Chapter 20

Romance Completed 16787

Bab 20

*Di Tanah Perkuburan

Nazim melangkah dengan perlahan seperti tidak percaya apa yang telah diceritakan oleh Syafiq dan Mira.

"Sebenarnya,Hanani yang dermakan Hati dia kepada kau zim" jelas Mira

"Apa? Hanani? Kau orang tipu kan?" Soal Nazim tidak percaya dengan kata Mira

"That's true Nazim,Hanani mendermakan hatinya kepada kau,dia buat persetujuan menderma organ secara diam-diam,tanpa pengetahuan keluarga dan kami semua" jelas Syafiq sambil menitiskan airmata

Nazim seakan tidak dapat menerima,Hanani yang bencinya telah mendermakan Hati untuknya.

Selesai baca yassin dan siram air bunga, Ina menghulurkan sepucuk surat kepada Nazim. Ina berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.Nazim membuka dan membaca surat tersebut.

*kehadapan Nazim sahabatku

Saya berterima kasih sangat sebab pernah hadir dalam hidup saya,jarang sekali lelaki yang ingin berkawan dengan saya,yalah tengoklah diri saya ni,saya tak sempurna seperti gadis lain.Saya hanya dijadikan bahan untuk dihina sahaja.

Semenjak saya kenali awak,saya mulai jatuh cinta,ingin saja saya meluahkan perasaan itu tetapi apabila saya luahkan,awak semakin berjauhan dengan saya,saya tahu awak geli dan jijik dengan saya.

Apabila saya dapat tahu yang awak mengidap kanser hati,saya sedih,setiap hari saya pergi melawat awak di hospital,
dengan harapan ingin awak sedar tetapi tidak,apabila saya mendapat tahu yang awak memerlukan penderma hati,dengan segera saya berjumpa doktor,saya terus menandatangani persetujuan menderma organ tanpa berfikir panjang.

Niat saya hanyalah untuk melihat awak bahagia,saya tak mahu melihat awak sedih.Impian saya adalah ingin melihat orang yang saya rapat bahagia.Walaupun saya tahu keluarga saya dan kawan saya akan bersedih nanti.Saya buat semua ini sebab saya sayangkan awak Nazim.Saya doakan,awak berbahagia hingga ke hujung nyawa bersama orang yang awak cintai.Maafkan saya Nazim

Jika awak rindu saya,Hati saya beraada di dalam tubuh awak.Mungkin tiada lagi Hanani di dunia tetapi Hanani sentiasa di hati awak.Sampai disini sahaja.

Assalamualaikum

-Hanani-

Sebaik sahaja Nazim habis membaca,dia mengalirkan airmatanya dan mengusap batu nisan milik arwah Hanani.Jasa Hanani begitu besar baginya.Dia berasa menyesal kerana tidak menerima cinta Hanani.

-tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience