BAB 12

Horror & Thriller Completed 7571

Marlinda teringat akan pesanan nenek nya untuk membaca petikan daripada surah Yassin ayat 8 hingga ayat 9 ketika bertemu musuh.Renung matanya dan baca ayat itu.Hembus perlahan.Inilah ayat yang dibaca Rasullulah saat dia dikepung semasa ingin berhijrah ke Madinah.Insyallah usaha ini pasti berjaya.

Selepas membaca ayat itu,Neyna kelihatan leka,Marlinda pun memulakan langkah,ditanggalkan scarf ferragamo nya dan dikibask-kibaskan ke arah Neyna.Marlinda seperti seorang pari-pari yang sedang menari.Kiri kanan di kibasnya scarf mahalnya itu.

Rupa-rupanya teknik itu berhasil,Neyna seakan-akan termakan umpan Marlinda.Neyna bergolek-golek seperti anak kucing yang bermain.Saat dinantikan telah tiba,Marlinda mengambil perfume Annick Goutal nya dan menyembur ke arah mata Neyna!

”Padan muka kau!”.semburan demi semburan di sembur pada binatang itu.

Neyna menggelupur kerana kepedihan.Semburan minyak wangi itu memedihkan mata,diharapkan membutakan matanya.Marlinda berlari menuju ke biliknya dan cuba meloloskan diri melalui tingkap di tandasnya.Saat itu Cik Jelita dan Nithya Velani masih hangat berbahas berdebat.All she can hear is that they are fighting over her! “Ohhh No”.”Kenapa aku?”.

Tingkap tandas dipecahkan dan Marlinda nekad untuk terjun ke bawah.Dia berlari sekuat hati semampu mungkin untuk keluar dari kawasan perumahan itu.Saat dia melangkah melepasi rumah Puan Nitya, Marlinda tergamam.Semua berubah,taman perumahan yang terang benderang itu berubah menjadi sekelam sehitam yang boleh.Di menoleh ke belakang dan dia lihat kawasan perumahan Taman Ria adalah hanyalah kawasan perumahan yang kusam dan bersemak-samun.

Ketika itulah langkah dipercepatkan dan larian sehabis kudrat digunakan.Melintasi sahaja pagar besar Taman Ria,Marlinda kelihatan amat kusut-masai.Dia sehabis tenaga berlari dan dia tidak tahu ke mana arah dituju.Dia lega kerana keluar sahaja daripada pagar itu Marlinda dapat lihat cahaya lampu,dapat lihat jalan besar dan dapat lihat kereta lalu-lalang.Patutlah Alex berkerut apabila disebut Taman Ria.Patutlah Jern Huat sering mengadu terdengar bunyi haiwan saat kami berbicara menggunakan telefon.Apakah sebenarnya Taman Ria ini?Kenapa dia perlu masuk dan perlu mengalami semua ini?

Marlinda bertanya –tanya kepada dirinya satu soalan yang paling penting. Siapakah Mereka? Fikirlah sendiri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience