BAB 9

Romance Completed 316

Chloe merenung titis-titis hujan yang tidak henti-henti membasahi bumi
dari sejak pagi tadi. Kalau dulu, dia tidak kisah kalau hari hujan walau
seminggu berturut-turut sekalipun. Tapi sekarang, sejak dia kenal lelaki
pelik tu, hujan yang turun membuatkan dia jadi resah memanjang. Macam
sekarang ni..

“ Kau tunggu siapa, Chloe ?” Ren mendekati sepupunya yang dari tadi
bagaikan tengah menunggu sesuatu.

“ Nothing.” Chloe sengih. “ Need help?” Chloe meliarkan pandangan ke
sekeliling kedai sederhana besar yang cukup indah di matanya itu.

Daisuki Cake & Icecream bertemakan tujuh warna pelangi. Daripada perabot
sehinggalah kepada warna pakaian para pekerja. Kedai ini memang akan
menarik perhatian sesiapa yang memandangnya. Lebih-lebih lagi pelancong.
Tambahan pula, rasa aiskrim dan kek disini semuanya sedap-sedap.

Ren menggeleng. Pengunjung tak ramai jadi dia tak perlukan Chloe sebagai
pembantu tambahan. Dia dah suruh si Chloe ni duduk berehat di rumah je,
tapi Chloe berdegil nak ikut sama.

Chloe mengerling jam di pergelangan tangan. Tubuhnya tegak tiba-tiba
bila melihat jam sudah menunjukkan pukul 5.30.

Ren yang melihat Chloe yang sudah terjengok-jengok melihat pantai,
mengerutkan dahi kehairanan. Dia pasti yang gadis itu memang sedang
menunggu sesuatu. Ataupun seseorang. Tunggu duyung datang naik ke darat ke?

Dia!

Chloe cepat-cepat bangkit bila matanya menangkap imej seorang lelaki
yang nampak smart yang baru sahaja melangkah keluar dari kereta.

Ren hanya mampu memerhati setiap pergerakan Chloe . Sekarang Chloe dah di
kaunter. Sekejap tadi gadis itu menjerit memesan Special Rainbow dan
sekarang tengah menunggu pesanannya siap.

“ Thanks!” Chloe cepat-cepat mengambil bekas berisi Special Rainbow
itu dari tangan Danny. “ Ren, pinjam payung.” payung yang juga berwarna
pelangi itu dicapai, tanpa menunggu balasan dari Ren, dia terus
melangkah keluar dari kedai.

Tetapi belum sampai lima langkah dia meninggalkan kedai, dia lihat
lelaki itu masuk ke dalam kereta semula dan tidak sampai seminit, Range
Rover hitam itu terus meninggalkan kawasan Seashells Beach.

Langkah kaki Chloe terus terhenti. Dia hanya mampu merenung kereta yang
sudah bergerak jauh meninggalkannya.

Cinta kita ibarat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience