BAB 2

Horror & Thriller Completed 7571

Pagi itu,Marlinda sengaja awal-awal pagi keluar dari rumah dan buat-buat basuh kereta,niatnya hanya satu,dia ingin cuba melihat wajah jiran-jirannya.Puas dia basuh kereta dia,habis disental tayar kereta.Tangan Marlinda kecut-kecut akibat terkena air buat jangka waktu yang lama.Tiada seorang pun jiran dia yang keluar rumah.

Namun,hasrat hati dia tertunai saat dia nampak kelibat wanita yang memakai sari itu keluar daripada rumah.Wanita itu senyum dan matanya bercahaya saat melihat Marlinda terbongkok-bongkok menyental tayar kereta. “Finally!” jerit hati kecil Marlinda.

“Goor morning dear,saya Puan Nithya.” Sapa wanita bersari itu. Bau bunga melur di rambutnya sangat wangi walaupun di mata Marlinda bunga melur itu kelihatan kering.

“Ewah-ewah baru nampak muka dah panggil dear”.Marlinda mengomel sendiri.“Eh sorry,hai,good morning,selamat pagi. Hai,nama saya Marlinda Daud.” Tangan Marlinda dihulur walaupun penuh dengan buih sabun.

“Good to see you Marlinda.Welcome to Taman Ria.”

“Terima kasih,finally dapat juga saya tengok wajah jiran saya. Kenapa lorong ni sunyi ya aunty?” terpacul soalan yang akan memeningkan kepala Puan Nithya.

“Err urmm, mungkin mereka sibuk.Aunty tidak pasti la”. Tipu Nithya.”Aunty mahu ke kuil dahulu nanti kita sambung ya?” Puan Nithya bergerak keluar melangkah dari pagar rumah dia,seraya itu satu dentuman kuat terdengar dari dalam rumah Marlinda.

Marlinda yang hampir gugur jantung berlari menuju masuk ke rumahnya.Dia cemas kerana bunyi dentuman itu sangat kuat.Dan menyeramkan.

“Eh kenapa ni Jelita?Neyna?” soal Marlinda dengan keadaan cemas.
“Takde apa-apa,saja je test mercun bola ni,nak campak dekat jiran sebelah rumah tu”.
“Haaa??? Kenapa?”.

“Saja hendak usik-usik”. Balas rakan serumah Marlinda. Mereka menjeling dan terus masuk ke bilik masing-masing.

Marlinda yang tidak sedap hati terus ke dapur untuk melihat samada betul atau tidak rakan serumahnya bermain mercun bola.Ternyata mereka benar-benar menipu.There is something wrong here.
Puan Nithya yang rupanya masih tercegat dari tadi di luar rumah Marlinda hanya mampu mengetap gigi menahan sabar.Tetapi sesabar mana pun Puan Nithya dia sebenarnya tidak suka langsung dengan rakan serumah Marlinda yang lagi dua orang itu.

Puan Nithya seperti biasa akan ke kuil setiap hari dan dia akan bertolak awal sikit pada petang Jumaat.Dia bukan sahaja bersembahyang tetapi dia mempunyai niat lain semasa di dalam kuil itu.Dia perlu berjumpa sami .Dia perlu memberitahu sami itu apa yang telah menimpa kepada dirinya sebentar tadi.Ini pastu satu petanda baru,petanda buruk yang tidak diingini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience