BAB 3

Romance Completed 316

“ Nak flavor apa?” Chloe bersuara lagi, masih dengan senyuman di
bibir. Lelaki dihadapannya itu langsung tak memandangnya. Hanya melihat
menu aiskrim yang bermacam-macam perisa di hadapan.

“ Special Rainbow.”

“ Okay..” Kyra mahu tergelak tapi segera ditahan lantas dia berdehem,
menyembunyikan tawa yang mahu terbit. Tengok aiskrim bukan main lama
tapi tetap pilih perisa yang sama. Hari-hari...!

Chloe meneruskan kerjanya. Tiga scoop aiskrim Rainbow diletakkan ke
dalam bekas sederhana besar yang juga berwarna pelangi itu. Strawberry
syrup. Smarties. Sesudu rainbow chocolate rice dan sebatang sudu
warna merah jambu. Siaaaaappp!

Special Rainbow dihulur pada lelaki itu.

Pemuda itu mengambil ais krim dengan tangan kanan dan menghulur not RM10
dengan tangan kiri.

“ Thank you, come again~” ucap Chloe sebaik sahaja selesai memberi
duit baki.

I will. Pemuda itu mengangguk dan terus berlalu pergi.

Chloe mengira langkah kaki pemuda itu. Tiga.. Empat.. okay, dia akan
pusing balik lepas ni...Chloe langsung tidak melarikan pandangan
matanya apabila lelaki itu berpusing dan melangkah ke arahnya semula.
Dia masih setia melihat segala pergerakan lelaki yang sudah dapat diagak
itu.Lepas ni confirm dia akan tanya, ‘Nak tak?’ dengan muka malu-malu....

“ Nak tak?”

Chloe gelak dalam hati. Rasa lucu bila dia berjaya menghafal setiap
pergerakan lelaki dihadapannya itu.

Chloe geleng kepala. “ Tak nak.” kalau sebelum ini, dia hanya mengambil
ais krim itu, kali ini dia nak cuba bagi reaksi yang lain pulak. Yalah,
asyik menerima je. Sekali-sekala menolak, tak salah kan?

Lelaki itu merenung Chloe lama. Mungkin tidak menyangka yang kali ini
Chloe akan menolak pemberiannya.

“ Encik beli ais krim tapi lepas tu encik bagi kat saya. Kenapa?” soal
Chloe , betul-betul ingin tahu.

“ Awak nak tak?” tanpa mengendahkan soalan Chloe , lelaki itu mengunjuk
lagi aiskrim di tangannya. Ada kerutan terlakar didahinya.

“ Tak nak.” Chloe masih bertegas. Dia simpan senyum. Sebenarnya dia geli
hati bila tengok riak wajah lelaki itu. Muka macam tak tentu arah campur
malu-malu sikit lepas tu tambah kecewa sikit. Tiba-tiba jadi comel. Eh,
apa ni Chloe !

Lelaki dihadapannya itu tunduk sekejap dan selepas tu angkat muka tengok
ais krim yang dah mula cair di dalam bekas. Ada riak kecewa diwajahnya.
Mungkin kecewa kerana pemberiannya ditolak oleh Chloe .

“ Encik kenapa?”

“ Betul tak nak?” dia tanya lagi.

“ Yalah-yalah, saya nak saya nak..” tidak sanggup lagi terus melihat
riak wajah kecewa itu, Chloe mengambil juga aiskrim dari tangan lelaki
itu. “ Happy?”

Wajah yang tadinya kecewa, kini beransur pergi diganti dengan wajah
gembira. Walaupun tidak ada senyuman di bibir lelaki itu, tapi jauh di
sudut hatinya dia gembira. Sebelum dia gagal mengawal diri sendiri untuk
tersenyum, seperti hari-hari sebelum ini, dia cepat-cepat berpaling dan
melangkah pergi. Dan tersenyum selebar-lebarnya sepanjang perjalanan
meninggalkan Seashells Beach.

“ Hari-hari layan dia tu boleh gila aku!” Chloe geleng kepala.

Dia merenung sekejap aiskrim di tangan, sebelum menoleh semula melihat
lelaki pelik yang semakin jauh meninggalkan tapak mini stallnya. Entah
kenapa, dia rasa gembira tiba-tiba. Special Rainbow dirasa sedikit,
sambil mata masih merenung lelaki itu. Senyuman terukir di bibir.

“ Haaa senyum sorang-sorang! Baru dua minggu kerja, dah gila ke?”

“ Ren!” Chloe tarik tubuh lelaki itu supaya berdiri dekat dengannya. “
Kau tengok lelaki depan tu..”

“ Lelaki mana?”

“ Tuu! Yang pakai baju kaler biru..”

“ Yang smart tu?”

“ Haa!”

“ Kenapa dengan dia?”

“ Kau kenal dia?”

“ Tak.. Kau kenal ke?”

“ Dia pelikla, Ren.”

“ Pelik yang macam mana tu?”

“ Dia datang sini hari-hari, beli Special Rainbow lepas tu dia bagi aku.”

“ Dia suka kat kau la tu. Apa yang peliknya?”

“ Pelik sebab.. peliklah! Kau tak tengok macam mana rupa dia..”

“ Tak handsome ke?” Ren masih memerhati lelaki itu. “ Macam okey je aku
tengok.”

“ Handsome tapi macam orang tak betul.” Chloe mengeluh. “ Siapa jaga
dalam?”

“ Danny.. Eh hari ni kau tutup awal sikit la sebab malam karang ada
orang nak buat birthday party kat DCIC tu.. Kau tolong sikit-sikit kat
dalam...”

“ Saya yang menurut perintah, bos!” Chloe buat tabik hormat kat Ren yang
merupakan pengurus Daisuki Cake and Ice Cream cawangan SummerShine. Dia
mengambil keputusan untuk bekerja di mini stall Daisuki Icecream sebab
dia rasa macam bosan duduk rumah sementara nak tunggu masuk ambil
Degree. Dia masih ada baki empat bulan cuti lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience