BAB 1

Romance Completed 316

Seashells Beach – 5.20 petang

Evan meraup muka. Kepala kemudian dihantuk-hantuk ke stereng. Kenapa
dia bodoh sangat, senang-senang percaya orang? Dan kenapa seorang yang
begitu dipercayai boleh saja mengkhianati? Dan sekarang siapa dapat
bala? Siapa dapat susah? Dia.

“Daddy, i’m so sorry. I promise. It will never happen again.”

“Boleh ke Daddy percayakan Evan ? After all that happen? Evan
pertahankan orang yang salah. Disebabkan kesilapan Evan , kita dah rugi
1.5 million, Evan . 1.5! Dan bukan kerugian tu saja yang buat Daddy
kecewa. Yang paling Daddy kecewa ialah etika kerja Evan . Kenapa Evan
boleh senang-senang lepas tangan kepada budak Ikram tu? This is your
project.. Your task. Why let others intefere? And decide on your
behalf?Mana rasa tanggungjawab Evan ?”

“Daddy. Evan minta maaf. Memang tak sangka Ikram sanggup buat macam
tu. Betray the company. Betray me.”

“And he’s the one that you call bestfriend?? Fix everything.Yang Daddy
tahu, marketing unit should do something to increase our selling. I
want 20% increase by end of this year. Byhook or bycrook.” Pintu
dihempas kuat oleh Tuan Fad .

Dan selepas itu, Evan terus keluar dari pejabat. Rasa tertekan dek
perbuatan rakan baik sendiri. Sebab itu dia berada di sini sekarang. Di
kaki lima Seashells Beach. Dia rasa malu pada Tuan Fad . Baru saja Tuan
Fad dapat mempercayai dirinya yang baru berubah, dia diuji lagi
dengan sikap Ikram yang telah membocorkan rahsia syarikat demi wang
ringgit. Sungguh dia kecewa dan tertekan.

Dia keluar dari perut kereta dan melangkah menuju ke pantai. Di situ,
dia cuba mencari ketenangan. Matanya ditala ke arah laut yang terbentang
luas. Dan dia lihat ada pelangi di langit. Hujan panas sebentar tadi
menyebabkan kejadian indah itu terhasil. Mata Evan mengikut arah
pelangi dan tiba-tiba, dia terpandang sebuah stal mini di hujung pantai.
Stal itu berwarna pelangi. Payung stal mini itu juga berwarna pelangi.
Dan Evan lihat seorang gadis sedang menghulurkan mangkuk aiskrim warna
pelangi kepada seorang kanak-kanak yang datang. Dan baju gadis itu ada
corak pelangi.

Evan senyum. Entah dari mana senyum itu datang. Entah apa isyarat yang
otak dia terima yang membuatkan bibirnya tersenyum di saat kepala dan
hatinya terbeban dengan rasa kecewa di pejabat tadi. Semuanya jadi
hilang. Dan entah bila kakinya sudah menapak di hadapan stal mini warna
pelangi itu.

“Aiskrim?” Gadis bertopi merah jambu itu tersenyum.

Evan tanpa sedar membalas senyuman itu.

“Nak flavorapa?”

Evan tanpa sedar merenung wajah itu tanpa kedip.

“Encik?”

Evan tanpa sedar menuding jari ke arah menu aiskrim di hadapannya.
Menuding ke arah perisa aiskrim secara rawak.

“Encik nak Special Rainbow? Sebentar!” Gadis itu tersenyum. Aiskrim
pelangi dicedok dan dimasukkan ke dalam mangkuk putih. Sirap strawberi
dituang. Coklat Smarties dengan chocolate ricewarna pelangi ditabur.
“Siap!”

Dan tanpa sedar, not RM50 dikeluar dan dihulurkan kepada gadis itu.

“Banyak sangat ni, Encik! Encik takda duit kecik ke?”

“Keep it. Keep the change.”

“Are you...serious???”

Evan angguk dan terus menapak pergi. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima.
Kakinya patah balik ke stal mini. “Nak tak?”

Giliran gadis itu memandangnya tanpa kedip. Pelik!

Cinta kita ibarat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience