BAB 2

Romance Completed 14351

Ishk, ngada-ngada betullah dia ni. Runggutku dalam hati. Orang minum kopi atau nescafe untuk tahan mengantuk. Lain benar dengan along aku yang seorang ni. burger? Tak pernah di buat orang.

Lambat-lambat aku menjawab, “emm, tengoklah” Acuh tak acuh saja suaraku. Sebaik saja enjin di hidupkan, aku terus menekan pedal minyak.

“beli tau. Jangan tak beli pula” Along cuba mengingatkan aku.

“hmmm”, keluhku. Tiada mood mahu menjawab panjang lebar.

“bye adik. Beli tau. Emmuahh, assalammualaikum” Along sudah mula membuat perangai buruknya. Kiss konon. Tak hingin aku!

“yela. Tak perlu nak ingatkan adik”, balasku terus memutuskan talian. Salam pun aku tidak menjawab. Entahlah, aku sebenarnya geram. Geram sebab tidak dapat ikut Pija dan Zara keluar melepak. Sepatutnya, aku keluar malam ini. Aku mahu bersuka ria dengan Pija dan Zara. Namun, kebebasan aku selalu di kongkong!

Hmm, bila di sebut melepak, aku pun tak tahu bilalah perangai aku akan berubah. Umurku sudah 25 tahun. Kerja pun tidak. Hidupku tiada matlamat langsung. Pernah juga aku cuba mencari kerjaya yang berdasarkan minat aku. Tapi, semuanya hancur. Aku cuba bidang menjahit, tangan yang di jahitnya. Sakit giler la aku kena. Nak cuba melukis, lain pula rupa yang jadi. Memasak? Aku memang pandai memasak. Hehehehe, bukan aku puji diri sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Aku memang pandai masak. Dapat tempat pertama lagi dalam persatuan Ekonomi Rumah Tangga masa di sekolah menengah dulu. Tapi, aku takut nak memasak sebab orang kata ‘perempuan akan cepat gemuk bila hidu wap masakan’. Entah betul, entah tak. Kesimpulannya, jangan memasak! Nanti aku di ejek itik gembo-gembo pula.

Aku memakir kereta di ruang kosong. Pandanganku kini tertumpu pada gerai burger di tepi jalan. Ikutkan hati, malas pula mahu menunaikan janji along. Bukannya apa, malu pun ada juga. Sudahlah ramai lelaki yang melepak di situ. Yang gerai ni pun satu, bukak sajalah gerainya. Tak perlulah dengan kerusi dan meja seklai. Dah jadi macam warung tepi jalan pula.

Ishk, budak-budak zaman sekarang asyik melepak je. Cubalah cari hobi lain selain melepak. Apalah nak jadi dengan diorang ni. Aku mulalah mahu berleter. Tak dapat cakap pun tak pe. Asalkan puas berleter dalam hati. Cakap pasal ‘berleter’, aku mengikut sifat papa lah. Mana tidaknya, papa selalu berleter dengan perangaiku. Eh, nanti kejap. Aku nak berleter kat orang pula. Aku pun dua kali lima je macam budak-budak remaja yang melepak di sini.

“cik, cik..”

Aku tersentak. Tidak sedar bila masa aku sudah berdiri di depan penjual burger itu.

“cik nak apa?”, soal lelaki yang tinggi dan tegap itu. Tidak senang tangan pula aku melihat dia melakukan kerja-kerja itu. Aku tersenyum. Kacak juga mamat depan aku ni. sudahlah berkulit putih. Namun sayang, mat burger je. Memang kena reject dengan papa dan mama.

“cari laki yang ada masa depan” Kata-kata papa masih terngiang-ngiang di telingaku.

“cik”, panggil laki itu lagi.

“hah?” Aku sudah terpinga-pinga. Mesti merah mukaku waktu ini. Bukan merah saja. Sudah seperti udang kena bakar je. seolah-olah kulitku nipis seperti kulit bawang pula! Macam manalah aku boleh mengelamun pula.

“cik, kalau nak termenung, pergilah naik ke bulanlah. Jangan termenung kat sini. Saya nak ambil order ni. Cik nak apa?”, soal laki itu sudah tersenyum kecil.

Bagi pandanganku pula, senyuman itu seperti mengejek pun ada. Agak sinis pada pandangan aku. Mulalah nak berapi balik aku pun. Rilex la beb, mamat tu saja je nak melawak dengan aku. Tenang, tenang. Jangan melenting tak tentu pasal pula kat sini.

“bagi saya….hmmm, pizza burger”, balasku teragak-agak.

Peliklah nama-nama burger di gerai ni. Aku pun pening nak yang mana satu.

“hah Rul, kau jangan nak main mata pula”, celah satu suara dari belakang lelaki yang baru aku tahu namanya. Lelaki yang bernama Rul itu hanya mampu tersenyum. Entah kenapa aku berdebar-debar pula melihat senyuman yang di hiasi lesung pipit di pipi kiri Rul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience