BAB 8

Romance Completed 14351

“waalaikummussalam”, jawab papa, mama dan along serentak. Kelihatan mata masing-masing tidak berkelip melihat perubahan aku.

“anak papa bangun awal pagi ni nak pergi mana? Jangan kata Lyn nak keluar melepak pagi-pagi macam ni?” Papa mula kurang senang.

Aku tersenyum kecil. Sambil itu, tanganku menyambut huluran segelas susu dari mama.

“papa, mama, along, Lyn nak minta maaf sangat-sangat. Lyn tahu Lyn banyak menyusahkan papa, mama dan along. Tapi, Lyn janji Lyn tak buat lagi”, ucapku penuh bersungguh-sungguh.

Papa yang mendengar hanya tersenyum kecil. Mungkin berpuas hati dengan apa yang aku katakan tadi.

“hah, bagus kalau macam tu. Jangan nak susahkan orang lagi. Berubah juga itik gembo-gembo along ni”, sakat along dengan sebelah tangannya menepuk-nepuk perlahan kepalaku.

“ishk kamu ni, dah masam dah muka tu. Along pun sama, jangan abaikan Lyn lagi”, pesan mama yang sudah senang hati melihat perubahanku.

Aku tersenyum lalu mengangkat ibu jari ke arah along. Padan muka!

“hah, jangan nak gaduh pula kat depan rezeki ni. lyn pakai formal macam ni nak pergi mana?”, soal papa yang khusyuk membaca New Strait Time.

“ala, nak kerjalah. Syarikat papa ada kekosongan lagikan? Lyn nak kerja dengan papalah. Bagi je apa pun, Lyn akan buat dengan sungguh-sungguh”, ujarku lalu tersenyum. Ishk, jangan aku buat separuh jalan sudahlah!

“papa, suruh Lyn jadi tukang cuci je. lagi senang pa” Along tidak habis-habis mahu menyakat aku.

“kamu ni, cubalah berubah sama. Asyik nak kenakan Lyn je” Mama mula menyokong aku.

Apa lagi, tersenyum lebarlah aku jawabnya.

“ma, along memang dah berubah. Tengok, along dah ada komitmen tau tentang masa depan”, ujar along tidak mahu mengaku kalah.

“bila nak bawa calon menantu?” Papa sudah mula menyampuk.

Aku ketawa kecil. Hahahaha…Tahu pun mati kutu. Setelah lama along diam, berderailah tawa semua orang yang berada di meja makan.

Buat pertama kali aku baru menyedari mereka adalah harta yang tidak ternilai buatku. Tidak akan sesekali aku sakiti hati mereka!

“assalammualaikum Encik Rul”, sapaku bersuara girang.

“waalaikummussalam”, balas Rul. Sebaik saja mengangkat kepala, matanya sudah membutang memandangku atas bawah. Sudah seperti yang aku jangka.

“ada yang tak kena ke?”, soalku membelek-belek pakaianku.

Rul tersenyum. Makin terserlah kekacakan pada wajahnya. “jom borak kat situ. Kau nak makan apa? Aku belanja hari ni”, ujar Rul dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

Aku mengangkat kening.

“eh, kau jangan salah faham. Aku betul-betul ikhlas. Bukan nak perlekehkan kau” Rul membetulkan kata-katanya.

Aku sudah ketawa panjang. “aku okeylah. Kalau macam tu, aku nak splash burger. Buat yang speacial sikit tau”

“Joe, kau tolong buatkan splash burger. Aku ada hal kejap”, laung Rul ke arah kawannya yang di kenali sebagai Joe.

“wei, tak apa ke?”, soalku serba salah pula. Tak mahulah nanti Joe katakan dirinya mengganggu kerja Rul pula.

“aku okey la. Jom pergi sana” Rul menunjukkan meja kosong.

Aku hanya mengikut langkah Rul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience