Chapter 7

Romance Completed 16787

bab 7

"Hai Nani" tegur Syasya

"Hai Nani" tegur Nazim

Hanani terkejut melihat Nazim berpegangan tangan bersama Syasya.

"Kita orang baru saja couple semalam" Syasya menggenggam tangan Nazim

"Ouh,tahniahlah ya" ucap Hanani

Hanani segera meninggalkan mereka berdua,Hanani melihat gelagat Syasya yang menggedik dengan Nazim,Hanani berasa sungguh hampa.

Setiap pagi Hanani melihat kemesraan pasangan itu.Makin dilihat makin menyakitkan hati.Hancur hatinya tiada siapa yang mampu mengubatinya,baru sahaja dia mahu luahkan perasaanya terhadap Nazim tetapi dia tidak layak,hanya orang gedik seperti Syasya sahaja pilihan Nazim.

Sejak dari hari itu,Hanani tidak lagi ceria,terkadang dia mengelamun jauh,menangis.Hanani benar-benar kecewa.

"Nani kau okey?" Soal Mira

"Kau macam ada masalah saja?" Soal Syafiq

"Tak ada apalah" jawab Hanani

"Syasya couple dengan Nazim kan?" Soal Mira lagi

"OMG!" Bisik Syafiq

Hanani hanya mengeluh.

"Hish! Syasya tu kenapa? Aku geramlah dengan dia tu,patutnya Pihak sekolah buang dia terus supaya tak boleh mohon sekolah sini lagi,mentang-mentang anak datuk! dia ingat dia siapa!" Marah Mira

"Aku faham,perasaan kau, kau mesti tengah sedih,sabarlah Nani,kau tak boleh begini,kau kena bangkit! Wake up! Teruskan usaha kau demi cita-cita kau bukan bercinta! Tabah!." Ujar Syafiq

Hanani mengangguk perlahan.Dia sedar yang dia perlu bangkit,mempedulikan mereka berdua itu,terus berusaha mencapai kejayaan demi Peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi iaitu SPM.Dia perlu tabah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience