BAB 12

Romance Completed 316

Chloe mendongak, melihat siapakah gerangan orang yang melanggarnya dan
juga orang yang sama yang sedang menolong mengangkat skuternya dan juga
dirinya sendiri.

Dan pandangan mata mereka bersatu.

“ Ahhh!” Chloe terhempuk semula ke jalan bila lelaki itu tiba-tiba
melepaskan pegangan. “ Sakitlah!!”

“ Pelangi..?”

“ Mana ada pelangi malam-malam ni.. Hishhh..” Chloe mengetap bibir
geram. Dah lah buat langgar orang, lepas tu buat orang jatuh, sekarang
ni tiba-tiba sebut pelangi. Gila ke lelaki ni? Eh kejap...

Chloe mendongak semula. Dan pandangannya bersatu lagi dengan pemuda yang
masih memandangnya itu.

“ Awak!”

“ Pelangi.”

“ Tolong!” Chloe hulur tangan. Senyuman sudah terukir di bibirnya. Entah
kenapa rasa sakit bagaikan terus hilang bila mengetahui siapa yang
melanggarnya.

Evan menarik Chloe supaya bangkit. Dia melihat gadis itu
mengibas-ngibas seluarnya dan mengatur rambut. Baru Evan perasan yang
gadis itu tidak memakai topi keledar. Ya Allah, bahayanya. Nasib baik
dia langgar sikit je tadi.

“ Ada cedera kat mana-mana?” soal Evan , bimbang. Dia tak pernah
terfikir untuk mengasari gadis dihadapannya itu. Tidak pernah ada dalam
list-to-do nya untuk selama-lamanya. Kalau dia tak leka dengan telefon
bimbit tadi, mesti dia tak langgar gadis itu. Nasib baik gadis tu nampak
okey je, kalau teruk memang dia tak akan maafkan diri sendiri.

“ Awak cederakan sweater kesayangan saya.” Chloe menunjukkan bahagia
lengan kiri Roxy merah jambu yang sudah terkoyak sedikit, mungkin
disebabkan geseran dengan jalan tar tempatnya terjatuh.

“ Awak?”

“ Hmm?”

“ Awak okey?”

Chloe mengangguk. Masih dengan senyuman di bibir. Dia tak tahu kenapa
dia rasa macam nak senyum memanjang je sekarang ni. Padahal baru lepas
accident. “ Just ni!” Chloe menunjuk tangannya yang tercalar sedikit.

“ Awak tunggu kejap.” Evan melangkah ke arah keretanya dan datang
semula selepas mengambil sesuatu. “ Saya ada ni.” Evan menunjukkan
plaster kepada Chloe . “ Nak tak?”

Semakin lebar senyuman dibibir Chloe bila mendengar dialog itu. Kalau
sebelum ini, dialog itu diungkapkan bila Special Rainbow dihulur, tapi
kali ini Special Rainbow diganti dengan plaster.

Evan mengoyakkan kertas pembalut plaster. “ Tengok.”

Chloe melihat plaster yang Evan gawang-gawangkan.

“ It’s rainbow.”

Chloe tergelak kecil bila melihat Evan yang begitu seronok
memberitahunya tentang corak plaster ditangan. “ Awak memang suka
pelangi, kan?”

Evan mengangguk pantas. “ Sangat suka.” wajah gadis dihadapannya itu
direnung lama. “ Lebih-lebih lagi pelangi yang kat depan saya ni.”

Chloe mengerutkan dahinya, tidak memahami maksud disebalik kata-kata
lelaki yang masih tidak diketahui namanya itu.

Evan tersenyum, geli hati melihat Chloe yang nampak blur. Tangan gadis
itu kemudiannya dicapai dan plaster dilekatkan ke atas luka kecil
ditangan itu.

Chloe terpegun seketika, sebab rasanya ini kali pertama dia melihat
lelaki pelik itu mengukir senyuman. Dan hanya tersedar bila terasa
tangannya ditepuk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience