BAB 11

Romance Completed 316

Empat hari. Ada saja halangan yang menyebabkan dia tak berjumpa dengan
gadis pelangi tu. Kalau tak hujan, dia terperangkap dengan mesyuarat.
Agaknya, gadis tu tunggu dia datang ke tak?

“ Jangan la cakap macam tu. Show some effort la bang.. Perempuan suka
tau kalau lelaki berusaha untuk mendapatkan mereka..”

“ Ye ke?”

“ Yalah.. Kadang-kadang benda simple pun boleh buat perempuan terharu..”

“ Contoh?”

“ Contohnya..bersesak-sesak beli tiket konsert artis K-pop untuk bagi
kat girlfriend diaorang.”

Evan terus mencemik. “ Macam budak-budak!”

“ Tulah abang tak tahu.. Benda tu yang kita katakan sebagai effort!
Sanggup bersusah payah demi untuk membahagiakan orang yang kita sayang.
Faham?”

“ Daripada berhimpit-himpit tengok konsert, lebih baik tengok dalam TV je..”

Dania buat muka menyampah. Evan memang anti-kpop. Itu fakta. Malah
Dania sendiri sebenarnya bukanlah penggemar muzik K-pop. Tetapi dia
bukan juga anti-kpop macam sesetengah orang yang tak boleh tengok orang
Korea sikit, terus nak melenting tak tentu pasal. Bila di tanya kenapa,
mereka akan cakap mereka anti k-pop. Tanpa mengetahui yang bukan semua
Korea itu K-pop. K-pop itu hanyalah genre muzik. Tapi diaorang ni,
tengok orang layan drama Korea pun diaorang akan cop sebagai K-poppers.
Entah apa-apa.

“ Abang, dia cantik?”

“ Cantik.” Evan senyum. “ Macam pelangi.”

Cinta kita ibarat

“ Chloe Chloe !”

Chloe melambai pada pemuda yang bernama Azrol, penjaga kaunter di
7-Eleven itu. Azrol memang kenal dengan dia sebab dia selalu datang
7-Eleven ni beli Ribena. 7-Eleven ni je yang dekat dengan rumah, dan
kalau malam-malam dia mengidam Ribena, dia pergi 7-Eleven ni laa.

Selepas mengambil sebotol Ribena, Chloe melangkah semula ke kaunter.

“ Sorang je ke malam ni?” soal Chloe .

“ Sekarang sorang laa.. Kejap lagi adalah orang teman..” Azrol tangkas
membuat kerjanya.

“ Siapa teman? Dia yang pakai baju putih rambut panjang tu?”

“ Amboi mulut kau Chloe aa.. Karang ‘dia’ yang sama teman kau balik rumah
lepas ni baru kau tahu....”

“ Okay, shut up Azrol!” Chloe cepat-cepat mengambil duit baki dari
tangan Azrol.

Azrol gelak. “ Tahu takut!”

Chloe buat muka. “ Aku chaow dulu. Kirim salam kat Azrol yang lagi
sorang tu eh?”

“ Dia Azri laa..”

“ Bagi aku kau Azrol, dia pun Azrol. Muka sebijik sama.” Chloe sengih.

Azrol ni memang ada kembar seiras, dan kembar dia tu pun kerja dekat
7-Eleven ni jugak. Adakalanya Chloe keliru mana Azrol, mana Azri. Tapi
dah lama-lama, dia tahu membezakan. Kalau Chloe masuk je 7-Eleven, dan
ada orang dah sebut nama dia dua kali, haa itu Azrol. Kalau Azri, pemuda
itu pendiam sedikit. Hanya murah dengan senyuman.

“ Hati-hati, Chloe ..” sempat Azrol memesan.

Chloe hanya melambai dan melangkah keluar dari 7-Eleven. Dia menarik zip
sweaternya. Sejuk. Langkah diteruskan ke arah skuter yang terparkir elok
dihadapan kedai.

Baru sahaja dia hendak membelok keluar dari simpang, skuternya terasa
dilanggar dari belakang dan membuatkannya jatuh bila gagal mengawal
skuter tersebut.

“ Ya Allah! Sorry sorry sorryyy... Are you okay?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience