cik Jelita dan Neyna ada menyembunyikan sesuatu or even worse they are demons kot.Menurut sami yang bertugas di Kuil berdekatan rumahnya,sami itu menasihati agar Puan Nithya untuk berpindah kerana sami itu merasakan ada aura negative yang cuba mengugat keamanan taman itu.

“I know,this two girls will ruin my plan”. Nithya bercakap sorang di depan cermin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience