Chapter 4

Romance Completed 16787

Bab 4

"Hanani?" Tiba-tiba suara Seorang lelaki menegur Hanani.

"Ya saya Hanani, kenapa? "
Soal Hanani

"Saya Nazim, urmm boleh saya duduk? " soal Nazim

"Silakan" ujar Hanani "Awak budak baru ke? Tak pernah nampak pun muka awak sebelum ni?" Soal Hanani

"Iya,saya budak baru,baru hari ini saya pindah." Jawab Nazim

"Ouh" tiba-tiba hati Hanani berdegup kencang apabila Nazim duduk di sebelahnya,Hanani mula merasa malu.

Tiba-tiba hatinya rasa tidak enak,dia dapat merasakan seseorang sedang berjalan ke arahnya,Hanani mencari-cari siapakah dia,tiba-tiba

"Hai Nani" tegur Syasya

Hanani memandang pelik ,di dalam fikirannya memikirkan apakah yang terjadi kepada perempuan durjana ni,tiba-tiba sahaja baik dengannya.

"Nani puas aku cari,baru nak ajak kau belanja,ehh hai,saya Syasya" Syasya berkenalan dengan Nazim.

"Saya Nazim" balas Nazim

"Ouh budak baru lah ni,nice to meet you" balas Syasya

Nazim tersenyum memandang Syasya.

"Nani,jom pergi kantin saya belanja" ajak Syasya

Syasya menarik tangan Hanani,Hanani hanya ikut sahaja Syasya.Setibanya mereka di kantin,Syasya membeli sepinggan mee goreng,Syasya mengajak Hanani duduk bersamanya,Hanani mengikut sahaja.Sedang Hanani menjamu mee goreng yang dibeli oleh Syasya,Tiba-tiba air sirap mencurah dari atas kepalanya,Hanani menoleh ke belakang,Syasya sedang menyiramnya dengan segelas air sirap.Hanani terkejut,Nayli tiba-tiba muncul di depan Hanani dan menangkap gambar Hanani yang basah kerana disiram air sirap.

"Padan muka kau gemuk,rasakan" Syasya sambung menyiram air sirap tersebut sehingga habis.

Hanani bangun dari tempat duduknya dan berlari ke tempat lain,pelajar-pelajar yang berada di kantin bersorak riuh.

Hanani singgah duduk di pondok bacaan,dia menangis akibat perbuatan Syasya yang kejam itu.Hanani tidak menyangka sekejam itu Syasya berbuat demikian kepadanya.Syafiq ternampak Hanani dari jauh,Syafiq datang mendekatkan diri kepada Hanani.Hanani segera mengelapkan airmatanya apabila dia ternampak Syafiq datang mendekatinya.

"Hanani,kau okay?" Syafiq melihat keadaan Hanani yang basah kuyup dengan air berwarna merah."Ya Allah,siapa dajal kau ni?" Soal Syafiq terkejut

Hanani tidak menjawab.

"Aku bagitahu cikgu,kau tunggu kejap!" Ujar Syafiq

Hanani menarik tangan Syafiq.

"Syasya yang buat,jangan bagitahu cikgu aku mohon."
Rayu Hanani

"Kau gila? Dia dah buat kau macam ni kau masih taknak lapor pada cikgu disiplin?" Soal Syafiq dengan wajahnya yang sedang marah.

"Aku taknak dia kena tindakan apa-apa,tak apalah biarkan saja" jawab Hanani

"Huh? Kenapa kau nak backup betina sial tu huh?" Soal Syafiq

"Tak apa biarkan sajalah dia" jawab Hanani lagi

"Aku tak tahu apa kena dengan kau Hanani! Dia buat kau macam itu sekali kau masih backup dia!" Syafiq mengalirkan airmatanya dan berlalu pergi meninggalkan Hanani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience