BAB 8

Horror & Thriller Completed 7571

Taman Ria adalah sebuah taman perumahan di pinggir Bandar Johor Baru.Sebuah taman yang diduduki oleh banyak pasangan yang inginkan suasana aman.Pintu masuk taman ini ibarat gerbang istana lama.Daripada pintu masuk taman ini ke jalan besar akan memakan masa 10minit jaraknya.Pohon-pohon rhu menghiasi kiri kanan jalan taman ini.

Taman Ria yang sekian lama aman dan tenang dikejutkan dengan kes gantung diri oleh sepasang adik beradik dari Filipina yang sudah lama menetap di situ.Ramai penduduk mengambil keputusan untuk berpindah setelah kes ini berlaku.Hanya satu lorong sahaja yang mempunyai penghuni iaitu yang didiami oleh Puan Nithya dan seorang pendatang baru,bernama Cik Jelita.

Kes itu benar-benar menakutkan penduduk taman itu.Sepanjang dia duduk di taman itu lebih 15 tahun Puan Nithya merasa risau dengan keadaan itu.Ini semua berlaku sejak Cik Jelita berpindah masuk dan rumah mereka hanya selang serumah sahaja.

“Rumah cornet lot bewarna kuning itu lah puncanya”.bisik hati kecil Puan Nithya.

Puan Nithya kenal benar dengan pasangan Amanda dan Roger.Mereka berdua adalah pasangan adik-beradik dari Filipina yang sudah lama menetap di Malaysia.Amanda ialah seorang jururawat dan Roger pula ialah seorang guru bahasa Inggeris di sekolah yang sama dengan Neyna.Pasangan Filipina ini duduk selorong dengan Puan Nithya dan rumah Cik Jelita.

Sebelum Cik Jelita dan Neyna masuk berpindah ke taman itu, Neyna pernah duduk menyewa dengan sepupu kepada Amanda iaitu Sergio.Sergio ialah kekasih gelap Neyna.Cik Jelita pula entah datang dari mana.

Suatu hari,Sergio telah ditangkap dalam satu serbuan kerana rumahnya dijadikan tempat untuk mengawet haiwan-haiwan eksotik.Sergio sekarang dipenjarakan kerana bersubahat dalam pengeksportan haram haiwan eksotik ke Negara China.Neyna dibebaskan kerana dia tidak bersalah dan tiada bukti menunjukkan dia terlibat sama.Ramai yang tidak tahu bahawa Cik Jelita dan Neyna adalah sahabat baik.Bagaimana dan dimana mereka berjumpa masih menjadi persoalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience