BAB 3

Horror & Thriller Completed 7571

Selepas Maghrib, Marlinda bergegas ke rumah Puan Nithya untuk mengemas pasu-pasu yang hancur berderai dikerjakannnya .”Mujurlah kereta aku tak langgar pintu pagar orang sebelah,kalau tak nahas aku”.Marlinda bercakap seorang diri

“Banyak pula bunga si Nithya ni tanam,rajin sungguh.” “My little garden katanya,apa-apalah janji dia tak mintak ganti rugi.”Tangan Marlinda mencapai penyapu dan terus dia menyapu serpihan-
serpihan di laman rumah Puan Nithya.Sedang leka menyapu dan menyusun timbunan seramik yang pecah itu, mata Marlinda terpandang secebis kertas bewarna hijau yang terlipat di bucu pagar rumah Puan Nitya,tetapi sebagai seorang yang jujur dan tidak suka menyibuk,Marlinda biarkan sahaja kertas itu di situ.

“Ah lega, dah siap semua ni aku nak masakkk”. Marlinda pun berlalu pergi.

Malam itu, selepas mengemas halaman rumah Puan Nithya, Marlinda mengambil keputusan untuk masak.Apabila datang mood nak memasak, Marlinda akan bertungkus-lumus di dapur.Masakan Marlinda sedap.Tetapi dia ni suka masak ikut mood.Dia hanya akan memasak apabila fikirannya

berserabut.Kekusutan Marlinda bermula sejak dua malam berturut-turut dia “diganggu” imej wanita bersongket.Apabila malam sahaja dia sering melihat kelibat wanita berpakaian songket itu melintasi rumah Puan Nitya dan hilang apabila melintas pagar rumahnya.Dia cuba melupakan,tetapi figura wanita itu melekat dalam fikirannya.

“Pompuan ni,dahlah buang tebiat pakai songket.Lalu depan rumah aku je lesap.Lalu je lesap”. Marlinda pelik.Dia lupakan seketika kekusutan itu.Dia harus focus memasak!

Malam ini dia berniat untuk menyajikan rakan-rakan serumah nya lauk pauk yang terkenal di Negeri Sembilan. Masak Lemak Kuning Telur Itik bersama belimbing buluh, Daging Puyuh Salai bersama sambal gesek dan tidak lupa apam kelapa yang dipelajari daripada nenek nya di Jelebu.
“Assalamualaikum.” Halus suara Cik Jelita memberi salam.

“Waalaikumussalam,masuklah cik kak oi,Mar tengah “bersilat” dekat dapur ni.” Marlinda masih sibuk menumbuk ikan bilis dan cili api untuk dibuat sambal gesek.
“Rajin kau harini?”.

“Sekali sekala kak fikiran tengah celaru ni,nak tenangkan diri dengan memasak.”
“Oh,macam tu pun boleh eh?”. “Mar teruskan lah,akak nak masuk bilik dulu”.

Cik Jelita berlalu pergi dan sempat memberikan satu senyuman maut kepada Marlinda.Seram sejuk Marlinda.There is something creepy about this beautiful lady dan Marlinda tiada bukti untuk mengaitkan Cik Jelita dengan benda-benda ghaib yang menganggu dia dua malam lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience