BAB 5

Horror & Thriller Completed 7571

Bapanya yang merupakan seorang Pegawai Kanan di Tourism Malaysia kerap berpindah randah dari satu Negara ke Negara yang lain.Ibunya pula ialah seorang chef peribadi.Setiap kali berpindah ibunya akan berjumpa klien baru dan masak di rumah mereka.Semasa di Ohio ,ibunya pernah menjadi chef peribadi kepada Taylerr Swaft seorang penyanyi bergenre country di sana.Berpindah ke sana ke mari dan kesibukan ibu ayahnya memaksa Marlinda hidup berdikari dan dia dibesarkan tanpa pegangan agama yang kukuh.Abangnya yang homoseksual itu pun sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya dan menetap di Cape Town

“Ada mak ayah busy memanjang.Ada abang sekor,sibuk nak jadi gay pulak!.Peningggg!” Marlinda sering merungut.

Bagi Marlinda,sesibuk mana pun seseorang itu,pendidikan agama perlulah diberikan kepada anak-anak.Agama adalah makanan rohani.Jika tidak mampu memberikan pendidikan agama,hantarlah anak kepada pihak yang mampu untuk memberikan ilmu yang sepatutnya itu.Ustaz dan ustazah, malah Islamic Centre di luar Negara banyak menganjurkan kelas-kelas agama kepada muslim di sana.Islamic Centre di luar Negara seaktif masjid-masjid di Malaysia.Marlinda pernah curi-curi masuk untuk belajar agama,tetapi bisikan syaitan itu lebih kuat dari niat murninya itu.Lalu Marlinda pun membiarkan dirinya hanyut tanpa pegangan agama.Mujurlah apabila balik ke Malaysia ,Marlinda memilih untuk tinggal dengan neneknya di Jelebu.Perlahan-lahan nenek Marlinda membentuk kembali Marlinda menjadi insan yang mengenal kembali budaya dan agama yang sudah lama ditinggalkannya.

“Kakak,buat apa tuu?” Laung Neyna Abdullah.Rakan serumah kedua Marlinda.Marlinda tersedar dari lamunan nya.

“Masak lah adik ku, kak tengah rajin ni.” Balas Marlinda

“Wow,it smells good.Mesti sedap”.”Bila pulak akak menyalai burung puyuh tu?

“Of course sedap!Ni burung puyuh nenek akak bawak last week,saja akak simpan dalam fridge.Benda-benda salai ni kalau dibungkus dalam newspaper elok-elok dan disimpan di peti sejuk beku Insyallah akan tahan sebulan”. Terus Marlinda memberikan tips memasak.

“Adik naik dulu yer kak,basah lecun baju ni ha.Nak mandi pastu melahap semua tu”.sambil bibirnya dijuih ke arah burung puyuh salai yang terhidang di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience