Chapter 17

Romance Completed 16787

Bab 17

"Ishh lapar pula,Telefon Farid lah,Hello Farid,kau kat mana? Aku lapar,belikan pizza,nanti aku bayar lah duit kau yang aku pinjam dulu sekali,kau pakai duit kau dulu,okay bye"

Tak lama kemudian,Farid sampai dirumah Syasya,Farid meminta izin untuk masuk ke rumah ingin menggunakan tandas,Syasya hanya membenarkannya,Dia tidak tahu bahawa Farid menyimpan niat jahat untuk melakukan sesuatu terhadap Syasya

Farid pergi ke tandas,dia mengeluarkan 2 paket syabu dan letak di sinki.Farid segera keluar dari tandas dan meminta izin untuk pulang ke rumah.

"Aku balik dulu" ujar Farid

"Ala! Lepak dulu,relax lah mak bapak aku tak ada kat rumah lah,aku bosan" jelas Syasya

"Tak apalah,aku kena cepat ni bye" jelas Farid

Setelah Farid keluar dari rumahnya,Farid menelefon polis dan memberitahu bahawa Syasya ada menyimpan Syabu di dalam rumah.

Tak lama kemudian Polis datang ke rumah Syasya,Syasya segera membuka pintu dan bertanya.

"Ya encik,cari siapa?" Soal Syasya

"Awak Syasya kah?" Soal Encik polis

"Ya saya Syasya" jelas Syasya

"Kami dapat panggilan yang mengatakan awak ada menyimpan syabu di dalam rumah?" Soal Encik Polis

"Tak ada,mana ada."jawab Syasya

"Boleh kami melakukan pemeriksaan?" Soal Encik polis

Syasya membenarkan beberapa orang polis itu masuk ke rumahnya,seluruh tempat sudah dicari dan akhirnya Seorang daripada 3 orang polis tersebut jumpa 2 paket syabu.

"Awak ditangkap kerana memiliki syabu,Gari tangan dia!" Ujar Encik polis

"Tapi saya tak buat,saya cakap betul saya tak buat,saya tak tahu siapa yang buat! Lepaskan saya!" Jerit Syasya merayu

Hanani bersama dua orang rakannya pergi ke Hospital melawat Nazim.Setibanya di wad Nazim,airmata Hanani jatuh mengalir di pipi montelnya,Dia tidak sanggup melihat keadaan Nazim yang dalam kriktikal masih tidak menyedarkan diri.

Tiba-tiba satu tangan menepuk bahu Hanani,kelihatan Puan Rafidah juga berada di belakangnya begitu juga Datuk Saiful.

"Kamu mesti kawan Nazim kan?" Soal Puan Rafidah

Hanani mengangguk perlahan.
Puan Rafidah terus memeluk Hanani,Puan Rafidah menangis teresak-esak.

"Sabarlah aunty,kita kena perbanyakkan doa kepada Allah." Jelas Mira

Syafiq juga turut menangis.

"Macam mana boleh terjadi macam ni aunty?" Soal Hanani

"Masa tu Nazim,tidak keluar dari biliknya,puas aunty ketuk pintu biliknya,tetapi dia tak menyaut,aunty pergi ambil kunci biliknya,bila aunty buka,Nazim sedang baring atas katil,aunty ingatkan dia tidur,bila aunty pergi dekat,di mulut Nazim berdarah,puas aunty kejut dia supaya bangun tetapi tiada apa-apa tindak balas,aunty dah risau,cepat-cepat panggil ambulans,dah sampai di Hospital,doktor sahkan di menghidap Sakit Kanser Hati." Jelas Puan Rafidah tidak berhenti-henti mengelap airmatanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience