BAB 8

Romance Completed 316

Berkali-kali jam di pergelangan tangan dikerling dan berkali-kali
jugalah keluhan terlepas keluar. Evan hanya tersenyum hambar bila
daddy nya disebelah memandangnya hairan.

Lama lagi ke meeting ni nak habis....

Jari-jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja. Dia mendengar apa yang
Pengurus Pemasaran, Encik Kamal bentangkan dihadapan tapi sepatah haram
pun dia tidak faham. Mendengar hanya sekadar mendengar. Masuk telinga
kiri, keluar telinga kanan. Keluar sahaja dia dari bilik mesyuarat ni
nanti, tanyalah apa-apa sahaja pasal apa yang terjadi dalam meeting,
dia yakin dia tak akan mampu menjawab. Sebab fikirannya tidak berada
disitu. Boleh dikatakan yang ada di dalam bilik mesyuarat itu hanyalah
jasadnya manakala rohnya sudah merayau-rayau di Seashells Beach.

Permukaan jam ditatap lagi.

5.40.

Dah lewat 10 minit.

Tanpa Evan sedari, jari-jemarinya semakin laju mengetuk-ngetuk
permukaan meja dan menimbulkan bunyi yang sedikit mengganggu.

“ Evan ..”

Pergerakan jari-jemari Evan terhenti sebaik sahaja daddynya, Tuan
Fad , bersuara perlahan memberi amaran. Evan tersengih kelat.
Sedikit malu apabila sedar yang banyak mata sedang memandangnya.

Dan mesyuarat diteruskan lagi. Hanya setelah 40 minit berlalu, barulah
mesyuarat selesai.

6.20.

Evan mengeluh. Dia meraup muka seketika.

“ Evan ni kenapa?”

“ Hah?” Evan tak sedar yang daddynya masih berada di dalam bilik itu.

“ Are you okay?”

“ Haa okay.. okay..” Evan senyum nipis.

“ Dinner kat rumah hari ni?”

“ I don’t think so.. Evan dah janji nak dinner dengan kawan.”
Alasan. Padahal dia nak pergi jenguk Seashells Beach.

“ Jangan balik lewat sangat.”

“ Alright, daddy..”

Evan tidak menunggu lama untuk keluar dari pejabat, selepas
menunaikan solat Maghrib, dia terus memecut ke Seashells Beach walaupun jam
di dashboard kereta sudah 7.10 minit.

Kereta diparkir di tempat biasa. Dia kemudiannya tergesa-gesa melangkah
keluar dari kereta. Berlari-lari anak ke tapak mini stall gadis itu.
Langkah kaki semakin perlahan bila dari jauh dia boleh melihat stall itu
sudah gelap, bermakna masa operasinya sudah tamat. Evan tetap
meneruskan langkah, hanya berhenti betul-betul dihadapan gerai comel
bercat warna pelangi itu.

Tak apa, Evan . Esok masih ada.

Hanya dengan melihat stall mini itu sahaja sudah cukup untuk mengubat
rindu di hati Evan . Senyum terukir di bibirnya. Betullah kata orang.
Orang jatuh cinta ni, penyakitnya pelik sikit. Kalau tak dapat tengok
orangnya pun, tengok bumbung rumah pun sudah cukup untuk mengubat rindu.
Kalau dulu dia tidak faham perasaan itu. Tapi sekarang...

Evan menepuk lembut mini stall tersebut. Dapat tengok stall ni pun
jadilaaa..

Pelangi, tunggu saya..J

Cinta kita ibarat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience