BAB 11

Romance Completed 14351

“yang kau sengih sorang-sorang ni kenapa? Dah buang tabiat ke?”, sergah Rul.

Aku terlepas juga tawa kecil. Rasa senak pula perutku menahan tawa dari tadi. “pasal kaulah aku rugi duit tiket tahu tak. Kalau macam ni, baik tak payah masuk panggung pun tak pe. Tak sampai satu jam pun lagi. Mengalahkan orang perempuanlah kau ni”, bebelku menampar pahanya.

Rul tersenyum kecil. “aku bukan takut. Terkejut je”

“dahlah, tak nak mengaku pula. jom balik” Aku sudah malas mahu berlama-lama lagi di sini.

“oiii Lyn!”, jerit suara yang memanggil namaku.

Serentak aku dan Rul memandang ke arah suara itu. Bibirku sudah menguntum senyuman. Kejap lagi riuhlah jadinya. Desisku dalam hati.

“oi cik kak, asal tak beritahu kita orang yang kau dah ada pakwe? Dahlah lama menyepi” Tanpa salam, Pija sudah serbu dengan pertanyaan. Zara sudah menampar bahu aku.

Uikh, kasar sungguh minah ni. Lari laki kalau tengok.

“asal kau diam? Sedap-sedap kau dating eak? Patutlah kita orang ajak keluar kau tak nak keluar” Mulut Zara mula riuh.

Aku dan Rul saling berpandangan. Akhirnya, pecah juga tawa kami.

“apalah korang ni. Aku kenalkan. Ini Rul. Dia kawan aku” Aku memperkenalkan Rul kepada kedua-dua teman baikku.

Rul sekadar mengangguk lalu tersenyum.

“hai, hensem awak ni. Dah ada makwe belum?”

Hah sudah! Zara sudah mula menggatal.

Rul ketawa besar. Aku yang melihat terus mengetap bibir. Berbulu betul telinga aku mendengar tawa dari mulut Rul. Panas pula hatiku tiba-tiba.

“eh, kau ni. tak cukup dengan yang satulah”, marah Pija mencubit lengan Zara. Apa lagi, menjeritlah Zara kesakitan. Baru tahu langit tu tinggi atau rendah!

“awak berdua ni nak pergi tengok wayang ke?” Dengan ramah pula Rul berborak.

Entah kenapa aku rasakan Rul ini terlebih ramah pula. Sudahlah penampilan kedua-dua sahabatnya itu agak keterlaluan.

“yup. Kami pergi dulu eak. Bubye Lyn. Jangan nakal-nakal tau”, pesan Pija sudah terhambur tawanya.

Aku sekadar mengangguk lalu tersenyum kelat.

“kenapa tak ajak diorang join kita sekali?”, soal Rul padaku.

Aku terus bangun. “hello Encik Rul, kalau awak nak, pergilah. Pantang nampak perempuan berdahi licin. Mulalah nak menggatal. Aku nak balik dulu”, tukasku terus melangkah pergi.

Namun, telingaku dapat mendengar jelas gelak tawa dia di belakangku. Sakit hati pula aku mendengar.

“cemburu ke? Orang kata, cemburu tu tanda sayang” Langkah Rul kini saing denganku.

Makin besar langkahku, makin besar juga langkahnya. Akhirnya aku berhenti. Seperti yang aku duga juga. Dia pun turut berhenti.

“kenapa ikut aku? Dah buang tabiat?”

Rul hanya tersengih. Sudah seperti kerang busuk! “janganlah marah. Kawan kau, kawan aku juga. Lagipun, kenalah berbudi dan berbahasa. Nanti di katakan sombong pula. Jom kita pergi makan. Aku lapar burger la” Dia cuba mengubah memujukku. Matanya yang kuyu itu semakin kuyu jadinya.

Aku merengus geram. “yela, burger, burger, burger. Memang betullah kau ni mat burger. Menyampah” Aku terus berjalan meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience