BAB 3

Romance Completed 14351

“Rul”, bisikku perlahan.

“ye, ada apa cik?”, soal Rul dengan matanya tidak langsung memandangku.

Aku terpinga-pinga. Tidak tahu pula telinga Rul tajam seperti mata pedang. Aku mengangkat bahu dengan muka yang blur. Seolah-olah tidak tahu apa-apa.

“kalau cik nak pesan burger lain, boleh je. Tapi, kena bayarlah eak. Kalau duit tak cukup, saya belanja”, usik Rul sudah ketawa kecil.

Apa lagi, membulatlah mata aku. Sudahlah panas di hati belum hilang. Di tambah pula usikan yang agak sinis dari lelaki itu membuatkan aku makin panas. Ini bukan melawak lagi. Ini dah kira gurau kasar. Ingat aku ni tak ada duit ke? Aku mengambil langkah untuk berdiam saja.

“nah cik. Dah siap”

Aku menyambut plastik yang di hulurkan oleh Rul.

“awak simpan sajalah baki tu. Saya tak perlukannya. Lagi satu, saya ada duit. Tak perlu awak nak belanja. Bye” Selesai saja aku memuntahkan kata-kata sinis, aku terus berlalu. Not Rm 50 yang aku berikan tadi, di biarkan begitu saja. Aku malas mahu mengambil baki. Bukan aku hendak menunjuk. Tapi, aku geram sangat. Paling pantang kalau ada orang memperlekehkan aku. Senang kata, aku ni pantang di hina, di perlekehkan ataupun di malukan!

“AWAK”, laung satu suara dari arah belakang.

Aku terus membuang pandangan ke arah suara itu. Terus terbeliak mataku melihat Rul yang sudah berada di depanku. Dia buat apa kat sini? Eh, dah nama pun tempat membeli-belah. Mestilah nak beli barang. Takkan nak cari hantu pula kat tempat macam ni. Aku mula berdialog sendiri.

“nah bakinya”, ujar Rul menghulurkan baki semalam.

Aku tersenyum sinis. Tanpa berlengah, aku terus memusingkan badan untuk melangkah pergi. Buang masa je!

“tak perlulah awak bermegah-megah dengan Rm 50 yang awak bagi semalam”

Langkahku terhenti. Dengan sepantas kilat juga aku aku memusingkan tubuh. Pandangan mataku tajam menikan matanya. Nafasku mula tidak teratur.

Senyuman di bibir Rul makin muak aku melihatnya. Jika semalam aku berdebar-debar melihat senyuman itu. Tidak lagi pada hari ini. Bukan berdebar lagi. Sudah jadi menyampah pula.

“kalau setakat nak senyum mengejek, baik tak payah panggil aku. Simpan saja duit tu. Aku tak perlukannya”, marahku boleh lagi mengawal suara. Buatnya kuat mahu satu Sunway ni dengar suara aku. Tak perlu lagi guna mikrofon.

“kenapa berlagak sangat? Saya Cuma nak pulangkan balik bakinya. Lagipun, kami tak makan rasuah” Perkataan rasuah di tekankan dengan lebih kuat oleh Rul.

Aku ketawa sinis. “rasuah? Lupakan je. Aku tak ada masa nak layan kau”, balasku dengan muka yang berlagak. Biarlah lelaki itu nak kata apa pun. Aku dah tak kisah lagi.

“hei perempuan sombong. Kalau kau nak sedekahkan duit kau ni, pergi sedekah kat anak yatim atau pada orang yang memerlukan. Aku tak perlukan langsung duit ni. ambil balik”, bidas Rul kasar. Serentak itu juga dia menarik tangan aku. Dan suka suki saja dia meletakkan baki semalam di telapak tanganku.

“maaf sebab aku pegang tangan kau. Aku harap kau ubah perangai kau. Jangan sombong sangat dengan orang lain”, balas Rul sudah melepaskan genggaman tangannya di tanganku.

Aku terdiam. Mulutku seakan terkunci.

“sekali lagi aku minta maaf”, ucap Rul memandang tepat ke arahku.

“bye” Itu saja yang mampu aku katakan. Dengan fikiran yang binggung. Aku terus meninggalkannya. Dahiku mula berkerut. Kenapa aku seperti di pukau? Sepatutnya, aku lawan balik. Tapi, sebab apa aku harus bergaduh?

“eh, kau pergi mana?” Pija mula menyoalku sebaik saja aku mengambil tempat duduk di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience