BAB 1

Romance Completed 14351

“betul ke kau tak nak keluar malam ni?”, soal Pija yang sudah membetulkan pakaiannya.

Aku hanya menggeleng. Dengan malas aku berkata, “malaslah. Aku nak rehat je kat rumah. Malam ni, aku dah janji nak balik rumah. Kau faham sajalah perangai papa dengan mama aku tu. Tak pasal-pasal kena makan ceramah yang terhormat lagi”, terangku sudah di sambut tawa oleh Pija.

Aku membuat muka cemberut. Kan bagus kalau boleh hisap curut. Tak perlulah buat muka cemberut lagi! Menyampah pula dengar tawa yang bernyanyi di mulut Pija.

“eh, kau tak nak join ke?”, soal Zara yang baru keluar dari bilik. Wah, bukan main ‘panas’ lagi penampilan temanku ini. Nasib baik aku ni perempuan. Kalau tak, dah lama terkam. Stop, apa yang aku merepek ni?!

Makin berapi pula aku mendengar soalan yang sama. Aku terus mencapai kunci kereta di atas meja kecil. Tergesa-gesa aku menyarung sandal.

“kenapa tu?” Mesti Zara pelik melihat sikapku yang tiba-tiba saja naik angin.

“mood tak elok”, bisik Pija perlahan. Namun, telingaku masih dapat menangkap bisikan itu.

Aku malas melayan dua orang temanku. Balik rumah lagi bagus! Tanpa berlengah, laju saja kakiku menuju ke arah lif. Sebaik saja pintu lif terbuka, aku terus masuk ke dalam ruang itu. Pantas juga tanganku menekan punat. Berharap agar cepat tiba di bawah.

Apabila terbuka, aku terus keluar. Waktu yang sama juga telefonku berdering minta di angkat. Aku mengeluh. Sekali imbas aku melihat nama si pemanggil. ‘along’. Desis hatiku. Jangan nak membebel pula dalam telefon. Doaku dalam hati.

“hmmm, ada apa?”, soalku dengan malas sebaik saja menekan button hijau. Memang aku malas mahu menjawab mana-mana panggilan saat ini.

“apalah adik ni. Assalammualaikum itik gembo-gembo”, ucap along sudah terdengar tawanya yang besar.

Aku mencebik. Menyampah pula dengar nama itik gembo-gembo. Tak suka! “yela, waalaikummussalam”, jawabku lemah. Langkah kakiku juga lemah. Sudah seperti hidup segan mati tak mahu pula. Ah, lantaklah!

“hah, macam tu lah adik along. Ni, along nak minta tolong kat adik”

Tolong? Ni yang malas ni. Tapi, nasib baik juga sebab tak kena berleter. Mungkin along dah tahu aku akan pulang awal malam ni. “ala, malaslah along. Adik nak balik rumah cepat. Katil pun dah melambai-lambai panggil adik”, balasku merengus. Aku sudah tiba di pakir kereta. Tanpa berlengah, aku terus menerobos masuk ke dalam perut kereta sebaik saja pintu di buka.

Kata-kataku di sambut tawa oleh along. Apa yang kelakar, aku pun tak tahu. Memang benar tirai mataku terbayang tilam empuk yang memanggilku.

“pandai adik buat lawak. Masa adik nak balik nanti, tolong belikan kat along burger eak. Along nak stay up malam ni. Kalau burger tak ada, mata along tak tahanlah”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience