BAB 10

Romance Completed 14351

“kau ajak aku keluar ni, tak keja ke?”, soalku menukar topik. Tidak mahu perbualan tadi mengganggu ketenteraman aku.

“taklah. Aku cuti hari ni. Nak ajak kau keluar tengok wayang. Kalau kau sudilah”

Aku menimbang-nimbang dulu pelawaannya. Lambat-lambat aku mengangguk. “tapi, dengan satu syarat” Hehehehe, siap bersyarat lagi aku kenakan.

Terangkat kening Rul. Sememangnya aku tahu, dia pun mesti mahu tahu apa syaratnya.

Aku sudah tersenyum nakal. “biar aku yang belanja pula. Kau dah bagi hadiah. Takkan kau pula yang nak belanja lagi. Boleh?”

Sudahku duga juga. Rul tidak puas hati dengan syarat yang di kenakan olehku. “mana boleh. Akukan laki. Akulah kena belanja. Jatuhlah maruah aku kalau macam ni” Mukanya mula kelat.

Aku sudah ketawa. Comel pula aku lihat mimik muka Rul.

“aku serius ni. Kau asyik ketawa je. Kalau macam tu, tak payahlah tengok. Ego sangatlah kau ni. Bukannya aku nak perlekehkan kau” Nada Rul sudah seperti budak kecil yang sudah merajuk.

“alololo, merajuk eak. Nak susu tak? Aku tolong belikan”, sakatku lagi.

Makin muncung pula bibir Rul. “buat apa susu. Aku bukannya budak kecil lagi”, balas Rul memalingkan wajah ke arah lain.

Aku mati kutu. “hmm, tak apalah kalau macam tu. Aku balik dululah. Tak nak sudah”, bidasku terus bangun. Malas nak melayan kerenah Rul yang sudah keanak-anakan.

“eh, janganlah pergi. Okey, kau belanja”, ujar Rul mematikan langkahku.

Akhirnya, berjaya! Aku memusing semula tubuh. Kini, Rul sudah berdiri betul-betul di hadapanku.

“kalau kau monyok macam ni, aku tak tengok wayang”, gertakku.

“okey. Aku senyum. Ngeee” Rul cuba tersenyum. Eleh, aku tahulah senyum tak ikhlas. Tapi, tak apa. Asalkan dia senyum.

“hah, good boy. Jom. Aku nak tengok damping malam”, tuturku berjalan seiring dengan dia.

“ala, tengok cerita lainlah. Bosanlah damping malam”

Aku sudah mengangkat bahu. “bosan ke atau kau takut?” Aku cuba menduganya.

Ternyata dia tidak mengendahkan langsung pertanyaanku. “siapa kata anak laki lembut. Jomlah, tak takut pun. Jangan nanti, kau yang takut sudah”, ejek Rul tidak mahu mengaku kalah.

Cis, ingat aku ni takut ke? Tak apa, kita tengok je. Siapa yang sebenarnya anak ayah dan siapa yang sebenarnya anak mak!

“kau okey tak?” Aku sudah risau.

“aku okey. Pening sikit kepala ni” Kelihatan tanyannya ligat memicit-micit dahi.

“jom duduk kat situ dulu” Aku melangkah ke arah bangku kosong yang tidak jauh dari tempat kami berdiri.

“hmm, dah okey sikit”, ujar Rul sebaik saja tubuhnya terduduk di atas bangku itu.

“kenapa kau ikut juga aku nak tengok cerita tu? Kan dah pening. Tak tahu pula kau ni penakut rupanya” Aku serba salah sangat.

Masa di panggung tadi, sepatutnya perempuan yang menjerit. Ini tak, Rul pula yang mengalahkan orang perempuan. Belum sampai 1 jam di dalam, aku terpaksa keluar. Semuanya gara-gara Rul. Penakut sangat!

Bila di fikirkan balik, cerita itu tidaklah setakut atau seseram mana pun. Paling aku tak boleh lupa, Rul menutup muka dengan teady bear. Hahahahha, lawaklah mat burger ni. Comfirm malam ni Rul tak pergi kerja. Sebab pening terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience