Chapter 18

Romance Completed 16787

Bab 18

"Encik Saiful dan Puan Rafidah,sila berjumpa saya sekarang,ada perkara yang penting untuk saya sampaikan" ujar Doktor Halim

Di bilik Doktor Halim

"Macam mana anak kami doktor?" Soal Datuk Saiful

"Setelah kami periksa,Hati anak Encik dan Puan sudah rosak,jadi kami perlukan yang baru,dan penderma yang sanggup mendermakan Hati" jelas Doktor Halim

"Ya Allah,anak kita abang"

"Sabar,sabar" ujar Datuk Saiful

"Aunty macam mana? Doktor cakap apa?" Soal Hanani

"Nazim memerlukan Hati yang baru,tapi,kita perlu tunggu penderma,tapi adakah orang yang ingin mendermakannya" jelas Puan Rafidah airmatanya mengalir

"Insyallah aunty,ada orang akan mendermanya,kita perlu berdoa saja banyak-banyak" ujar Mira

"Aunty balik dululah ya" jelas Puan Rafidah

"Kasihan aunty Rafidah,mesti dia sedih sangat-sangat,bukan mudah nak cari penderma yang rela."jelas Syafiq

Hanani bangun dari kerusi yang diduduknya,dia terus meninggalkan Syafiq dan Mira

"Nani! Kau nak pergi mana?" Soal Mira

"Aku nak pergi ke tandas kejap" jelas Hanani.

Pintu bilik Doktor Halim di ketuk

"Assalamualaikum doktor"

"Waalaikumusalam,ya kenapa?" Soal Doktor Halim

"Saya kawan Nazim,saya dengar Nazim memerlukan Hati yang baru,jadi saya nak dermakan"

"Betulkah?" Soal Doktor Halim

"Ya betul,saya rela,saya sanggup!"

"Baiklah,kamu perlu buat pemeriksaan darah dahulu." Jelas Doktor Halim

Telefon Datuk Saiful berdering

"Hello,ya Doktor,apa! Alhamdulillah,terima kasih doktor,terima kasih!" Ucap Datuk Saiful

"Kenapa abang?" Soal Puan Rafidah

"Ada orang nak dermakan Hati dia" senyum Datuk Saiful

" betulkah? Ya Allah Alhamdulillah!"

Tak lama kemudian Hanani sampai dirumahnya.

"Mak!" Jerit Hanani

"Ya,kenapa?" Soal Ina

Hanani terus memeluk Ina,Ina pelik dengan sikap Hanani.

"Akak sayang sangat dekat mak dan ayah,jika ada salah dan silap akak buat dekat mak dengan ayah,ampunkan akak ya" ujar Hanani

"Akak tak pernah buat salah pun dekat Mak dengan ayah" jelas Ina

Hanani terus masuk kebiliknya,dia membelek buku majalah sekolahnya melihat gambarnya bersama rakan sewaktu di tingkatan 5.

Hanani menitiskan airmata mengenangkan kenangan-kenangan dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience