BAB 4

Horror & Thriller Completed 7571

Senyuman maut Cik Jelita adalah bukan senyuman menggoda yang anda sedang bayangkan.Senyuman maut Cik Jelita adalah senyuman yang boleh membawa maut!Senyuman ala-ala penjahat yang puas apabila membuat kejahatan.Jelingan lirik mata dan senyuman sinis yang tidak menampakkan gigi itu adalah sisi Cik Jelita yang Marlinda benci.Dia benci melihat jelingan itu.

Marlinda memerhatikan sahaja satu bekas kecil yang digenggam erat oleh Cik Jelita saat rakan serumahnya itu berlalu pergi.Sebijik macam bekas yang digenggam perempuan bersongket itu!

Cik Jelita Suri,itulah nama rakan serumah pertama Marlinda saat dia menjejakkan kaki ke Bandaraya Johor Bharu ni. Seindah nama,seindah rupa.Cik Jelita memang cantik.Tetapi pakaian dia agak menonjol berbanding Marlinda.Menonjol dari segi pendedahan auratnya.Perangai dan liuk lentok gediknya pun memang lain benar dengan Marlinda.Walaupun Nampak lembut dan manja tetapi Cik Jelita ini tegas.Jikalau dia memberi pendapat jangan sesekali menyampuk,akan kedengaran lah bebelan dan dengusan suara garau keluar dari mulutnya.Dont get me wrong,dia BUKAN maknyah.

Selalunya baju kemeja jarang akan dipadankan dengan skinny jeans.Dress ketat dan pendek atas lutut.Itulah pakaian biasa bagi Cik Jelita.Marlinda berkenalan dengan Cik Jelita melalui Fac,di mana Cik Jelita membuat tawaran untuk wanita bujang dara yang ingin menyewa bersamanya.Marlinda yang kebetulan berpindah ke JB terus menerima tawaran itu kerana dia malas nak mencari rumah.Tambahan pula harga sewa bilik yang ditawarkan memang murah,serendah RM 150.00 sebulan,termasuk bil elektrik dan air! Murah sangat!

Cik Jelita ini penuh misteri,saban pagi dia akan keluar dari bilik dengan senyuman mautnya dan apabila pulang dia akan kelihatan letih atau moody sikit.Sebelum masuk bilik dia akan menoleh kebelakang dan memberikan senyuman maut nya sekali lagi. Seakan-akan dia tengah menerima arahan dan meniyakan arahan itu.

Marlinda pula bekerja sebagai Pengurus Butik Aranana, sebuah butik muslimah yang semakin terkenal.Dia terpaksa ke Jb untuk menguruskan pembukaan butik ke-tiga Aranana.Walaupun bekerja di butik Muslimah ,Marlinda lebih gemar untuk memakai loose scarf Ferragamo bersama blaus bercorak oriental dan digayakan bersama sepatu jenama Tod’s.Sling beg Marc Jacob dan haruman Annick Goutal adalah signature Marlinda.Marlinda masih belum bersedia untuk berhijab penuh kerana dia akui sejak kecil lagi, dia tidak pernah diberi pendedahan tentang ilmu agama oleh ibu ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience