BAB 11

Horror & Thriller Completed 7571

Punyalah susah mereka mencari wanita dara (pada zaman ini) untuk dijadikan mangsa.Air liur anak dara seorang ini akan dijadikan ubat bagi kaum kerabat mereka.Mereka tahu yang dia ni dara apabila dia pergi ke klinik tempat Amanda bekerja untuk mengesahkan daranya.Ini adalah hasil paksaan neneknya yang menyangka dia sudah tiada dara.Ketika itu dia baru lagi tiba di JB dan sedang mencari rumah.Berita ke daraan Marlinda Daud tersebar luas di kalangan orang “mereka”.Lalu Amanda yang kebetulan duduk selorong dengan mereka akan menjadi mangsa kerana takut rahsia itu diketahui orang lain.Mereka puas hati dan mereka meneruskan rancangan jahat mereka dengan meng-add gadis itu di Fac dan mempelawanya tinggal bersama.Amanda akan diuruskan oleh Cik Jelita.

Nitya Velani tidak boleh memiliki air liur dia ni kerana air liur budak sorang ni sangat berharga bagi kaum kerabat Cik Jelita.Bukan sahaja mampu memulih malah menguatkan angkatan tentera mereka.Mereka tahu Nitya Velani tidak akan berdiam diri dan sangkaan mereka betul.Nitya Velani sedang cuba memasukkan jampi serapahnya ke dalam rumah mereka untuk mengusir mereka seterusnya mengambil budak itu sebagai harta dia.

“Kurang ajar punya orang tua!”

“Tula, aku jumpa sampul hijau ni dalam peti surat lepas Marlinda keluar”.”Si tua tu yang masukkan”
“Kau rasa dia dah berpakat ke dengan Marlinda tu?”
“Entahlah”

“Tak boleh jadi ni, aku nak dapatkan juga air liur dia malam ni, apa nak jadi,jadilah”

Malam itu CIk Jelita yang baru pulang entah dari mana duduk bersimpuh di hadapan televisyen.Neyna pula seperti biasa akan membaca buku yang entah apa isi kandungannya.

Marlinda yang kepenatan seharian di butik berjalan longlai masuk ke rumah.
“Act as if nothing happen”.bisik Neyna
“Don’t worry,I am a good actor”.

“hey sayangku intan payung,kenapa bermuram duja ni”. Tiba-tiba Cik jelita bersuara
“penat la”. Balas Mar. Kenapa dorang ni pelik sangat(bisik hati Mar).

“Mari la lepak dengan kami.Kami ada masak lauk khas untuk Marlinda.Kami masak Paru Goreng Pedas,Masak lemak putih taugeh dan sup kaki ayam.”pelawa Neyna

Tak pernah pernah masak tiba-tiba je ni (bisih Mar lagi). “You guys go ahead,I need to clean up”.Sambut Marlinda lembut

“Eh jangan la begitu,penat kami MENYIANG paru ini”.

Perkataan menyiang yang diberi penegasan oleh Neyna menggetarkan Marlinda.Dia cuba mengalih topic.
“Eh kejap,you guys ada Nampak apa-apa tak dalam peti surat pagi tadi”.Soal Marlinda.Dia tidak tahu bahawa soalan ini bakal mengundang musibah kepadanya.

“Peti surat?. Ada apa ye Marlinda sayangku intan payung?”

(Sah diarong lesbian! Siap bersayang bagai,geli aku)“I don’t know, tu sebab Mar tanya”.
“U don’t know or u pura-pura don’t know?” tiba-tiba Neyna bangkit dari kerusinya.

Marlinda perhatikan ada segulung kain di tangan Neyna.Kemudian Cik Jelita pula bangun.Cik Jelita yang dikenali Marlinda sebagai seorang yang cantik sedang berubah menjadi seorang wanita tua.
“WHAT IS HAPPENING NOW!” jerit Marlinda. “KENAPA KORANG PELIK SANGAT NI?”.

Nithya Velani terdengar jeritan Marlinda.”I need to rescue that saliva!”. Getus hati Nithya.
“Kami tak pelik lah!.Kau tu yang dah pandai buat pakatan ya?”. Balas Jelita yang seakan-akan jelmaan nenek kebayan Puteri Gunung Ledang.

Sejurus itu,Neyna terus berlari ke arah Marlinda dan melompat ke atasnya.Marlinda jatuh.Sekarang dia dapat rasakan perasaan atlet yang sedang bertarung di gelanggang judo.
Berat nak mampus (getus hati Marlinda).

Dia cuba untuk menolah Neyna tetapi wanita hati besi itu jauh lebih kuat dari dia sangkakan.Dia cuba mengigit telinga Neyna tetapi ianya sia-sia.Hanya darah sahaja yang mengalir.Cik Jelita menghampiri mereka dan dia menitiskan suatu cairan hitam ke atas muka Marlinda.Marlinda tidak sedarkan diri.

Apabila Marlinda mampu untuk membuka mata dia berasa amat sakit sekali dibelakangnya.Mungkin dia telah dipukul.Dia berada di bilik Cik Jelita sambil tangan di ikat di sisi katil Jelita.Dapat juga dia masuk ke bilik perempuan pelik tapi cantik ni.

“Lawa jugak bilik perempuan sorang ni”. “La ni kenapa diikat pulak aku ni?”. Marlinda cuba melepaskan diri.

Melihat bilik itu seakan-akan tiada apa yang pelik.Bilik Jelita dipenuhi gambar pemandangan seakan-akan bukit dan katilnya ibarat katil zaman dulu kala.Dua tiang di penjuru katil.Ukiran unik menghiasi sisi katil itu.Cadar baldu bewarna biru pekat dengan sulaman emas ibarat di zaman Kesultanan Melaka.

Tiba-tiba Marlinda terdengar jeritan dan ala-ala jampi di ruang tamu rumahnya.
“Apakah yang sedang berlaku ini”? Marlinda bertanya dirinya.

Nammdudu dadidoo ommmmlaliluu oh oh eh eh…

Begitulah antara bait-bait carutan yang kedengaran di telinga Marlinda.Kemudian Marlinda terdengar perbualan di dalam bahasa Urdu. Marlinda belajar sedikit tentang bahasa Urdu semasa mengikut ayahnya bertugas di India dahulu.Marlinda tidak pasti apa butiran yang dituturkan,tetapi Marlinda pasti itu adalah suara Puan Nithya.Selepas dua orang perempuan tu cakap Bahasa Melayu pulak.Pening Marlinda.

“Hey Nithya Velani,apakah gerangan kau menginjak pada istana beta” suara Cik Jelita bergema malam itu.

“Aku datang untuk menuntut hak aku kembali.Hak yang kau rampas sekian lama” .balas Puan Nithya
Kenapa pula suara dorang ni pelik eh?Ala-ala bangsawan zaman dahulu kala.Si Puan Nithya ni elok pulak Bahasa Melayu nya,tiada pelat.Marlinda mendiamkan diri dan mendengar sahaja perbualan dua orang “puteri” itu.

Marlinda seperti tidak tahu untuk berbuat apa saat mendengar segala butiran atau boleh dikatakan pergaduhan antara Cik Jelita dan Puan Nithya.Lidah Marlinda kelu.Peluh membasahi bukan sahaja ketiak malah habis lecun seluar dan pakaiannya.Ke mana harus dia lari.Bagaimana harus dia lari. Dia cuba meleraikan ikatan di tangannya,tali yang mengikat itu longgar rupanya.

“Nampak sangat dorang ni tak reti mengikat”.gurau Marlinda.Tangannya ligat membuka ikatan longgar itu.

Baru sahaja Marlinda ingin bangkit dia melihat satu lembaga aneh di pintu masuk bilik Jelita.
“Ah sudahh”.Mar mengeluh perlahan.”Binatang apa pulak ni?”.Kalau dilihat dari jauh seakan akan serigala tetapi elok pulak bibir dia warna merah.Siap pakai rantai emas lagi.

OH!! Itu macam rantai si Neyna je!Adakah Neyna ni binatang peliharaan Cik Jelita? Mungkin ya.
“Hoi Neyna,kau buang tebiat apa?” laung Marlinda dari jauh.Dia takut sebenarnya,tapi buat-buat berani.

Neyna hanya mengeluarkan bunyi amaran sahaja.Ngauman ala ala harimau itu menakutkan Marlinda.Dia masih berfikir macam mana nak lepaskan diri.Oh baru dia teringat,haiwan peliharaan ni walaupun dia buas tapi kalau kita bermain-main dengan nya pasti akan bijak.Itulah yang Neyna belajar sewaktu menjadi sukarelawan di Ohio Zoo.Sebesar besar gajah pun boleh dijinakkan,inikan pula binatang macam Neyna ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience