Chapter 15

Romance Completed 16787

Bab 15

"Hello Syasya,apa yang awak nak?" Soal Nazim

"Awak,saya rindu awak tahu tak,kita meet?"

"Sudahlah Syasya,kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi,enough!" Jelas Nazim

"What? Tapi kenapa?!" Soal Syasya

"Sebab saya dah masak dengan perangai awak,dah lah cukup." Jelas Nazim

"Hey jantan,kau jangan sampai aku sebarkan gambar kau dengan aku tidur bersama" ugut Syasya mematikan panggilannya

"Syasya! Syasya! Bodoh! Perempuan tak guna!"

"Ada sms masuk lah,cuba tengok siapa tu Hanani?" Soal Mira

"Bukan mesej tapi gambar" jelas Hanani

"Gambar apa?" Soal Syafiq

Hanani membuka gambar yang dihantar dari nombor tidak dikenali.

"Astaghfirullahalazim!" Hanani terkejut

"Kenapa Nani?" Soal Mira

"Nazim dengan Syasya,Eee! Astaghfirullahalazim,tak sangka Nazim seteruk ni" jelas Syafiq

"Aku nak tahu nombor siapa ni,aku tak percaya,Kau orang teman aku kejap boleh?" Soal Hanani

"Pergi mana?" Soal Mira

"Kita pergi jumpa Nazim" jelas Hanani "helo,Nazim saya ada hal nak jumpa awak sekarang,saya datang rumah awak sekarang!"

"Nazim!" Hanani terus menampar Nazim,dia terus menunjukkan gambar Nazim Dan Syasya tidur bersama

"Awak,saya boleh jelaskan hal sebenar,tolong jangan percaya saya tak buat sumpah! Saya mangsa Syasya,Syasya yang buat semua itu, saya teraniaya ,saya sumpah!" Jelas Nazim

"Inilah yang awak nakkan,awak nak seorang perempuan yang cantik sebab awak nak buaf macam ni kan? Saya sedih dengan perangai awak,ingatkan awak berbeza dari yang lain,rupanya...Ada udang disebalik batu!" Marah Hanani

Hanani meninggalkan Nazim.Hanani menangis tidak menyangka lelaki yang dia anggap seorang yang baik sanggup berbuat demikian.

Telefon bimbit Hanani berbunyi beberapa kali,Nazim menelefonnya tetapi Hanani tidak mahu mengangkat,Hanani sedih dengan sikap Nazim,dia tidak lagi mempercayai Nazim lagi.

Keesokkan harinya,Nazim datang ke rumah Hanani,Hanani tidak keluar,sebaliknya Ina yang keluar dan menyampaikan pesanan Hanani.

"Hanani tak nak jumpa kamu lagi,mak cik peliklah,apa sudah terjadi ni?" Soal Ina

"Tak ada apalah mak cik,saya pergi dululah,assalamualaikum"

"Aku tak sangka,perangai Nazim begitu"

"Betul tu Syafiq,aku pun tak sangka,tapi aku tak percayalah Nazim sanggup buat begitu,mesti ada orang yang nak kenakan dia" jelas Mira

"Maksud kau? Syasya?" Soal Syafiq

Mira mengangguk.

"Ada apa kau jumpa aku ni?" Soal Syasya

"Eh Syasya! Mengaku jelah awak yang kenakan Nazim!" Ujar Syafiq

"Haihh,okay memang Aku yang buat,aku yang isi ubat tidur dalam air dan bagi Nazim minum" jelas Syasya sambil senyum

"Kenapa kau buat begitu? Apa salah Nazim pada awak?!" Soal Mira

"Salah apa? Si Nazim tu tak habis-habis cakap pasal kawan kau orang tu!" Jawab Syasya menengking

"Hanani,kau kena dengar ni" ujar Mira

Mira memberi Hanani mendengar segala perbualannya dengan Syasya,Hanani terkejut apabila mendengarnya.Dia sudah tersalah anggap pada Nazim.Rupanya Nazim teraniaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience