BAB 7

Romance Completed 316

Chloe jadi bersemangat tiba-tiba. Dia bangkit dari duduk. Meliarkan
pandangan ke sekeliling. Boleh tahan ramai pengunjung hari ni...

“ Chloe , nak vanilla caramel dua. Medium size.”

“ Eh hai Min!” sempat Chloe menyapa Jasmin yang merupakan kawan Ren. Dia
kenal Jasmin pun sebab Jasmin ni memang selalu lepak dengan Ren. “
Sorang je ke?” ujarnya sambil tangan lincah bekerja.

“ Dengan Bad.. Dia pergi toilet kejap..” Jasmin tersenyum.

“ Ohh..” Bad tu boyfriend Jasmin. Hensem tau. Macam Aaron Aziz
sikit-sikit. Padanlah dengan Jasmin yang berwajah pan-asean tu. “ Two
vanilla caramel for you~” Chloe menghulur dua bekas sederhana besar
kepada Jasmin. Selepas itu dia mencapai not RM 10 yang diletakkan Jasmin
di atas kaunter sebentar tadi.

“ Just keep the change, Chloe ..”

“ Serious?”

Jasmin mengangguk seraya tersenyum. “ Bye!”

“ Thanks! Bye~”

Chloe menghantar pemergian Jasmin dengan senyuman. Muka cantik, tak
sombong, pemurah pulak tu.. padanlah dapat Bad yang hensem dan gentlemen
tu. Aii tak sabar pulak nak tengok pasangan sejoli ni kahwin. Mesti
cantik kan?

Agaknya, boyfriend aku nanti hensem tak? Harap-harap dapat yang muka
macam Nichkhun ke.. Song Joong Ki ke..

Chloe tertawa sendiri. Sedar yang angan-angannya terlalu tinggi. Mana
nak dapat lelaki macam Nichkhun dan Song Joong Ki kat sini? Memang tak
akan ada.

Tak apa, Chloe . Muka tu tak penting. Yang penting, hati. Kalau muka je
handsome, tapi kita tak bahagia dengan dia, tak guna jugak. Biar muka
tak handsome tapi hari-hari boleh senyum sampai telinga, barulah
bahagia hidup bercinta.

Chloe geleng kepala. Menghentikan segala angan-angannya. Dah pukul
berapa dah ni?

Jam di kerling lagi.

5.38?

Dah lewat 8 minit. Mana dia??

Chloe meliarkan pandangan lagi. Tapi tak jumpa lelaki pelik tu. Lelaki
pelik tu dah tukar rutin ke? Dah ada hobi baru ke? Kenapa dia tak datang
lagi?

Chloe dah mengeluh. Kecewa tiba-tiba.

5.40.

Chloe cuba untuk tersenyum. Jalan sesak kut. Sebab tu la dia lambat.
Fikir positif, Chloe !

5.53.

Takkan la jalan masih sesak lagi? Selalunya sharp je dia datang pukul
5.30. Kenapa hari ni lewat pulak? Mungkin ada kemalangan kut, sebab tu
la kesesakan lalu lintas jadi lebih teruk. Hmm, masuk akal jugak.

6.20.

Okay. Mungkin dia ada hal.

Chloe kembali melabuhkan punggung ke kerusi. Hampa.

6.30.

Tak apa, Chloe . Esok masih ada.

Encik Pelik, saya akan tunggu awak.J

Cinta kita ibarat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience