BAB 5

Romance Completed 316

“ Kenapa selalu balik lambat?” Dania melentokkan kepalanya ke bahu
lelaki disebelahnya yang hanya mengenakan singlet biru dan seluar pendek
hitam itu.

“ Busy sikit..” Evan jawab tanpa sedikit pun memandang Dania. Dia
masih leka dengan komputer ribanya.

“ Daddy pun tak busy sangat macam abang..” Dania mencebirkan bibir.

“ Daddy big boss memangla tak busy..”

“ Tapi daddy cakap abang tak ada kat office pun?” kali ni Dania terus
memusingkan badannya dan duduk menghadap Evan . Mahu melihat reaksi
pemuda itu. “ Abang busy dengan benda lain ehh?”

“ Benda lain apa nyaa..” Evan berusaha untuk mengekalkan riak di
wajahnya. Tidak mahu Dania mengesan apa-apa. Belum tiba masanya untuk
Dania tahu tentang gadis penjual aiskrim di Seashells Beach.

“ Abang, abang tak buat lagi clubbing semua tu kan? Abang dah janji
nak berubah kan?”

“ Adik, adik tak percaya abang ke?” Evan memandang Dania.

Ya, dulu dia memang liar. Tapi dia dah berjanji dengan diri sendiri, dan
dia sudah berjanji dengan keluarganya yang dia akan berubah. Dia tak
mahu lagi syarikat menanggung kerugian disebabkan kesalahannya. Dan dia
tidak mahu terus menjadi seorang yang hidup tidak tentu arah. Sebab dia
takut... ‘pelangi’nya juga akan membencinya bila tahu yang dia seorang
yang liar.

“ Yalah yalah. Adik percaya..” Dania sengih. “ Habis tu abang busy
apa? Oooo, abang dah ada girlfriend ehh?” Dania masih cuba mengorek
rahsia.

“ Adik boleh tak jangan sibuk?”

“ Tak boleh. Adik nak sibuk jugak.”

“ Dania please.”

“ Evan please.”

“ Shut up.”

Dania sengih. Lengan abang kembarnya itu dipeluk erat dan kepala
dilentokkan semula ke bahu itu. “Abang, jangan kahwin.”

Evan berhenti membuat kerja dan melentokkan kepalanya ke kepala Dania.
Satu-satunya adik yang dia ada di dunia ni. Dia hanya ada Daddy, Mama
dan Dania. Dan dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang cukup
membahagiakan. Dania yang lahir lewat lima minit dari dia cukup memahami
dirinya walaupun Dania tu perempuan dan dia lelaki. Mungkin sebab dia
membesar dengan Dania. Mereka tidak pernah berpisah dalam jangka masa
yang lama. Dari tadika bersama sehinggalah menyambung pelajaran di luar
negara pun sama.

Bagi dia, Dania adalah orang pertama yang akan tahu apa-apa yang terjadi
dalam hari-harinya. Begitu juga Dania. Dania akan menceritakan apa-apa
saja yang terjadi kepadanya. Dia tahu siapa cinta pertama Dania dan dia
juga adalah orang yang melihat air mata pertama adiknya itu jatuh
setelah dipermainkan cinta. Dia dan Dania sangat rapat sehingga ada yang
tersalah anggap mengatakan mereka itu pasangan kekasih.

“ Kalau abang kahwin, Dania dah tak ada kawan lagi dah..”

Evan ketawa kecil. “ Kalau abang kahwin, Dania pun kahwin jugak laa..
Nanti kita kahwin sama-sama, okey?”

Dania menggeleng. “ Kita hidup macam ni je la selama-lamanya.”

“ Mana boleh...” Evan tersenyum. Entah kenapa wajah gadis penjual
aiskrim terlintas di kepalanya. Wajah itu sudah menjadi pengunjung tetap
di mindanya. Tak cukup masa dia jaga, masa dia tidur pun gadis tu datang
masuk dalam mimpi. Dan dia suka dengan semua itu. Rasa macam ditemani
oleh gadis itu tiap-tiap masa.

“ Omaigad! Omaigad!” Dania terjerit kecil. Baru perasan yang ini kali
pertama Evan tidak bersetuju bila dia ajak Evan hidup macam begini
sampai bila-bila. Ini kali pertama Evan bagaikan tidak sabar hendak
berkahwin. Dan ini kali pertama Evan tersenyum dengan wajah yang
bagaikan bercahaya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience