Chapter 19

Romance Completed 16787

Bab 19

"adakah awak sudah fikir masak-masak ingin mendermakannya?" Soal Doktor Halim

"Saya sudah buat keputusan doktor,saya sudah fikir masak-masak,saya akan dermakan hati saya kepada Nazim,kawan saya"

"Baiklah,awak boleh tandatangan disini." Ujar doktor Halim

Hanani menitiskan airmatanya melihat keadaan Nazim yang terlantar di atas katil di wad.

Syafiq yang melihat Hanani menangis juga turut menangis.Syafiq memikirkan apa yang akan terjadi jika Hanani dapat tahu bahawa Syafiq ingin menderma hati kepada Nazim.

"Nani, kau sabar okay? Tabah,semua yang terjadi adalah satu ujian daripada Allah,banyakkan berdoa" ujar Mira

"Aku tak sangka,kalau aku tahu,sudah lama aku maafkan Nazim dan tidak berdendam kepadanya,aku bersalah Mira,aku yang buat dia sakit" jelas Hanani

"Tak baik cakap begitu bukan salah kau,kau tak buat apa-apa pun,dah ditakdirkan Nazim menghidap kanser hati." Ujar Mira

"Nazim, maafkan saya,saya sudah buat awak sedih." Jelas Hanani kepada Nazim

Keesokkan harinya,Syafiq dan Mira begitu juga keluarga Nazim hadir ke hospital.

"Alhamdulillah Tuan dan Puan,ada orang yang sanggup mendermakan Hati kepada Nazim,Tuan dan Puan boleh ikut saya sebentar." Ujar Doktor Halim

"Alhamdulillah abang,ada juga orang yang sanggup mendermakan untuk anak kita" kata Puan Rafidah

"Alhamdulillah" ucap Datuk Saiful

"Alhamdulillah Mira,ada juga orang yang begitu baik hati nak dermakan Hatinya kepada Nazim" kata Syafiq

"Hanani mana? " soal Mira yang pelik tidak nampak susuk tubuh Hanani

"Katanya dia datang lambat sikit " jawab Syafiq

"Awak sudah bersedia?" Soal Doktor Halim

"Sudah doktor"

Pembedahan sedang dijalankan,Syafiq dan Mira masih lagi pelik kerana Hanani masih belum sampai.

Beberapa jam kemudian

Doktor Halim keluar dari bilik pembedahan.

"Doktor macam mana dengan anak kami?" Soal Datuk Saiful

"Kami berjaya memindahkan Hati yang baru kedalam Tubuh Nazim." Jelas Doktor Halim

Tidak lama kemudian Nazim sedar.

"Ma...Pa..."

"Alhamdulillah anak mama dah sedar."

"Papa..mama...siapa yang derma Hati kepada Nazim?" Soal Nazim

"Papa dan mama tak tahu,tapi apa yang penting anak papa dan mama sudah sedar,orang yang mendermakan itu betul-betul baik,papa dan mama berterima kasih kepadanya sebab sudah selamatkan anak papa dan mama" jelas Datuk Saiful

"Papa dan Mama nak keluar kejap,Kawan Nazim ada di luar,mama panggil dia orang masuk ya."

"Hai Nazim" tegur Syafiq dan Mira

"Terima kasihlah kau orang rajin melawat aku."

"Kau kan kawan kita orang" jelas Syafiq

"Oh,Hanani mana?" Soal Syafiq

Syafiq dan Mira saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience