Chapter 1

Romance Completed 16787

Bab 1

Hanani, seorang gadis remaja yang manis dengan senyuman bersama lesung pipitnya. Tetapi satu saja kekurangan yang ada pada dirinya.

"Biar ah! Aku gemuk pun aku tak kacau orang!" Jawab Hanani marah kepada Abang Jo

Abang Jo hanya tersenyum melihat gelagat Hanani yang comel itu.

"Hati-hati jalan! Nanti tersempat batu karang jatuh berguling-guling!" Usik Abang Jo

"Diam lah!" Jerit Hanani

sejak Hanani balik dari kedai runcit tadi sehinggalah sampai ke rumahnya...Hanani masih berleter.

"Ha Nani... kamu ni kenapa? Berleter saja? "Soal Ina (mak hanani) yang pelik melihat anaknya itu.

"Itulah! Abang Jo tu...tak habis-habis nak menyakat Nani,mentang-mentanglah Nani ni gemuk!"jawab Hanani yang masih geram dengan usikkan Abang Jo tadi.

"Alaa..abang Jo tu gurau saja...ni mak nak tanya,mana santan yang mak suruh kamu beli tadi?" Soal Ina sambil meraba beg plastik

"Nani lupalah mak.."jawab Nani sambil tersengih ala kerang busuk

"Itulah! Berleter saja mana tak lupa" balas Ina

Keesokkan harinya,seperti biasa Hanani akan ke sekolah... tidak lama lagi Hanani akan menduduki peperiksaan SPM.Sampai sahaja di sekolah...kelihatan tiga gadis cantik ala model jalan tergelek-gelek pergi ke arah Hanani.

"Hey gemuk..." tegur Syasya.

"Ehh! Kejap you all ada tak bau masam kat sini?" Soal Nita.

"Cuba you all tengok tapak kasut you all ada ke tak pijak tahi?" Suruh Nayli

Hanani pun mengangkat kakinya melihat tapak kasutnya tiada apa-apa.

"Tak ada pun...cuba you all bau dekat Hanani ni...eeuu! Masamnya ketiak dia!" Jerit Syasya

Pelajar yang berdekatan dengan mereka terdengar dan ketawa terbahak-bahak...Hanani berasa sedih.Tiba-tiba datang Syafiq ke arah Hanani setelah mendengar gelak ketawa pelajar di tapak perhimpunan.

"Ehh! Kau orang bertiga ni memang tak ada kerja lain ke? Asyik nak menghina orang saja kan...sedarlah sikit macamlah kau orang bertiga lawa sangat..make up dahlah macam badut!" Marah Syafiq

Mereka yang ketawa terbahak tadi bersorak apabila mendengar Syafiq memarahi Syasya,Nita dan Nayli tadi..

"Wuuu...takutnya I,takutnya...hey pondan! Mulut kau jaga sikit.Kau jealous kan sebab tak dapat jadi cantik macam kita orang kan? Kau nak jadi cantik tapi kesian kau tu jantan...jantan yang berusaha nak jadi betina...so betina jadianlah kan? Hahaha!" "Gelak Nita

Sekali lagi mereka yang lain ketawa mendengar kata-kata Nita

Tidak lama kemudian loceng sekolah berbunyi menunjukkan waktu kelas bermula.Syasya and the gang pergi meninggalkan Hanani dan syafiq begitu juga pelajar yang mempertawakan mereka sebentar tadi...

"Sabar Hanani,nasib kita sama."jelas Syafiq

"Hmm...tak apalah,aku dah biasa...jom masuk kelas."ujar Hanani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience