BAB 6

Romance Completed 316

“ Abang! Siapa dia??” Dania yang dapat menangkap senyuman di bibir
abangnya terus bertanya dengan nada suara yang agak tinggi disebabkan
terkejut dan teruja.

Evan mengangkat bahu. “ Abang tak kenal..”

“ Nama??”

“ Abang tak tahu..” Evan masih tersenyum.

“ Oh god...” Dania tepuk dahi. “ Abang ni lembablah!”

Evan sengih. “ I’ll let you know..someday.”

Dania senyum seraya mengangguk. “ Adik tak sabar nak tengok dia. Kalau
mama tahu mesti mama happy!”

“ No!” Evan terus menegah. “ Jangan bagitau mama dulu. Abang tak nak
mama mengharap. Lagipun masih terlalu awal ni.. I didn’t even know her
name. Who knows maybe she’s somebody girlfriend?”Evan tersenyum
kelat selepas itu. “ I hope she’s not.”

Dania menepuk-nepuk bahu abangnya. “ Cool laa.. Suami isteri pun
boleh bercerai inikan pulak girlfriend-boyfriend.” dia tersengih nakal.

“ Adik, tak baik cakap macam tu..”

“ Hehe, sorry.. Abang jumpa dia kat mana?”

“ Tu rahsia..”

“ Abangggg...”

“ Nantila abang bagitau.. Dahlah pergi tidur sana. Abang nak buat kerja
ni..”

Cinta kita ibarat

“ Bosannya..” keluh Chloe .

Dah hampir sepuluh minit dia duduk goyang kaki saja di mini stall.
Pelanggan terakhirnya adalah sekumpulan pelajar sekolah. Dan sehingga
sekarang, masih belum ada lagi pelanggan lain. Bosan! Bosan! Bosan!

Jam di tangan dikerling lagi.

5.15..

“ Lagi 15 minit...” dia mengeluh lagi.

Dia tak tahu kenapa setelah hampir dua minggu lelaki pelik itu buat
rutin harian peliknya, dia jadi tertunggu-tunggu kedatangan lelaki itu.
Adakalanya dia tak sabar-sabar nak pergi bekerja sebab nak jumpa lelaki
itu. Tak sabar-sabar nak tunggu pukul 5.30. Lelaki tu letak jampi ke kat
dalam aiskrim tu?

Eh bila masa pulak dia sempat nak jampi apa semua.. Chloe , tak baik
buruk sangka.

Habis tu kenapa dia jadi begini? Kenapa dia jadi penunggu lelaki pelik
tu pulak?

Sebenarnya dah dua hari dia tak jumpa lelaki pelik tu. Sebab dua hari
berturut-turut hujan lebat membasahi bumi pada sebelah petang. Dan
kebiasaannya, kalau hari hujan, mini stall memang tak beroperasi.

Dan kerana dua hari itu... dia yang dulunya jadi penunggu, sekarang
sudah mula berubah menjadi perindu.

Perindu kepada rutin harian pelik milik lelaki pelik itu.

Entahlah. Mungkin dia rindu nak tengok lelaki tu melangkah ke arahnya
dengan muka tak tentu arah.

Mungkin dia rindu nak tengok wajah malu-malu lelaki itu.

Mungkin jugak dia rindu nak tengok lelaki itu leka memilih perisa
aiskrim (dan selepas itu akan memilih perisa yang sama seperti hari-hari
sebelumnya.)

Dia mungkin rindukan dialog biasa lelaki itu; ‘Nak tak?’.

Sekarang ni kalau dia dengar ‘nak tak?’ dari sesiapa, dia pasti akan
teringatkan lelaki pelik tu. Dan lepas tu dia senyum sorang-sorang.

Tiba-tiba dia rasa macam dia dah tak normal. Dia dah tak macam dia tiga
minggu yang lepas. Tiga minggu yang lepas dia belum jumpa lagi lelaki
pelik tu sebab dia baru mula bekerja.

Dia juga dah bukan lagi dia yang dua minggu yang lepas. Dua minggu yang
lepas, lelaki pelik tu mula datang. Dan dia dok kata lelaki pelik tu
gilalah apalah. Tapi sekarang dia dah tak cakap macam tu lagi dah.

“ Chloe , kau kenapaaa..!” Chloe ketuk kepala diri sendiri. Menyedari
yang dirinya asyik memikirkan orang yang sama. Jam dikerling lagi. Lagi
2 minit. Yeay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience