BAB 13

Romance Completed 14351

Aku mengangkat bahu lalu melabuhkan punggung di sebelah mama. Seperti biasa, mama akan memeluk bahuku. Aku suka keadaan seperti ini. Rasa di manja.

“petang tadi kawan lama papa datang” Papa memulakan perbualan.

Aku hanya mengangguk dan menunggu kata-kata papa untuk seterusnya. “kenapa papa, dia nak suruh Lyn kerja dengan dia ke?”, dugaku belum sempat mendengar penjelasan dari papa.

Papa menggeleng kepala berkali-kali. “kawan papa datang nak merisik kamu”

Aku tersentak. Kepalaku yang memang terlentok di bahu mama, kini sudah tegak berdiri. Aku mencari kebenaran pada sepasang mata milik papa. Hanya anggukan saja memberi jawapan segala-galanya.

“kenapa Lyn papa?”, tanyaku bodoh.

“kan Lyn satu-satunya anak perempuan papa dengan mama”

Ye tak ye jugakkan? Aku pun satu, bodoh pula menanyakan soalan yang sebegitu. Kepalaku masih lagi biul. Betul ke? Aku nak kahwin? Ishk, papa gurau je tu. Aku cuba bermonolog.

“papa guraukan mama?” Aku memandang mama pula. Sama seperti pandanganku pada papa. Inginkan kepastian!

“betul. Kami tak bergurau Lyn. Umur Lyn sekarang dah 25 tahun. Sudah tiba masanya untuk Lyn fikir tentang keluarga sendiri”, jelas mama lalu menggenggam erat jari jemariku.

Aku membuang pandangan ke arah permaidani di ruang tamu. Rasa biul, sedih dan sayu bercampur menjadi satu. Aku mengeluh dalam hati. Aku sendiri tidak berasa gembira dengan berita yang di sampaikan oleh papa dan mama. Bagiku, biarlah pasangan hidupku adalah pilihan aku. Bukan pilihan orang tuaku. Namun, aku sudah berjanji. Aku tidak mahu menghampakan ataupun menyakitkan hati kedua-dua orang tuaku lagi. Jadi?

“…kalau itu yang terbaik buat papa dengan mama, Lyn terima seadanya. Pa, ma, Lyn naik dulu. Nak rehat kejap”, ujarku memberi kata putus.

“Lyn”, panggil mama sebelum aku melangkah meninggalkan mereka.

Aku memandang ke anak mata mama. Pengharapannya sangat jelas tersinar di ruang mata. Tidak sampai hati pula aku mahu menolaknya.

“fikir sedalam-dalam Lyn. Jangan di sebabkan mama dengan papa, Lyn menderita. Kalau Lyn ada sesiapa, bawalah dia jumpa mama. Mana tahu mama boleh tolak risikan dari kawan papa”, jelas mama masih lagi bertolak ansur.

Aku membuang pandangan ke arah papa. Kepala papa hanya mengangguk berkali-kali. Mugkin dia setuju dengan kata-kata mama. Aku faham sekarang. Orang tuaku tidaklah sekejam mana. Aku tahu mereka inginkan yang terbaik.

Bibirku menguntum senyuman. Seikhlas yang terlahir dari hatiku. “Lyn terima pa, ma. Nite”, ucapku terus memijak satu persatu anak tangga.

Yang pasti pasangan hidupku bukan dengan mat burger. Kita hanya menganyam angan-angan. Namun, tak semua menjadi nyata!

“KAU apa khabar?”

“alhamdulillah. Aku baik. Kau?”, soalku pula. Sudah dua minggu aku dan dia tidak bertemu. Bukan aku tak rindu. Malah, sudah bersarat rasanya rinduku padanya. Tapi, apakan daya. Aku tidak mahu terlalu memikirkan pasal dia.

Rul hanya membalas dengan anggukan saja. Sihatlah maknanya.

“macam mana kau dapat nombor telefon aku?”, soalku ingin tahu. Aku sangkakan kami tidak akan bertemu lagi. Tapi, hari ini aku bertemu lagi dengan dia.

“aku minta dari Pija. Dia ada datang gerai aku. lama kita tak jumpakan? Kau makin cantik. Aku suka tengok kau pakai tudung. Sejak bila?” Pujinya secara tidak langsung menyebabkan hatiku kembali bernyanyi riang.

Aku tersenyum kecil. “sejak dapat hidayah. Semua orang akan berubah. Aku selesa macam ni. Aku ada hal nak beritahu kau”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience