BAB 1

Horror & Thriller Completed 7571

GEDEBUKKK!

“Shit,apa aku dah buat ni?”keluh Marlinda.Tanpa dia sedari, kereta Ford Fiesta kesayangannya itu telah melanggar deretan pasu bunga Puan Nithya.Habis kemek bahagian bumper dan lampu spotlight kereta dia pecah.Marlinda sudah dapat bayangkan bagaimana sedihnya Puan Nithya saat dia tahu bahawa deretan pasu bunganya habis pecah.Belum sempat Marlinda menenangkan diri,lembaga yang dia ingin elak itu keluar muncul dengan sari bewarna baby blue nya.

“What a mess! I hate Friday! Jalan jem,semalam kena “kacau”,harini pecahkan pasu bunga orang pulak!”rungut Marlinda di dalam hati.

“Morning aunty.Eh silap,good evening aunty.” Sapa Marlinda saat Nampak kelibat Puan Nithya
“Ohhh my.” rintih Puan Nithya. “What have you done to my little garden?”.Ternampak garisan-garisan halus di dahi jendul wanita tua itu.Sedih benar agaknya.

(Garden ke?) bisik hati Marlinda. “Aunty maafkan saya, saya tertekan minyak la aunty,saya sepatutnya tekan brek tapi entah macam mana tertekan minyak.” Marlinda sedang cuba mempertahankan kecuaian diri dia.

“Aiyo adik, aunty sayang sangat bunga-bunga aunty ni,ini semua anak-anak aunty ni”.

“Aunty nanti saya ganti tau, aunty mahu ke kuil kan?.Aunty pergi kuil dulu nanti saya bersihkan little garden aunty yang saya TERmusnahkan ni.” balas Marlinda diiringi senyuman kerang busuknya dan dia berlalu pergi masuk ke rumah.

“Don’t worry,I’ll clean it up selepas ni”. Sempat Marlinda menoleh ke arah Puan Nithya.

Puan Nithya yang terkenal dengan sifat keibu-an hanya mampu menggeleng kepala dan senyum sahaja dengan telatah jiran kesukaan dia itu.Dia suka melihat budi bahasa dan sense of humour Marlinda.Puan Nithya yang sudah lama mendiami kawasan perumahan itu dan merupakan satu-satunya jiran yang bertegur sapa dengan Marlinda.

Ada ketika ,hati Marlinda selalu bertanya kenapa penduduk taman ini terutamanya lorong yang diduduki Marlinda tidak pernah nampak kelibat mereka.Puan Nithya,dan dua orang rakan serumahnya adalah tiga wajah yang pernah ditatap oleh Marlinda.Jiran-jiran lain entahlah.Diam menyepi sahaja mereka,baik siang hari mahupun ketika malam.

Semasa Marlinda mula-mula masuk ke rumah sewa seramnya itu,Marlinda perasan yang saban malam selepas Maghrib taman yang didudukinya seakan-akan gelap dan suram.Dia selalu “gatal” mulut ingin bertanya rakan serumahnya tetapi dia tidak berani sehinggalah suatu pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience