BAB 10

Horror & Thriller Completed 7571

Marlinda memang obses dengan lelaki bermata sepet.Jern Huat kekasih hatinya dikenali ketika menuntut di Ohio.Marlinda mengambil jurusan komunikasi korporat dan Jern Huat mengambil jurusan politik antarabangsa.Mereka mula bercinta saat kedua-duanya berjinak-jinak dengan aktiviti zumba,suatu aktiviti senaman yang menyeronokkan.Jern Huat terpaksa berzumba kerana dicabar oleh Kumpulan Fratenity Universiti dia, manakala Marlinda berzumba kerana ingin “mencuci mata”.Mereka jatuh cinta kerana, entahlah.Mungkin ditakdirkan mereka akan bercinta kot.Tiada satu sebab khas kenapa mereka jatuh cinta.

Lesung pipit kontraktor bernama Alex itu seakan-akan lesung pipit Jern Huat.Itu membuatkan Marlinda seakan-akan hilang arah sedikit.

“Ah rindunya!”.”rasa nak peluk je apek sorang ni”.bisik syaitan di telinga Marlinda.
“are you okay miss?”. Suara garau Alex menusuk-nusuk ke telinga Marlinda.

Ah sudah (getus hati Mar). “Im fine,thank you handsome”. AH! Kau jangan buat perangai Marlinda!
Sejurus perkataan handsome terpacul dari mulut Marlinda si Alex pulak yang tersipu malu.
“Thank you miss, appreciate that”.

“No No,U are really good looking,I mean it”.Lantas di pegang bicep si Alex Xian itu.
“Urmmm miss, sorry im engaged”.spontan Alex menipu walhal dia terlalu malu dengan sudden reaction Marlinda.

“Aaaaaaa im sorry too, im too excited kot”.”I don’t know why, orang JB seems so warm and sexy to me”.dilepas genggaman tangan di bicep Alex.

“HAHAHAHAHA”. Kuat gelak si Alex.”You are the funniest client by far”.gelak besar Alex melihat kecomelan Marlinda.

(Adoii,apa kena dengan aku ni). “Fokus,focus”.Marlinda mengingatkan diri
“Ok,ok. Im sorry Marlinda,but your sense of humour best sangat lah!“Anyway,Jom start kerja”.
“Jom”. Balas Marlinda dengan senyuma kerang busuknya.Signature dia.

Mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk bersikap professional dan mengenepikan rasa cinta lokasi yang mula berputik itu.Perbincangan mengenai kedudukan lampu, aircond dan plug point bukanlah semudah mengaji Iqra.Setiap inci ruang harus diteliti dan diperhalusi.Perbincangan tamat pada lewat petang.Kerja-kerja wiring akan dimulakan keesokan harinya.

“Jom dinner sama”,pelawa Alex si jejaka tampan.Tak perlu berbicep tebal atau berbahu bidang.Figura Alex yang tegap secara semulajadi menjadi cucian mata Marlinda.

“Im sorry,tetapi I kena drive jauh ni,takut lambat sampai nanti kawasan rumah gelap”.
“You stay di mana?”.

“Taman Ria”.

“Ha?Really?”, Tanya Alek sambil menggerutkan dahi
“Yes.Why?”

“Better you hati-hati”.”See you esok ya”.itulah pesan terakhir Alex sebelum dia memulakan langkah lajunya meninggalkan Marlinda.

“Eh pompuan sekor tu menjadi-jadi la Jelita”. Neyna memulakan perbualan.

“Why?” balas Jelita sambil membetulkan zip beg Anya Hindmarch yang hampir rosak itu.Beg itu unik dan praktikal.Kalau nak letak haiwan peliharaan dalam beg itu pun boleh.

“Si perempuan tua tu lah.Main kasar sekarang ni”.

“Cerita jela,apa yang dia dah pandai buat?”.sindir Jelita

“Balik rumah nanti I tunjuk dekat you,jangan terkejut ya?”. “See ya”. Balas Neyna lantas meletakkan gagang telefon awam di Perhentian Bas Larkin.

(ohh,kau dah mula ye nak usik kami wahai perempuan tua)bisik hati Neyna.Dia geram.Dia tahu rancangannya dan Jelita pasti akan musnah jika perempuan tua bernama Nithya Velani itu sudah pandai masuk campur.Aku dan Jelita harus pantas.

Neyna perasan yang perempuan bernama Nithya Velani itu mula mendekati mangsa mereka.Mereka rasa panas hati apabila mangsa mereka itu pun semakin hari semakin mesra dengan Nitya.Siap panggil Puan lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience