Chapter 9

Romance Completed 16787

Bab 9

Sebulan telah berlalu,kini telah tiba masanya Pelajar tingkatan 5 menghadapi peperiksaan SPM,Hanani sibuk mengulangkaji dengan rakannya Syafiq dan Mira.Sedang dia sibuk mengulangkaji,Syasya dan Nazim mendekati mereka.

"Sayang,I tak ready lah exam SPM,I takut." Syasya bermanja dengan Nazim.

"Aku ada bau longkanglah disini,kau orang ada bau tak?" Soal Syafiq

"Longkang tak ada pun disini,mungkin dia orang berdua ni lah bau longkang!" Sindir Mira

Hanani hanya mendiamkan diri,dia tidak lagi mempedulikan mereka berdua.Nazim memandang Hanani yang diam membisu dan tidak memandang mereka berdua.

"E! Sayang dia orang ejek I!"

"Kita pergi tempat lainlah ya?" Soal Nazim kepada Syasya

"Okay sayang, bye you all!"

"Err! Geli aku tengok bukan sweet couple! Sawi couple lagi ada!" Bebel Syafiq

"Kan...menyampah aku tengok dia orang,rasa nak saja aku hempuk guna buku teks ni" sambung Mira

*perhatian pelajar-pelajar SPM,sila berkumpul di tapak perhimpunan sekarang.*

"Dia dah panggil! Aku takut!"

"Kau ingat kau seorang saja? Aku pun takut juga Syafiq"

"Kau orang boleh buat punya,jangan terlalu takut nanti menganggu fokus kau orang" ujar Hanani "good luck guys!" Sambung Hanani

Beberapa jam kemudian,mereka keluar dari dewan.

"Not bad soalan Bahasa Melayu tadi" kata Syafiq

"Kan Syafiq,susah juga" Kata Mira

"So..kau orang dapat jawab tak tadi? " soal Hanani

Syafiq dan Mira mengangguk.
Tak lama kemudian Nazim datang.

"Susah juga paper Bahasa Melayu tadi" kata Nazim

Mereka memandangnya dengan sebelah mata,dan pergi ke tempat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience