BAB 6

Romance Completed 14351

“kenapa kau cakap macam tu? Kata-kata kau seolah-olah menuduh aku dengan yang lain adalah manusia yang sudah ‘rosak’. Cuba kau buang sikit penilaian negatif kau pada orang yang sosial macam kami. Aku akui. Aku memang sosial. Tapi, aku tahu batas-batasnya”, luahku cuba setenang yang mungkin. Biarpun, di hati tidak setenang seperti nadaku, aku berusaha juga bertenang.

Rul mengeluh. Kali ini begitu panjang sekali keluhannya. Dia mengusap lehernya berkali-kali.

Dadaku berdebar-debar. Seperti ada orang yang bermain drum pula di dadaku.

“aku tahu. Kau fikirlah, dari benda yang sekecil, kalau tak di bendung, makin membesar jadinya. Sosial kita ada pada tempatnya. Kau tengoklah, buat majlis dengan muzik yang boleh memekakkan telinga, dengan berbotol-botol minuman keras lagi. Macam tu ke sosial? Bergaul dengan laki perempuan ikut suka hati. Mana perginya maruah melayu zaman sekarang? Yang aku tahu, agama je islam. Tapi, cara hidup macam orang barat. Kau fikirlah. Tapi, aku ni bukan siapa-siapa pada kau. Aku tak kenal kau, dan kau pun tak kenal aku. Mesti keluarga kau sedih bila lihat anak yang diorang sayang jadi macam ni. Fikirlah. Assalammualaikum” Sebaik saja Rul mengucapkan salam, dia terus meninggalkan aku.

Hatiku yang keras seakan-akan cair. Aku mengatur langkah tanpa sedar. Begitu juga dengan air mata yang jatuh di pipiku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku harus menangis. Yang aku tahu, hatiku seolah-olah sayu sangat. Kata-kata Rul masih terngiang-ngiang di telingaku. ‘Fikirlah’…..

AKU termenung jauh. Tidak langsung aku hiraukan pelanggan yang memenuhi bangku-bangku kosong di gerai ini. Yang aku tahu hatiku sedang berduka lara. Terasa mahu menjerit pun ada. Nanti, apa pula kata orang.

“assalammualaikum”, sapa satu suara yang cukup aku kenal.

“waalaikummussalam”, balasku perlahan.

“kau nak makan ke? Aku tolong buatkan burger untuk kau” Rul memulakan perbualan.

Aku mengeluh. Lambat-lambat aku menggeleng.

Rul melabuhkan punggung lalu menghadap aku yang sedang berduka. “kau ada masalah ke? Kenapa tak balik lagi?”

Aku mengangkat kepala lalu memandangnya.

Seperti yang aku duga. Rul kelihatan tergamam memandang mataku yang sudah berkaca-kaca. Namun, dia bersahaja tenang.

“kau halau aku ke?”, soalku pula. Nadaku perlahan sekali.

“bukan halau. Sekarang dah pukul 9.30 malam. Sepatutnya, anak dara tak elok balik lewat malam macam ni. biar aku hantarkan kau balik” Rul menawarkan dirinya.

Aku pantas menggeleng. Pertengkaran antara aku dan keluarga menyebabkan aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Memang keputusan seperti ini tidak elok. Tapi, apakan daya. Hanya ini yang boleh melegakan hati aku.

“kenapa Lyn buat kat papa dengan mama macam ni? tak kesian ke kat papa dengan mama?”, soal papa lantang. Mungkin sudah lama dia menyimpan rasa marah terhadap aku!

Aku hanya diam. tidak berani langsung melawan.

“kenapa dia? Cakaplah. Lyn kan johan kalau bab-bab melawan ni?” Papa menempik kuat.

Pertama kali dalam hidup aku kena marah begitu sekali. Selama ini, papa dengan mama hanya membebel pendek saja. Tapi, kali ini siap dengan tengking-tengking lagi.

Aku yang sudah kecut perut makin pucat jadinya. Mama begitu setia sekali menemani aku apabila di marah oleh papa. Aku tahu, mama tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Bila papa dah tengking, memang tiada siapa yang dapat meredakan keadaan. Along yang baru pulang kerja terus tidak jadi naik atas. Dia terus duduk di sebelah mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience