BAB 4

Romance Completed 14351

“eh, kau kenapa? Asal biul semacam je aku tengok? Kau okey ke tak?”, soal Zara agak lantang.

Bushh…

Berkecai terus lamunanku. “tak ada apa-apa”, balasku terus menyedut coca cola.

“ini kau punya. Kau nak Big Mac kan?”

Aku menjawab pertanyaan Pija dengan anggukan. Pandanganku tertumpu pada burger di hadapan kini. Tiba-tiba saja peristiwa semalam terlayar di ruang mataku. Aku mengeluh kecil.

“kau kenapa Lyn? Aku tengok dari tadi lagi kau macam mengelamun. Betul ke kau masih kat alam fana ni? tak pun, ni roh kau je?”, soal Zara sudah ketawa besar.

“ishk kau ni. Mestilah manusia. Cuba kau sentuh dia. Hah, manusia, manusia”, sampuk Pija memcit-micit lengan aku. Sesaat dua kemudian, berderai tawa Pija dan Zara.

Aku menjelirkan lidah. Suka sangat menyakat aku. Dahlah ketawa pun macam langsuir. Ishk, lari laki kalau ada yang dengar. Kutuk hati kecilku.

“hah, mengutuklah tu kalau buat mulut cebik”, ejek Pija mencubit lengan aku.

“auww, sakit tau tak. Kau ingat elok sangatlah tu cubit macam tu”, marahku lalu mengusap-usap lengan yang sudah merah dengan cubitan Pija yang berbisa itu.

“tau pun sakit. Lain kali, jangan kutuk dalam hati. Berdosa tau”, celah Zara yang khusyuk menikmati ayam goreng mcd.

“yela, aku bukan kutuklah. Eh, malam ni korang nak keluar ke? Aku nak joinlah. Bosanlah aku asyik terperap kat rumah je” Aku mula merangka-rangka rancangan untuk malam ini.

Pija mengangguk-angguk lalu menjawab, “memang nak keluar pun. Sunyi giler lah kau tak ada semalam. Bosan tahap cipan tau tak. Kau nak pakai apa malam ni?” Pija sudah tidak sabar lagi mahu tahu.

Aku ketawa kecil. “macam biasalah. Mestilah skirt dengan pantyhose aku tu. Balak korang tak ikut ke semalam?”

Zara yang sedang menyedut air terus tersedak. Tawa aku dan Pija menjadi satu. Kelakar pula melihat muka Zara yang sudah merah bernyala.

“balak-balak jangan sebut la. Aku tengah tension ni. Sejak aku menjalinkan hubungan cinta, semua kebebasan aku di sekat. Tak best wei. Bosan giler aku”, jelas Zara dengan muka yang tidak puas hati.

Aku menutup mulutku dengan kedua-dua tangan. Terhinjut-hinjut bahu aku menahan ketawa.

“woi, agak-agak la nak gelak pun. Kau tak tahu bertapa azabnya aku sejak bercinta ni. Rasa macam nak lempar je boyfriend aku jauh-jauh. biar jauh dari mata aku pun tak pe” Zara meluahkan apa yang tebuku di hatinya. Walaupun marah, dia tetap makan juga. Itu yang memelikkan lagi aku melihatnya. Zara, Zara, macam-macam hallah kau ni. Desisku dalam hati.

“kau apa cerita pula Lyn? Takkan nak single lagi?”, soal Pija dengan kening yang terangkat.

Aku hanya mengangkat bahu. Malas aku mengambil port kalau bab ‘kapel’. Bagiku, usia mudaku harus berseronok lagi. Aku nak bebas tanpa kongkongan sesiapa pun. Jika aku nak couple pun, aku nak seseorang yang boleh memahami aku. Dan, yang penting lelaki yang akan jadi suamiku bukan perangai perangai seperti ‘Mat Burger’ semalam!

“kau ni kenapa?”, marah aku mula begang. Nasib baik bukan di dalam rumah. Kalau tak, mesti pergaduhan kami di tonton oleh semua orang.

“kenapa apa?”, marah Rul pula. “Isha, jom balik”, sambung Rul yang sudah mula tinggikan suara. Tangan Isha pantas di capai. Kelihatan Isha berusaha melepaskan cengkaman Rul di lengannya. Manalah nak berjaya di leraikan. Tenaga laki sudahlah kuat berbanding pula tenaga perempuan yang lemah. Mesti kalah punya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience