Bab 5

Romance Completed 21567

"Alia! Kau taknak balik kampung ke jenguk mak? Lama sangat dah kita kat sini tak jenguk diorang kat kampung tu".

Nazim yang sedang enak menjilat aiskrim menoleh kearah Alia. Harini Alia diberikan pelepasan oleh Puan Hawa kerana membantunya mengemas bilik. Apalagi, terus dia menghubungi Nazim lantas mengajaknya keluar. Lama benar dia tak berjumpa sepupunya itu. Nazim kelihatan kurus. Mukanya sedikit berubah.

"Aku pun teringat nak balik kampung. Tapi, takut Puan Hawa tak bagi. Yelah, sekarang ni keadaan dia pun tak berapa sihat. Kaki dia makin sakit". Luah Alia. Aiskrim yang sudah habis dimakan, dibuang dalam tong sampah.

"Aku telefon mak aku semalam. Dia dah suruh aku balik. Tak sedap pulak kalau aku balik sorang. Tu yang aku nak ajak kau tu balik sekali. Tapi kalau kau tak dapat, takpelah". Nazim memandang kearah jalan.

"Er, takpelah. Kau balik sorang pun takpe. Aku tunggu semua settle, baru aku balik. Nanti kau kirim salam la kat mak aku". Ujar Alia sayu. Hatinya meronta ingin balik. Sudah sebulan lebih dia tak menjenguk mak di kampung. Rindu bukan kepalang.

"Takpe ke?". Soalnya inginkan kepastian.

Alia mengangguk seraya tersenyum.

"Ok la kalau macamtu. Erm, macamana kerja kat rumah member aku? Ok tak?".

Alia mengeluh!

"Penat! Tengok muka aku sekarang ni, sembab dah! Kurang tidur tau!". Rengek Alia manja. Dia sengaja melentokkan kepala ke bahu Nazim. Nazim terkejut.

"Nanti kalau aku dah tak cantik, takde siapa nak aku". Alia membuat muka sedih. Nazim masih lagi terdiam.

Entah kenapa hatinya merasa lain. Jantungnya berdegup kencang.

"Er, kau tak payah la letak kepala kau, berat tau tak!". Selindung Nazim. Dia gelabah. Segera dia memalingkan wajahnya menghadap lain.

"Ei! Sampai hati tolak2 kepala aku. Dah la aku jauh dengan mak. Sepupu sendiri pun taknak layan aku!". Alia pura2 menangis.

Entah patut gelak atau tak, Nazim pun buntu. Tapi, comel jugak melihat Alia seperti ini. Tak pernah pulak dia sebahagia sekarang.

"Ish, tak payah nak ngada2 lah! Cengeng!". Lantas dia menolak bahu Alia sehingga terbaring Alia dibuatnya.

"Jahat la kau ni! Tak nak kawan la!". Rajuknya. Dia sudah menarik muka masam.

"Eleh! Macam lah aku kisah. Muka tu aku cubit kuat2 baru tau!".

Alia menjelir lidah. Bahagia bergelak ketawa dengan Nazim sehinggakan Ikmal datang pun dia boleh tak perasan.

"Ehem! Ehem! Aku ganggu korang ke?". Tegur Ikmal sambil tersengih2 memandang Alia yang sudah merah menahan malu.

"Er, takdelah! Kitorang borak kosong je. Jom lah join sekali!". Ajak Nazim ikhlas. Dia memberikan ruang untuk Ikmal duduk.

Alia mengetap bibir. Malu lagi!

"Lama dah ke lepak sini?".

"Erm, baru jugak. Melayan Alia ni ha! Sakit perut aku gelak!". Tak semena2 Nazim dicubit kuat oleh Alia.

Ha, cakap la lagi! Padan muka!

"Adoi! Kau dah kenapa?". Nazim terjerit kecil. Bisa sungguh!

Ikmal tergelak kecil. Comel!

"Aku lupa nak cakap, hujung minggu ni mama ajak kau datang rumah. Ada kenduri doa selamat".

Alia berkerut, "Eh, kenapa saya tak tahu ni?".

"Mama baru decide tadi. Tu yang baru bagitau tu". Jawabnya.

"Nampaknya, busy lagi lah Cik Alia kita ni! Baru nak jumpa kau hujung minggu ni!". Ujar Nazim. Alia balas dengan senyuman.

"Nampak gaya macamtu lah! Tapi tak ramai pun. Mama just ajak orang masjid, around 30 orang macamtu". Terangnya lagi sambil membetulkan duduk.

"Ohh, tak ramai pun. InsyaAllah aku datang nanti. Eh, aku balik dulu lah! Kejap lagi nak keluar jumpa kawan. Alia, jumpa nanti ok? Bye!".

Nazim meninggalkan mereka berdua. Alia kaku. Ikmal pandang Alia dan begitu sebaliknya.

"Er, jom!". Ajaknya. Alia menurut.

"Saya nak cakap sikit dengan Encik Ikmal, boleh?". Alia berhenti di tepi pondok telefon.

"Apa dia?".

"Encik Ikmal boleh tak bagi saya cuti. Saya rindu mak lah".

Ikmal tersenyum. "Boleh je saya bagi. Tapi, kalau awak kerja dengan saya la. Awak kena tanya mama. Erm, bila nak balik?".

"Esok". Aku membuat muka sedih. Harap2 dia pertimbangkan.

"Erm, nanti tanya mama ea?".

Alia mengeluh. Harapannya seakan tipis.

"Alia, kenapa Alia masih panggil saya dengan encik? Kan saya dah suruh panggil nama aje".

"Ah! Er, saya tak biasa la. Nanti apa kata Puan Hawa pulak".

Ikmal berkerut. Dia garu kepala yang tak gatal.

"Lili tu boleh pulak?". Soalnya kembali.

Alia tiada idea. Dia sudah terperangkap. Puas dia cuba mencari alasan.

"Macamni lah, saya ni niat ikhlas nak kawan dengan Alia. Tapi kalau Alia still panggil saya Encik, rasa pelik la saya. Saya jealous tau tengok Alia mesrs dengan Lili tu". Dia sengaja memuncungkan bibir nya. Tergelak Alia melihat karenah Ikmal.

"Haa, senyum la macamtu selalu. Saya suka!". Ikmal mengenyit mata.

Alia lantas menekup mulut. Biar betul mamat ni!

"Er, macamnilah enc..."

"Ik..mal!". Potong Ikmal laju. Dia sengaja membuat wajah serius.

"Er, Ik..mal, macamnilah. Alia ni tak biasa kawan dengan lelaki". Alia cuba mengelak.

"Alah! Nak menipu pun agak2 lah. Cik Alia ku sayang, Nazim tu bukan lelaki ke? Ke sebab awak letak dia dalam kategori 'sepupu' tu yang awak sengaja cari alasan?". Desak Ikmal lagi. Kali ini Alia dah tak boleh nak lari.

Nasib kau la nak!

"Er, Ikmal. Alia minta maaf. Alia segan nak kawan dengan Ikmal ni. Nanti, kalau ada orang marah, macamana? Alia juga kena".

Tergelak Ikmal ketawa. Ada2 saja gadis ini.

"Alasan lagi?".

Alia mengerutkan muka. "Tak!".

"Macamnilah Alia. Ikmal memang nak kawan dengan Alia, nak kenal lebih rapat lagi. Tak salah rasanya, kan? Alia pun dah duduk rumah Ikmal, jadi pelik la kalau Ikmal tak tahu apa2 pasal Alia". Jelasnya.

"Er, takpe ke macamtu? Puan Hawa mesti pandang pelik". Alia gusar. Dia gigit hujung bibir nya.

"Nak pandang pelik apa? Alia bebas berkawan dengan siapa2 je. Ikmal pun sama. Alia, Ikmal ikhlas nak kenal Alia. Bukan sebab simpati. Tapi, sebab Ikmal memang nak kenal Alia lebih rapat. Boleh kan?". Lembut saja suara itu menusuk gegendang telinga Alia. Dia lembut hati.

"Boleh lah! Tapi, janji! Jangan sakitkan hati Alia. Alia dah banyak jumpa kawan yang langsung tak ikhlas pun nak kawan dengan Alia". Adu Alia manja.

"Yes boss! Ikmal bukan macamtu. No worry lah!". Janjinya.

"So, kita kawan?". Ikmal menghulur tangan. Alia ersenyum seraya menyambut huluran tangan tersebut.

"Kawan!".

Maka, bermulalah fasa baru Alia sebagai kawan kepada Ikmal Hakim.

                 _______________________

"Puan, Alia nak minta izin, boleh?".

Alia bersuara ketika mereka sedang mengemas di dapur. Puan Hawa menoleh. "Apa dia?".

"Er, boleh tak Alia nak balik kampung sekejap? Lama dah rasanya tak jenguk mak kat kampung. Alang2, Alia nak bagi duit gaji yang Alia dapat ni kat mak".

Puan Hawa mendekat. Dia usap bahu gadis dihadapannya.

"Boleh! Apa pulak tak boleh. Tapi, jangan lah hujung minggu ni. Saya ada buat tahlil".

Alia mula tersenyum lebar.

"Esok boleh? Alia dah rindu sangat kat mak". Ujarnya teruja.

"Boleh! Nanti saya suruh Ikmal hantarkan".

"Eh! Tak payah, puan. Alia boleh balik sendiri. Takkan nak susahkan Encik Ikmal pulak". Bidas Alia lembut. Dia masih segan nak berkawan dengan lelaki itu.

"Hai mama! Along macam dengar mama seru nama along je. Kenapa?". Soal Ikmal seraya memandang Alia dan Puan Hawa.

"Panjang umur kamu! Ni mama nak mintak tolong. Alia nak balik kampung. Along tolong hantarkan ye? Risau pulak mama nak biar dia balik sorang2".

Alia kaget. Jangan lah dia kata ya!

"Oh! Benda simple je! Boleh. Bila?". Ikmal tersenyum manis.

"Esok".

"Er, tak payah lah, Puan. Alia boleh balik sendiri. Betul!". Alia cuba mengelak lagi. Dia sedar Ikmal sengaja memandang dia nakal.

"No! Alia balik esok, Ikmal yang hantar. Nanti kalau jadi apa2, saya dipersalahkan pulak!". Muktamad keputusan Puan Hawa. Punah harapan nak balik dengan aman.

Oh Tuhan! Bantu aku!

"So, esok pukul berapa?". Soal Ikmal setelah Puan Hawa berlalu pergi. Alia pandang wajah Ikmal geram.

"Ikmal saja ke kan nak usik Alia! Benci la!". Rajukku. Aku kalih pandang ke tempat lain.

"Merajuk? Comel tau!". Usiknya lagi.

"Ish! Benci la Ikmal ni. Alia nak balik sorang2. Taknak ada Ikmal! Tak faham ke?". Marah Alia. Dia mengambil tempat di kerusi.

"Faham je. Tapi, Alia tak faham ke yang Ikmal tetap nak hantar Alia esok? Lagipun, mama yang suruh. Apa lah daya Ikmal nak menolak". Dia sengaja membuat suara sedih.

Alia menjeling geram.

"Uish! Garangnya Cik Alia kita ni. Takut Ikmal!".

Serentak Alia mencubit geram lengan Ikmal. Terkekek2 dia menahan geli. Riuh suara Ikmal kedengaran di rumah tersebut. Alia tak puas hati, terus menumbuk kuat bahu Ikmal. Macam nak tercabut anak tekak Ikmal menjerit.

"Amboi! Suka nya". Lili masuk bersama Nazim. Terkejut Nazim melihat keintiman Alia.

Alia cepat2 membetulkan duduk. Malu dia saat ini, Tuhan saja yang tahu. Ikmal membuat muka tak bersalah.

"Er, Ad..ada apa Lili?". Soal Alia tergagap. Merah muka menahan malu.

"Ni, sepupu Alia nak jumpa. Lili bawak lah masuk dapur. Tapi, ada adegan lain pulak. Erm, ok lah! Lili keluar dulu ye!". Ujarnya sambil tersengih memandang Ikmal.

"Ikmal keluar dulu". Perlahan suaranya hampir tak kedengaran. Alia canggung. Wajah Nazim kelihatan lain.

"Ada apa kau nak jumpa aku?". Soal Alia lembut. Dia mendekati sepupunya.

"Tak boleh ke aku nak jumpa kau?". Agak kasar suara Nazim. Alia mengerutkan dahi.

"Aku tanya je kan? Kenapa nak serius sangat ni?". Sedaya upaya Alia cuba menceriakan suasana.

Nazim mengeluh.

"Aku nak tanya kau lagi sekali, kau nak ikut aku balik tak next week?". Nazim menukar topik perbualan. Dia pandang wajah Alia lama. Wajah yang sentiasa menjadi ketenangan hatinya.

"Er, sebenarnya, aku.. aku b..balik esok". Habis sahaja ayat yang diucapkan, Nazim terus tergelak besar.

"Kau kata kau tak dapat nak ikut aku next week, ni kau boleh pulak balik esok. Tanpa bagitau aku pulak tu?". Sedikit tinggi suara Nazim. Alia tersentak.

Kenapa Nazim dingin sangat malam ni?

"Sorry! Aku minta pelepasan kat Puan Hawa. Memang aku cakap esok, tapi aku nak ajak kau sekali. Aku tak sempat nak bagitau kau". Alia cuba menerangkan keadaan sebenar.

"Kau nak balik dengan siapa?". Soalnya dingin.

Alia buntu. Patutkah dia bagitau Nazim?

"Er, Ik..mal.. Ikmal hantar esok". Alia ketap gigi. Dia pandang wajah Nazim yang jelas sedang marah.

"Ikut kau lah!". Terus dia berlalu pergi. Alia tak sempat nak memanggil Nazim. Salah ke Alia? Bukan dia sengaja nak diamkan perkara ini.

"Aku memang nak balik dengan kau. Tapi, kau tak faham situasi aku!". Gumam Alia sendiri. Dia terduduk sayu di kerusi dapur. Sekarang, Nazim sudah salah faham padanya. Alia bungkam. Dia langsung tiada mood untuk pulang esok.

Kain lap diletakkan di tepi sinki. Alia pantas menutup pintu dapur dan lampu. Dengan langkah longlai dia menuju ke bilik tidur. Dari jauh dia sudah mendengar gelak tawa mereka tiga beranak. Alia berdiri kaku disitu. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membatalkan niatnya untuk pulang ke kampung. Tapi, Alia tak sampai hati nak bagitahu. Bimbang Puan Hawa fikir yang bukan2. Alia mengeluh. Sudahnya, dia hanya masuk ke dalam bilik dan berehat.

Pintu bilik diketuk setelah lama Alia menyendiri. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Siapa pulak yang kacau malam2 buta ni!

Dengan langkah yang malas, Alia membuka pintu bilik. Wajah Lili terpacul di muka pintu.

"Eh Lili, ada apa malam2 ni?". Soal Alia hairan. Tanpa menjawab, Lili terus masuk kebilik lantas menghenyakkan badannya ke katil.

Oh! My! Mom!

"Kenapa ni? Lili ada masalah ke?". Soal Alia lagi. Dia mendekati Lili yang sedang memeluk bantal.

"Lili tak boleh tidur la! Alia teman la Lili malam ni". Pinta gadis itu. Alia tergelak. Ingatkan apa lah tadi!

"Kenapa Cik Lili kita ni? Gaduh dengan boyfriend ke?". Usik Alia. Bantal peluk dicapai. Lampu tidur dibuka. Barulah ada suasana romantik gitu!

"Yelah! Kita suruh datang jumpa mama, banyak sangat alasan dia! Geram betul!". Rungut Lili. Terkumat kamit mulut nya menahan marah.

"Dia tak bersedia lagi kot?". Tebak Alia. Mana tahu kan hati lelaki ni. I pun takde boyfriend la!

"Ish, apa pulak tak bersedia nya. Tiga tahun kitorang sama2. Along tu dah bising dah kat Lili ni. Along nak jumpa, Lili pulak tak kasi. Haih! Dilema la". Lili memaut lengan Alia. Mukanya sudah cemberut.

"Erm, Alia ni takde pengalaman kalau nak nasihat. Apa kata Lili slow talk dengan dia. Kalau tak berhasil jugak, mungkin dia bukan jodoh Lili la kot. Tu yang Alia pernah dengar2 lah". Tuturnya berhati2 bimbang Lili terasa hati.

"Macamtu ye? Tapi, Lili sayang dia. Macamana ni Alia?!". Berkali2 dia menghentak bantal peluknya ke katil. Tergelak Alia dibuatnya. Macamni ruapanya kalau bercinta. Dahsyat!

"Sabar la Lili oi! Lili doa la banyak2 semoga dia terbuka hati nak jumpa mama Lili. Mungkin doa Lili malam ni dimakbulkan, siapa tahu kan?".

Lili teruja.

"Betul ke? Nak doalah!". Seraya mengangkat tangan berdoa. Kerut2 mukanya. Entah apa lah yang di doakannya itu. Alia tersenyum.

"Ok dah!".

Alia menunjukkan tanda bagus.

"Ok lah Alia! Nak pergi tidur. Barulah lega sikit dah cerita ni. Sebelum ni, takde siapa pun nak dengar cerita Lili". Ujarnya sedih.

"Aik, takkan tak cerita kat Encik Ikmal?".

"Erk? Along? Mintak simpang lah! Silap haribulan kena bebel adalah! Ok lah Alia, thanks eh? Good night!".

Lili pun keluar. Pintu bilik ditutup perlahan. Alia bersandar di kepala katil. Jauh fikirannya menerawang memikirkan masalah Lili sebentar tadi. Kalau seperti inilah gaya orang bercinta, lebih elok dia tak bercinta.

"Boleh tahan susah gak nak bercinta ni". Gumam Alia sendiri.

Alia tarik selimut menutupi tubuhnya. Setelah doa dibaca, dia terus melelapkan mata. Berharap hari esok memberikan ketenangan dan kemudahan buat diri nya.

                      _________________

"Alia dah siap?".

Soal Ikmal di pintu bilik. Alia mengangguk. Dia teringat Nazim. Mesti Nazim bengang Alia balik ni. Hurm.

"Beg?".

"Er, buat apa beg. Alia balik kejap je. Esok Alia balik sini. Nanti balik lama2 kang, takde siapa nak uruskan majlis hujung minggu ni". Alia menggalas beg tangan lalu keluar dari bilik. Pintu dikunci.

"Erm, yelah. Jom!".

Alia mengekori langkah Ikmal menuruni tangga. Setelah bersalaman dengan Puan Hawa, Alia masuk ke perut kereta.

"Alia, hati2 tau! Jangan balik lama2 nanti Lili takde teman!". Ujarnya manja.

"Yelah Lili! Sejak ada Alia, bukan main lagi kamcing nya. Sampai along pun dah tolak tepi!". Ikmal sengaja merajuk. Geli hati pulak melihat telatah diorang berdua.

"Alah along tu! Kalau Lili nak manja pun belum tentu along layan! Huh!". Lili menarik muka masam.

"Haish, dah2! Nanti lambat Alia nak sampai kampung nanti. Along, bawak kereta elok2. Dah sampai, call mama".

Ikmal mengangguk faham. Sempat Alia melambai ke luar tingkap sebelum kereta bergerak laju membelah jalan raya.

"Siapa nama mak?". Soal Ikmal tiba2. Suara radio diperlahankan.

"Erk, kenapa?". Pelik pula tiba2 tanya nama mak.

"Yelah, maksud Ikmal, nak panggil apa dekat mak Alia?".

"Oh! Ikmal panggil je Cik Icah, sebab semua orang kat kampung panggil mak dengan panggilan tu". Terang Alia ringkas.

"Ni, Nazim tau tak Alia balik?".

Secara tiba2 pergerakkannya terhenti mendengar nama Nazim, sepupunya. Dia mengeluh panjang.

"Aik? Kenapa diam je? Ada yang tak kena ke ni?". Ikmal melirik pandang Alia yang terus terdiam.

"Takde apa2 lah! Hal kecil je". Bidas Alia. Dia bersandar sambil bernyanyi kecil.

"Dia marah Ikmal hantar Alia ke?". Tebak lelaki itu. Alia menoleh.

"Biar lah! Kita tak payah cerita pasal ni boleh?". Alia ketap gigi.

Ikmal menjongket bahu. Terpulang!

Sudahnya, mereka hanya diam sepanjang perjalanan. Bunyi radio menemani mereka berdua bagi menghilangkan penat. Alia sendiri melayan perasan. Tak berani Ikmal nak ganggu takut hilang mood gadis disebelahnya itu.

Setelah sejam memandu, akhirnya mereka tiba di kampung halaman Alia. Teruja tak terkata gadis itu. Senyuman tak lekang di bibir. Turun sahaja dari kereta, terus dijerit panggil nama mak lesayangannya.

"Alia! Rindu nya mak!". Jerit Makcik Icah seraya memeluk kuat anak perempuannya. Menangis kegembiraan kerana anak perempuannya dapat juga pulang berjumpa dengannya.

"Mak sihat tak? Alia rindu mak sangat!". Dicium pipi tua itu berkali2. Makcik Icah tersenyum bahagia.

"Mak sihat! Mak rindu Alia tau! Mak ingat Alia taknak balik dah jenguk mak". Sendu suara Makcik Icah. Dia mengusap lembut pipi anaknya.

"Apa lah mak cakap macamni. Alia mesti akan balik. Takkan la Alia lupa mak. Eei, rindu mak sangat!". Dipeluk lagi Makcik Icah sampai naik lemas mak nya itu.

Ikmal yang memandang turut tersenyum. Suka melihat dua beranak itu. Rupanya Alia ni sangat manja dengan mak nya.

"Ni, macamana kerja? Ok ke?". Soal Makcik Icah tak sabar.

"Ish mak ni! Jom la naik atas dulu. Panas ni!".

"Eh, lupa dah. Haa, jom2! Eh, makcik lupa la nama kamu. Kamu kawan Nazim kan?". Makcik Icah memandang Ikmal yang setia berdiri di sisi kereta.

"Saya Ikmal, makcik". Jawab Nazim sopan.

Makcik Icah mengajak Ikmal naik ke rumah. Dia mengambil tempat di kerusi. Barulah hilang panasnya terkena kipas. Sejuk!

"Duduk dulu. Cik Icah buatkan air".

"Eh, tak payah susah2 makcik. Saya nak balik pun". Tolak Ikmal lembut. Henset diletakkan di atas meja.

"Ish! Apa la kamu ni. Datang jauh2 takkan la Cik Icah tak bagi minum pulak. Jangan risau, air kat rumah ni tak luak pun!". Seloroh Cik Icah seraya berlalu menuju ke dapur.

"Ikmal tunggu la kejap, ye. Mak memang macamtu. Dia tak bagi lepas selagi tak jamah apa2".

Ikmal mengangguk faham. Dia melilau pandang sekeliling ruang tamu. Simple!

"Alia, abah tiri Alia takde ke?". Perlahan Ikmal bertanya. Dia sempat mengerling keluar halaman.

"Selalu waktu2 macamni dia takde. Keluar". Jawab Alia.

"Alia, ke dapur kejap tau! Ikmal duduk dulu".

Ikmal mengangguk. Alia terus berlalu ke dapur. Ikmal meneruskan 'pengembaraannya' di sekeliling rumah. Bingkai gambar yang tergantung di dinding menarik perhatian. Gambar Alia sekeluarga ketika dia masih kecil. Comel! Wajah yang masih tak berubah sejak kecil.

"Itu arwah ayah. Ni je satu2 nya gambar arwah ayah yang masih disimpan". Alia meletakkan dulang berisi air kopi ke atas meja.

"Oh! Arwah ayah nampak garang".

"Tapi hati dia lembut. Ayah selalu akan tenangkan Alia kalau tengah sedih atau kena ejek dulu". Alia pandang Ikmal disebelahya.

Entah macamana, Ikmal juga membalas pandang tepat ke anak mata Alia. Lama. Dunia sekaan terhenti untuk mereka berdua. Seolah ada tarikan magnet diantaranya.

Tiba-tiba,

"Jemputlah minum kopi tu!". Suara Makcik Icah menghentikan pandangan antara mereka. Alia kalut. Cepat2 dia beredar dan mengambil tempat disebelah mak. Ikmal menggigit bibir.

Ish! Terlepas peluang!

Ikmal duduk sambil tersengih malu.

"Makcik seorang je kat rumah?". Ikmal berbahasa. Sempat dia menjeling Alia yang cuba melarikan pandangan.

"Sorang je lah. Ayah Alia keluar. Petang karang baru balik. Er Ikmal, macamana Alia setakat ni? Ok ke dia kerja?". Soal Makcik Icah seraya melirik pandang anaknya.

"Alia ok. Bagus kerjanya. Cekap, makcik. Mama saya sayang betul dekat Alia ni". Puji Ikmal melangit. Merah muka Alia menahan malu.

"Yeke? Baguslah kalau macamtu. Lega Cik Icah dengar. Kalau tak, risau aje hati ni. Dia ni mana pernah lepas jauh2 macamni. Nak2 pula tinggal untuk kerja, kan? Tapi, kalau dah Ikmal kata gitu, makcik percaya lah". Makcik Icah mengurut dada lega.

Ikmal tersenyum, "Makcik jangan risau. Kat sana semua orang sayang dia. Takde yang Alia tak boleh buat".

Makcik Icah pandang Alia yang tersengih.

"Semua orang sayang? Termasuk yang cakap ke?".

Ikmal tersedak. Terbatuk2 dia mendengar Makcik Icah mengusiknya. Alia menepuk lembut lengan mak. Bertambah merah la wajahnya saat ini.

"Mak! Apa mak cakap ni?". Alia pandang Makcik Icah memohon pengertian.

"Apa salah ke mak cakap?".

Ikmal tersengih. Batuk nya masih tersisa. Boleh tahan jugak mak Alia ni!

"Cik Icah nak anggap macamtu pun takpe". Ikmal membalas usikan Makcik Icah. Lagi bertambah lah gelak wanita tua itu. Alia jegil mata memandang Ikmal yang tak henti2 ketawa.

"Ada orang marah dah!". Perli Ikmal. Alia menarik muka masam.

"Yelah2! Mak tak kacau dah. Tak boleh langsung nak gurau". Ujar Makcik Icah. Ikmal menghirup baki kopi di dalam cawan.

"Er, rasanya baik saya gerak dulu. Ada benda yang saya nak selesaikan". Ikmal segera bangun sebelum menuruni anak tangga.

"Esok saya datang ambil Alia. Erm, balik dulu ye, Makcik". Dia melemparkan senyuman manis seraya masuk ke dalam perut kereta.

Alia melambai Ikmal yang sedang memandang mereka. Dia tersenyum. Lupa seketika hal Nazim.

"Amboi! Lebar senyum!". Usik Cik Icah sebelum meninggalkan Alia terkulat2.

"Mak! Apa mak ni usik Alia". Alia mengekori Makcik Icah menuju ke dapur. Sengaja pura2 tak suka.

"Apa? Mak usik apa? Alia, kalau dah suka, apa salahnya!". Ujar Cik Icah. Tangannya ligat membasuh cawan yang kotor.

"Mana lah pulak suka. Kitorang kawan je, mak!". Dalih Alia. Dia mengambil tempat di meja makan.

Makcik Icah mencebik. "Iyelah Alia! Mak cakap aje. Budak tu mak tengok baik".

Alia mengetap bibir. Sejak bila mak pandai buat analisa ni?

"Jangan la macamtu. Alia kawan je. Lagipun, Alia baru 20, mak. Muda lagi nak kearah tu. Ikmal tu pulak anak Puan Hawa. Alia taknak dia fikir yang bukan2 pulak".

"Apa pulak macamtu! Kalau dah ditakdirkan, siapa boleh tolak? Takpelah, mak pun taknak la main cakap2 aje. Yang penting, nak doakan kamu. Oh ye, ceritalah kat mak pasal majikan Alia. Baik ke orangnya?". Semangat Makcik Icah. Dia sinsing lengan bajunya seraya duduk disebelah anaknya.

"Dia baik sangat, mak! Bayangkan, Alia dapat bilik yang besar. Lagi besar dari bilik air kita tu ha!". Seloroh Alia. Kuat ketawa nya.

"Dia selalu ajak Alia pergi shopping. Kadang tu, dia belikan Alia baju". Ujar Alia ceria. Tangannya mengutil alas meja yang sudah rosak.

"Yeke? Baik betul dia kat kamu. Berapa umur dia? Sama mak ke? Ish, segan la mak macamni. Lepas ni, mak nak jumpa la dia. Bawak buah tangan, ye tak?".

Alia mengangguk. "Alia ni lagi segan, mak. Dia kata, dia tak suka nak beza2 kan orang ni. Jadi, walaupun Alia pembantu kat rumah dia sekalipun dia mesti samakan level dengan diorang. Alia banyak kali tolak jugak, tapi tulah, tak tolak lagi lah dia terasa. Alia rasa dia mesti dalam lingkungan 40 an. Puan Hawa tu nampak muda, mak".

Makcik Icah tersenyum. Bahagia hatinya mendengar satu2nya anak perempuan yang dia ada, diberi perlindungan sewajarnya.

"Kamu kena ingat, jangan sakitkan hati dia, kerja elok2. Dia dah jaga kamu elok tu. Mak ni, bersyukur sangat bila dengar kamu cerita ni. Mak tak risau lagi dah". Ujarnya dengan suara yang pilu bercampur senang. Alia genggam tangan makcik Icah erat.

"Insya Allah, Alia akan kerja elok2, jaga kebajikan kekuarga tu. Yelah, banyak dah dia tolong Alia. Rasa macam tak layak pulak. Mak nak tahu, pertama kali jumpa Alia, dia langsung tak pandang jelik kat tangan Alia ni. Dia langsung tak kisah! Tu yang Alia rasa bersyukur sangat!". Ujar Alia sepenuh hati

Makcik Icah menangis.

"Mak! Laa, kenapa menangis pulak ni? Alia salah cakap ke?". Soalnya kalut. Tiba2 sahaja maknya tertunduk menangis.

"Mak bahagia, nak! Mak ingat takde siapa yang sudi terima anak kesayangan mak ni kerja. Tengoklah kat kampung ni, semua nak menghina anak mak ni cacat. Tapi, Allah tu Maha Pemurah, Alia. Dekat sana, Dia bagi keluarga yang baik buat kamu". Ucapnya teresak2. Alia juga merasa sedih.

Tak sangka mak begitu risau pasal Alia sampai macamni sekali.

"Mak, pernah ke mak tak suka dengan anak mak ni?". Soal Alia sedih. Dia memeluk lengan Makcik Icah.

"Kenapa cakap macamtu? Mak sayang anak mak sampai mati. Alia anak yang paling mak sayang. Tak pernah sekalipun mak rasa terbeban dengan Alia. Apa yang Allah bagi pada Alia ni, semua sebab Allah sayang Alia. Jangan la cakap yang bukan2, nak". Ujarnya lagi. Tersedu2 Alia mendengar. Tak henti2 air mata mengalir.

"Mak, terima kasih tau sebab sayang Alia. Alia bersyukur sangat dikurniakan mak yang paling penyayang. Alia sedih sangat sebab kat dunia ni takde siapa yang sayang Alia, layan Alia macamana mak dengan arwah ayah layan Alia". Luahnya satu persatu.

"Setiap kali Alia diejek, Alia cuba taknak cerita dekat mak. Alia ingat, Alia kuat nak hadapi semua ni. Tapi, Alia tak sanggup. Kenapa diorang jahat sangat, mak?". Soal Alia tersedu. Makcik Icah mengelap air mata yang mengalir.

"Bukan diorang yang jahat, tapi hati yang dah dirasuk ketamakan syaitan. Ini sebab semua rasa diri tu serba lengkap, jadi, tengok orang macam anak mak ni, dia rasa jelik lah, benci lah". Terang mak.

Alia menghela nafas berat. Lega hatinya setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku dihati.

"Dah2! Mak taknak Alia cakap yang bukan2. Mulai sekarang, apa pun yang jadi atau siapa pun buat anak mak ni, cerita dekat mak, ye sayang?". Makcik Icah mengusap lembut pipi Alia.

"Oh! Anak kesayangan awak dah balik?".

Belum sempat Alia menjawab, suara Asmadi memecah perbualan antara Alia dan Makcik Icah.

"Abang dah balik?". Cepat2 Makcik Icah menyeka air mata yang bersisa.

"Yelah! Kau buta ke?". Kasar sekali suara itu. Asmadi duduk di kerusi. Dia campak tudung saji yang menutupi makanan.

"Ni je? Kau ingat aku kucing ke bagi makan ni je?!". Tengking Asmadi kuat. Alia mula membuat muka.

"Abah, ni pun rezeki jugak. Makan jelah!". Alia meninggi suara. Geram pula dengan perangai bapa tirinya.

"Eh, kau ni cari pasal pulak! Baru balik dah nak bising. Pergi masakkan aku cepat!".

Mencicit Makcik Icah mengambil periuk untuk masak sesuatu buat suaminya. Alia mendengus kasar.

"Apa pasal kau balik ni? Ingat dah duduk sana tak reti nak balik. Eh, ada ke yang nak terima kau ni? Cacat macamni". Perli Asmadi. Wajahnya kasar.

"Ikut suka abah lah nak cakap apa pun. Alia penat, malas nak layan". Alia mula bangun meninggalkan meja makan. Asmadi mencebik.

Alia masuk ke dalam bilik. Lama rasanya dia tak balik. Rindu dengan suasana biliknya. Nampaknya susun atur masih sama.

"Erm, rindu bau kampung!". Alia menghenyakkan badan ke katil. Mata dipejam rapat. Lega pinggang nya dapat baring atas tilam empuk.

Alia mencapai henset lalu mencari nama Nazim. Alia berbolak balik. Nak mesej atau call?

"Ah! Hantar jelah mesej. Tak balas nak buat macamana". Alia mula menaip mesej maaf buat Nazim.

Send!

Alia menyanyi kecil.

Seminit.

Dua minit.

Lima minit.

Henset tak berbunyi. Alia pandang pelik. Kenapa tak reply ni? Alia buka balik peti mesej. Nampaknya Nazim dah baca, tapi kenapa dia tak reply!

"Alah, call ajelah!".

Alia lantas mendail nombor Nazim. Tapi, tak berangkat. Alia mengeluh. Dia marah aku ke? Sudahnya, dicampak henset ke tepi. Mata dipejam rapat. Alia ingin tidur.

                       _____________________

"Along! Buat apa tu sengih sorang2?". Usik Lili apabila melihat Ikmal sedang tersengih2 memandang henset. Entah apa yang best kat henset tu, Lili pun tak faham.

"Er, takde apa2 lah!". Henset diletak ke dalam poket. Dia membetulkan duduk.

"Iyeke? Lili nampak la along sengih sorang2 tadi! Apa ada kat henset along tu?". Soal Lili sengaja mengusik. Nampak Ikmal resah.

"Ish, sibuk la Lili ni! Along takde apa2 la".

Lili mencebik. Poyo! Siap la nanti aku geledah henset along nanti.

"Along, Alia balik sini bila?". Soalnya, sambil tangan sibuk bermain dengan batu2 kecil ditaman mini mama.

"Kenapa?".

"Saja tanya. Kenapa? Tak boleh?".

"Bukan tak boleh. Along pun tanya je. Ni, bukan main kamcing lagi dengan Alia tu along nampak".

"Apesal? Along jealous la tu". Lili mencubit lengan Ikmal. Tergelak dia melihat keletah abangnya.

"Ha'ah! Jealous!". Ikmal menjelir lidah kepada Lili. Saja la tu nak mengusik!

"Wow! Along jealous? Ni kes berat ni. Kenapa ni along? Dah simpan perasaan ke dekat Alia tu?". Keningnya sengaja diangkat2. Wajah Ikmal dipandang lama.

"Kenapa pun kalau along simpan perasaan dekat Alia tu? Rasanya tak salah kan?". Ikmal membuat muka tak bersalah. Pandanganya dikalih menghadap kolam ikan.

Aish, malu lah!

"Amboi! Lili agak dah. Tengok along layan Alia tu pun dah boleh agak tau! Sejak dia datang, bukan main lagi along layan dia special. Itu ini untuk Alia". Ujarnya.

Ikmal malu. Nampak sangat ke?

"Apa nak malu. Along dah suka, cakap jelah terang2. Nanti jangan sampai melepas pulak". Lili mengingatkan abangnya. Ikmal terkedu.

"Lili ok ke along pilih Alia?".

Lili tergelak besar. Sakit perutnya menahan gelak.

"Apa punya soalan along ni? Habis, along nak Lili cakap apa? Lili ni tak kisah asalkan along bahagia".

Ikmal tersenyum. Manis sahaja dipandangan Lili.

"Along pun tak tahu dia nak terima along ke tak. Yelah, takut dia tak suka kita, buat malu je". Luahnya. Ikmal pandang wajah adiknya.

"Along risau ek? Nak Lili tolong tak?". Lili membuat tawaran. Suka pula bila Ikmal digandingkan dengan Alia.

"Ish, tak payah mengada2 eh? Biar je along buat sendiri. Ni, mama mana? Lili biarkan mama kat dalam tu sorang2 ke?". Ikmal menukar topik perbualan. Sengaja dia menyembunyikan perasaan gembira.

"Ada, tengah tengok tv. Along! Alia tu baik, cantik and sweet sangat. Lili suka dia kalau jadi akak ipar Lili. Cepat2 la sikit ngorat. Jangan terlepas kat orang lain, sudah!". Lili mula menakut2kan abangnya. Dia bingkas bangun meninggalkan Ikmal seorang diri.

"Perlu ke aku cakap kat dia? Ish, segan la pulak! Aku mana biasa nak ngorat2 ni". Bebel Ikmal sendiri. Dia menepuk dahi sendiri.

Ish, angau dah datang!

                          ____________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience