BAB 10

Romance Completed 316

Walaupun hujan, Evan tetap dengan keputusannnya. Dia tidak mampu lagi
menunggu hari esok tiba. Dia memandu laju ke Seashells Beach dengan harapan
dia akan berjumpa dengan gadis itu walaupun dia tahu mini stall Daisuki
Icecream memang tak akan beroperasi masa hujan. Tapi tidak salah kalau
dia mencuba kan?

Sekarang, keretanya sudah berhenti di parkir Seashells Beach tetapi dirinya
masih belum keluar dari kereta. Dia mencari mini stall itu. Keluhan
terlepas keluar bila mini stall itu kelihatan bertutup. Bukannya
kelihatan, tetapi memang tutup.

Evan berpaling melihat Daisuki Cake & Icecream yang terletak di hujung
kanan pantai. Kedai itu pun nampak sunyi. Beginilah kalau hari hujan.
Kawasan pantai memang akan sunyi tak berpengunjung.

Hujan masih turun tetapi tidak selebat tadi. Hanya rintik-rintik kecil.

Evan melangkah keluar dari kereta. Tak apa kalau orangnya tak ada,
dapat tengok stall tu pun jadilah..

Baru sahaja Evan nak mengorak langkah, telefon bimbit dalam poket
seluarnya berdering.

“ Ya, ma? What?? Okay, Evan datang sekarang.”

Evan masuk semula ke dalam kereta. Terpaksa memadam niatnya nak
berkunjung ke stall gadis itu. Kereta diundur keluar dari kotak parkir
sebelum dipandu agak laju meninggalkan Seashells Beach.

Dia?

Evan memperlahankan pemanduan bila dia terlihat imej seseorang yang
sedang berdiri sambil memegang payung dari cermin pandang belakang. Di
tangannya nampak seperti memegang sesuatu.

Imaginasi aku je kut..

Evan menggeleng kepala. Parah sangat dah aku ni...

Dan pemanduan diteruskan.

Chloe & Evan

“ Betul tak apa-apa ni?” tidak cukup sekali, Evan membelek lagi tubuh
adiknya, memastikan yang Dania betul-betul tidak cedera di mana-mana.

“ Ya, betul..” Dania pulak yang rimas bila abangnya tak habis-habis
menyoal benda yang sama. Sudahlah kejap tadi mama memeriksanya dari atas
ke bawah, sekarang ni Evan pula melakukan benda yang sama.

“ Macam mana boleh accident?” Evan melabuhkan punggung di sebelah
Dania, di birai katil milik adiknya itu.

“ Hari hujan, jalan licin.. Sebab tu lah..” jawab Dania ringkas sebab
tadi dia dah bercerita sepenuhnya kepada mama dan daddy. Malas nak
mengulang benda yang sama kepada abang pula.

“ Mesti adik drive laju kan?”

“ Mana adaaa..”

“ Elehh, macamlah abang tak tahu adik tu drive macam mana. Macam orang
nak masuk F1.. Tengok apa dah jadi? Nasib baik tak ada apa-apa.. Orang
yang adik langgar tu okey?”

“ Mana ada adik langgar orang. Adik langgar kereta laa..”

“ Habis tu, dalam kereta tu tak ada orang? Adik langgar kereta kontrol
ke apa?”

Dania ketawa mengekeh. Sempat pulak abang dia nak buat lawak.

“ Gelak!” hidung Dania ditarik lembut. “ Seronok la dapat buat satu
rumah ni panic bila balik dengan kereta remuk macam tu?”

Dania sengih. Lengan abangnya dipeluk manja. “ At least adik tahu yang
orang rumah ni sayang adik..”

“ Ohh bagus sangatla buat macam tu.. Esok abang pun nak cuba jugaklah..
Nak test orang rumah ni sayang abang ke tak..”

“ Hishh nak jugak. Abang tak payahlah.. Abang balik dari mana ni? Jumpa
dia tu eh?”

Keluhan terlepas keluar bila soalan itu diungkapkan oleh Dania. Masuk
hari ni, dah empat hari tak jumpa gadis tu. Ada saja halangan setiap
kali dia nak pergi buat rutin harian dia tu.

“ Kenapa? Dia dah ada boyfriend?”

Evan geleng. “ Abang dah lama tak jumpa dia.”

“ Kenapa??”

“ Entah.. Tak ada jodoh kut..” Evan senyum kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience