Chapter 12

Romance Completed 16787

Bab 12

"Pejam celik pejam celik dah last paper hari ini"

"Yalah kan Syafiq,rasa sekejap saja kita bersekolah."

"Betul tu Mira,urmm guys aku ada surprise untuk kau orang!"

"Apa?" Soal Mira dan Hanani serentak

"Semalam, my father dapat free ticket sunway lagoon 2 hari 1 malam tau,ada 3 tiket lepas itu hotel 2 bilik,kau orang nak tak pergi? Makanan semua dah disediakan?" Soal Syafiq

"Serius! Ahh seronoknya aku nak pergi!"jelas Mira "kau Hanani? Tak nak join kah?" Soal Mira kepada Hanani yang dari tadi diam

"Aku tak tahu,takut mak aku tak bagilah,faham jelah mak aku tu" jelas Hanani

"Itu kau jangan risau,nanti aku telefon mak kau okay!" Jelas Syafiq

*calon-calon SPM boleh masuk ke dalam dewan*

"Eh cepatlah letak beg,okay goodluck tau sahabat ku tersayang" ujar Mira

"Pergi sunway ya" bisik Syasya yang terdengar perbualan mereka tadi

2 jam kemudian

Kawasan sekolah kecoh bunyi pelajar-pelajar bersorak menandakan mereka gembira kerana tamat sesi persekolahan di sekolah menengah begitu juga Hanani,Syafiq dan Mira

"Mak,akak dah balik"

"Hanani,mak tak akan benarkan kamu ikut pergi Sunway lagoon,jangan mengada." Ujar Ina

"Tapi mak,semua free,semua support,tak pernah akak dapat pergi sana mak,bolehlah mak" rayu Hanani

"Mak kata tak boleh tak boleh dengar cakap mak!"

Hanani berasa kecewa kerana dia tidak dapat turut serta dalam percutian bersama rakannya.Hanani tidak keluar dari biliknya sehinggalah tiba waktu makan malam.

"Mana Hanani?" Soal Bakri (ayah Hanani)

"Entahlah,sejak dia pulang sekolah tadi dia terus masuk bilik sampai sekarang tak keluar" jelas Ina

"Awak gaduh dengan dia?" Soal Bakri

"Saya cuma tak benarkan dia pergi ikut kawan-kawannya ke Sunway Lagoon 2 hari 1 malam,Syafiq telefon saya,katanya semua support." Jelas Ina

"Biarlah dia turut serta sekali,lagipun dia tak pernah pergi,tadi ayah Syafiq ada telefon abang,abang setuju Hanani pergi,dahlah pergilah pujuk dia" ujar Bakri

"Hanani,buka pintu ni sayang,baiklah,mak dah buat keputusan,mak izinkan kamu pergi esok,Ayah pun bagi." Jelas Ina

Dengan segera Hanani membuka pintu dan memeluk maknya

"Terima kasih mak" ucap Hanani

"Dah pergi makan,dari tengahari kamu tak makan" ujar Ina

Keesokkan harinya,sebuah kereta Alfat sedang menunggu diluar rumah Hanani,kelihatan Syafiq dan Mira keluar dari kereta tersebut.

"Mak..ayah..akak pergi dulu"

"Jaga diri kamu elok-elok ya" ujar Bakri

"Assalamualaikum"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience