BAB 5

Romance Completed 14351

“yang kau sibuk-sibuk jaga tepi kain orang kenapa?” Aku mula tidak berpuas hati. Sudahlah datang ke majlis orang tanpa di jemput. Dah tu, buat kecoh pula di sini. Kesian pula aku melihat Isha yang sudah kelat wajahnya.

“masa bila aku jaga tepi kain kau? Dahlah pakai pun tak cukup kain”, balas Rul sudah tersenyum mengejek. Matanya merenung tajam diriku atas bawah berkali-kali.

“hei, jaga sikit mulut kau tu. Tak payah nak nasihat aku” Mengamuklah aku jadinya. Ingat aku ni telanjang ke yang dia asyik dok pandang aku atas bawah? Hah, nama pun lelaki. Sama je perangai. Buat baik konon. Pirrahhhh. Ejekku dalam hati. Siap buat muka berlagak lagi.

“aku tak ada masa nak bergaduh dengan kau. Buang karan je” Rul terus menarik Isha ke arah kereta.

“hei, nanti dulu. Aku belum selesai lagi dengan kau”, jeritku mengejar langkah Rul.

“apa lagi? Kau tahu tak aku dah lambat masuk kerja. Pasal korang, kerja aku terbengkalai macam tu je” Jelas di wajah Rul ketidakpuasan.

Aku ketawa besar. Seakan-akan menyindir. “eleh, setakat kerja jual burger je itu pun nak megah. Hei, kau pergilah kerja. Tak payah nak kongkong awek kau ni. Dia pun ada life sendiri juga”, marahku tanpa di kawal lagi. Jari telunjukku di tunding ke arah Isha.

Rul memandangku dengan tajam. Dia melepaskan cengkaman di lengan Isha. Kakinya yang panjang itu mengorak langkah datang ke arahku. Sah, Rul sedang mengawal marahnya. Mana taknya, nafasnya sudah tidak menentu rimanya. Dadanya yang bidang itu berombak-ombak.

Aku yang tidak mahu kalah terus membalas pandangan matanya yang sudah merah. Berdebar juga aku rasakan. Gentar pun ada. Tapi, apakan daya. Aku tidak mahu kalah!

“abang, sudahlah tu. adik tahu adik salah. Janganlah marah Kak Lyn. Bukan diorang yang ajak adik. Lagipun, adik tak kenal pun dengan Kak Lyn. Adik baru je kenal tadi”, sampuk Isha yang sudah menarik tangan Rul.

Aku yang mendengar terus tersentak.

Abang?

Adik?

“kenapa kau selalu cari pasal dengan aku?”, soal Rul sudah mula tenang.

Aku sudah tidak keruan. Daripada berani aku menentang mata dengannya, aku terus menundukkan wajah. Perasaan berani yang pada mulanya mencecah 100% tadi, sudah turun hingga ke 0%.

“abang, sudahlah tu. Isha janji, Isha tak buat lagi”, celah Isha mendesak Rul untuk pulang. Kemungkinan juga dia risau Rul akan apa-apakan aku. Ya, mungkin!

“Isha pergi masuk dulu dalam kereta. Nanti abang pergi. Biar abang uruskan cik sombong ni dulu”, ujar Rul meleraikan pegangan Isha di lengannya. Isha hanya menurut dengan muka yang serba salah.

Aku menelan liur berkali-kali. ‘uruskan?’. Jangan kata dia nak tumbuk aku sudah.

“kau nak selesaikan apa lagi dengan aku? Baki duit kau, aku dah bagi. Apa lagi yang kau tak puas hati?”, soal Rul tenang. Namun, nadanya tetap serius.

Aku masih lagi membisu. Betul juga katanya. Apa lagi yang aku nak selesaikan?

“cakaplah. Apa lagi kau tak puas hati kat aku? Adakah sebab aku ni kerja jual burger? Hina sangat ke aku jual burger?”, soal Rul untuk kesekian kalinya.

Aku masih lagi begitu. Membatu di depannya.

“hmmm”, keluhnya pendek. Rul masih lagi memandangku. “aku nak minta maaf kat kau kalau aku ada buat salah”, tutur dia dengan perlahan. “Isha satu-satunya adik aku. Dan aku adalah abangnya. Abang mana yang nak adiknya rosak?”

Aku terus memandangnya. Rosak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience