Bab 3

Romance Completed 21567

Baru sebentar tadi Nazim menghubungi kawannya, Ikmal. Nak dijadikan rezeki buat mereka berdua, ada kerja kosong buat Nazim di kilang nanti. Alia pula diberikan kerja sebagai pembantu rumah Ikmal nanti. Gembira bukan kepalang. Tak sabar rasanya dia ingin memberikan berita gembira ini kepada Alia dan Makcik Icah. Kata Ikmal, bila2 Nazim nak datang pun takpe. Dia terima. Memandangkan Nazim satu2 nya kawan baik Ikmal, segala pengangkutan, rumah telah pun disediakan buat Nazim.

"Nazim! Buat apa kat bawah tu?". Jerit mak di muka pintu. Nazim yang sedang elok tersengih segera menoleh.

"Makan buah rambutan ni ha! Meh la mak!". Ajak Nazim ramah. Maklong Aida segera turun mendekati anaknya di meja batu.

"Amboi! Dari jauh mak tengok tersengih2 macam kerang busuk ni, ada apa? Tengah syok bercinta ke?". Usik Maklong Aida. Buah rambutan dikopek lalu digigit.

"Ada pulak mak ni! Ni ha, Nazim ada berita gembira!". Ujarnya ceria. Henset diletak tepi.

"Nazim akan kerja dengan Ikmal, mak. Mak suka tak?". Soal Nazim riang. Dia bersandar di kerusi.

Terbuntang mata maklong Aida memandang. Mulutnya ternganga dek tak percaya. Akhirnya, anak teruna nya akan bekerja dia Kl. Hilang risau di dada. Barulah dia boleh menunjuk yang anaknya kerja di Kl.

"Apa pulak mak tak suka?! Baguslah! Bila mula kerja nya?". Soal Maklong Aida riang. Dipegang lengan anaknya erat.

"Dia kata bila2 nak datang, boleh. Jadi, Nazim ingat minggu depan la? Ok ke?". Dia minta pendapat maknya. Maklong Aida mengangguk laju.

"Jangan kata minggu depan, besok kau pergi pun mak izinkan!". Seraya tergelak kecil. Suka dia mendapat berita seperti ini.

"Amboi mak! Suka benar tu. Ok la, minggu depan tu kira ngam la. Boleh Nazim urus apa yang patut dulu. Alia pun mesti nak beli apa2 buat persediaan". Nazim tersenyum bila teringat Alia.

"Kamu cakap apa? Alia? Dia ikut kamu ke?". Nada bertukar serius. Maklong Aida berkerut.

"Er, ha'ah. Alia ikut Nazim. Mak, boleh ye?". Dia memegang lengan mak nya meminta izin.

"Sejak bila pandai buat keputusan sendiri ni?". Marah maklong Aida. Menyirap pula darahnya pagi2 ni.

"Mak, apa salahnya Nazim bawak Alia. Dia kan sepupu Nazim. Kitorang nak cari kerja. Lagipun, Ikmal dah sediakan tempat untuk Alia tinggal. Apa salahnya, mak?". Nazim meninggi suara.

Ni yang malas cakap dengan mak ni!

"Kamu ni kan, sejak dua menjak ni mak tengok, bukan main lagi asyik nak melawan cakap mak!".

"Mak, bukan Nazim nak lawan. Tapi mak tu, yang tak boleh nak terima alasan Nazim. Bukan Nazim saja2 je nak bawak Alia tu. Kitorang nak cari kerja". Terang Nazim lagi.

"Kau ni, bukan tak tahu mak tak suka si Alia tu. Yang kau sibuk sangat nak tolong dia tu dah kenapa? Biarlah dia buat sendiri. Kau pulak sibuk2 nak carikan kerja. Mak tak suka budak cacat tu, tau?!". Suara mak meninggi. Nazim mengeluh. Susah nak fahamkan mak nya.

"Mak, Nazim ikhlas nak tolong dia. Mak jangan lah macamni!". Habis daya dia nak memujuk. Nazim diam.

"Dah aku tak suka, kau sibuk nak pujuk2 aku pulak. Dah lah! Mak cakap banyak pun, kau tetap tak dengar kan? Ikut kau lah Nazim. Nak buat itu ini, tak payah tanya mak lah lain kali. Dah lah, mak nak masuk". Rajuk Maklong Aida. Dia kemudiannya berjalan masuk ke dalam rumah. Nazim mengeluh.

Kepalanya digaru malas. Apa yang patut dia buat?

Henset berbunyi lagi. Kali ini, panggilan dari Alia.

Nazim, kau kat mana tu?

Ha Alia, aku kat rumah la, kenapa?

Aku bosan la. Jom pekena cendol Pak Dollah?

Ok set! Tunggu aku datang rumah.

Talian dimatikan. Nazim bingkas bangun melangkah menuju ke rumah Alia. Dalam perjalanan, dia ternampak bunga matahari. Nazim lantas memetik untuk diberikan kepada Alia.

Sampai sahaja dihalaman rumah, terlihat Alia sedang mencangkung di tepi ampaian. Tergelak Nazim melihatnya.

"Amboi, cepat aje!". Tegur Alia. Dia mendekati Nazim yang tersengih2 sejak tadi.

"Nah, untuk kau!" Dia menghulurkan bunga matahari kepada Alia.

"Siapa suruh kau cabut?!". Tegur Alia. Sengaja dia bercekak pinggang, pura2 marah.

"Alah! Haritu kau buat takpe pulak. Ni, untuk kau sebab haritu kau bagi aku!". Ujar Nazim ceria. Alia menyambut huluran Nazim. Tersengih dia dibuatnya.

"Jom! Kau dah cakap dengan Cik Icah belum?".

"Dah! Jom lah, nanti lambat pulak balik". Dia langsung menarik tangan Nazim mengikuti langkahnya. Nazim menurut. Tangannya yang dipegang Alia dipandang. Nazim tersenyum pula.

"Aku belanja kau kali ni. Sebab.. kau dah tolong aku". Ujar Alia gembira. Dia melintas jalan raya tersebut.

"Apa la kau ni! Aku ok je". Jawab Nazim ringkas.

Sampai sahaja di kedai cendol Pak Dollah, Alia memesan tiga cendol special dan 1 rojak buah.

"Kenapa tiga?". Soal Nazim berkerut. Rasa, hanya dia berdua sahaja dengan Alia.

"Dua untuk aku, satu untuk kau. Rojak kita kongsi". Ujar Alia menunjukkan wajah kelaparannya.

"Wah! Perut kau pun, boleh tahan! Tapi, mana aci! Aku dapat satu je!". Nazim pura2 tak puas hati. Dia menjeling Alia geram.

"Eh, kira baik aku belanja kau! Jangan nak gedik lebih! Aku bawak duit cukup2".

Nazim mencebik. Nak belanja tapi berkira. Cet!

"Pak Dollah, cepat sikit. Saya haus ni".

"Amboi Alia, sabar la kalau iye pun". Ujar Pak dollah seraya tergelak kecil.

"Alia, aku ada berita gembira nak bagitau kau ni".

Alia menoleh. "Apa dia?".

"Aku dah dapatkan kerja untuk kau. Jadi pembantu rumah, ok? Sebab dia kata kelulusan kau takat pmr, jadi kerja tu je yang dia boleh bagi. Dia kata kerja dekat rumah dia, amacam?". Keningnya diangkat. Menunggu jawapan Alia.

"Kat rumah dia? Berdua?". Soal Alia terkejut.

"Bukan lah! Dia tinggal dengan mak dia. Kau ni pun, takkan aku nak bagi kau tinggal berdua. Jeles aku!". Nazim bermain2 dengan henset nya.

Dia kata jealous? Aku salah dengar ke?

"Er, kenapa pulak dah kau nak jealous?". Soal Alia berhati2. Dia pandang wajah Nazim polos.

"Er, takde apa lah! Eh, makan lah cepat!". Nazim menghirup cendol yang baru sampai. Alia membisu. Jangan yang pelik2, Nazim!

"Bila boleh mula kerja?". Soal Alia setelah lama membisu. Nazim menghabiskan kunyahan sebelum menjawab.

"Minggu depan? Aku yang mintak. Biar kau ada masa nak siapkan apa yang patut. Er, nanti kat sana, dia dah sediakan tempat tinggal untuk kita berdua". Terang Nazim. Alia mengangguk faham.

"Kau kerja sebagai apa?".

"Aku kerja kilang tempat dia kerja. Lain la dengan kau. Tapi, hari2 aku boleh jumpa kau. Sebab, tempat tinggal yang Ikmal sediakan tu dekat dengan tempat kau". Ujarnya lagi. Cendol dihirup sehingga habis.

"Ohh. Erm, ok lah macamtu". Jawab Alia lemah. Dia terdiam sebentar.

"Kenapa? Kau tak suka ke?". Nazim memandang Alia lama. Dia perasan akan perubahan wajah sepupunya itu.

"Bukan macamtu! Aku suka. Cuma, aku takut je. Yelah, aku nak kena tinggalkan mak. Lepastu, aku tak kenal pulak orang kat sana. Boleh ke diorang terima aku ni?". Alia pandang tangannya yang kudung itu. Dia mengeluh.

"Apa la kau ni! Suka fikir bukan2. Dia dah terima tu maksudnya dia ok lah! Jangan nak fikir bukan2 lah. Kau tu suka fikir entah apa2. Nanti, minggu depan dia datang ambil kita. Kau jangan lambat pulak! Pukul 8 pagi dah kena siap. Pakai lah baju kurung yang aku beli dulu tu!". Arah Nazim suka. Dia tersenyum memandang Alia menampakkan manis wajahnya.

"Ok! Nanti aku pakai. Aku pun tak pernah pakai lagi baju tu". Janji Alia. Nazim tersenyum gembira. Tak lepas memandang wajah Alia.

"Dah, jom! Dah nak petang ni. Nanti mak bising". Ajak Nazim. Alia mengangguk. Setelah membuat pembayaran, mereka jalan bersama pulang ke rumah. Tak sabar rasanya nak menunggu minggu depan. Ada sahaja celoteh Alia. Nazim pula tak bosan nak melayan karenah sepupunya itu.

"Ok lah! Jumpa minggu depan tau!".

Alia tersenyum. Bunga matahari yang setia bersama Nazim dilambai kearah Alia. Bila bersama Alia, hilang bosannya. Alia juga begitu. Tak pernah merasa bosan dengan sepupunya itu. Nazim sajalah satu2 nya kawan dia sampai mati.

                     _______________________

Malam ini Alia kelihatan sibuk. Mana taknya, esok dia sudah mahu berangkat ke kl. Habis bersepah bilik tidurnya dengan baju yang masih belum terlipat, alat solek dan barang2 keperluan lain. Macam2 yang berada di benak fikirannya. Usahkan risau, segala macam perasaan bersarang dalam hatinya.

Baju kurung pemberian Nazim dahulu dicapai lalu digantung. Cantik! Baju kurung berwarna merah hati berbunga kecil menjadi tatapan mata Alia saat ini. Pandai Nazim pilih. Kena dengan kulit Alia yang kemerahan. Dia capai pula cekak rambut warna sedondon dengan baju. Set! Esok dia akan melaram dengan baju pemberian sepupunya.

"Hai, tak siap kemas lagi? Bersepahnya!". Tegur mak di muka pintu. Alia menoleh memandang wajah Makcik Icah. Wajah yang akan dia rindui.

"Malas pulak. Rasa macam nak sumbat je semua dalam beg". Seloroh Alia. Dia memberikan ruang di katil untuk mak nya duduk.

"Ada pulak! Nampak sangat malas anak mak ni!". Usik Makcik Icah.

"Cantik baju. Bila Alia beli? Mak tak pernah nampak pun!". Ujar Mak sambil membelek2 baju kurung yang tergantung di dinding.

"Cantik kan, mak? Nazim belikan!".

Makcik Icah memandang Alia. Berkerut dahinya sebentar.

"Baik sangat Nazim tu membelikan kamu baju. Ada apa2 ke?". Soal Makcik Icah hairan. Ditatap wajah anaknya lama.

"Mak buat lawak ke apa? Kan Nazim tu sepupu Alia. Salah ke dia belikan baju?". Soal Alia pula. Tergelak kecil dibuatnya. Makcik Icah terdiam.

"Mak ingatkan aje. Dia sepupu. Tak sesuai nak kahwin". Sejurus Makcik Icah menghabiskan ayat, Alia ketawa terbahak2. Kuat suaranya bergema memenuhi ruang bilik.

"Apa lah mak ni! Bila masa Alia kata nak kahwin dengan Nazim? Ish, tak masuk akal la mak oi!". Ujar Alia dengan ketawa yang masih bersisa. Dia mula mencapai baju untuk dilipat.

"Erm, takpelah kalau takde. Ni, esok ni siapa yang ambil kamu berdua?". Soal mak sambil ringan tulang membantu Alia melipat baju.

"Kawan Nazim". Ringkas jawapannya.

"Ni mak nak pesan, sampai tempat orang kena pandai2 bawak diri tau. Jaga adab. Jaga solat. Mak taknak la nanti ada yang komen kata anak mak ni tak pandai hormat orang ke apa". Pesan Makcik Icah lembut.

"Alia janji mak. Alia akan jaga diri elok2. Mak tak payah risau sangat lah!". Janji Alia. Dia memandang mak nya sayu.

"Alia kena kuat. Apa pun yang orang cakap pasal Alia, pekakkan telinga, ya sayang? Anak mak kena kuat, jangan cengeng!". Sempat makcik Icah mengusik. Alia tergelaj kecil.

"Mak doakan Alia tau! Alia nak bantu mak. Nanti, bila Alia dah banyak duit, Alia bawak mak pergi unrah".

"Takpe Alia, mak tak mintak pun. Janji Alia bahagia, dapat kerja elok2, dah bahagia dah mak. Duit tu simpan jelah untuk Alia nanti". Bidas mak. Baju yang sudah dilipat diletak dalam beg kampung.

"Nanti mesti Alia rindu masakan mak!". Ujar Alia lantas memeluk erat tubuh Makcik Icah. Mereka tergelak bersama.

"Nanti tiap2 minggu balik sini. Mak masak sedap2 untuk anak mak ni!". Balas mak sedih. Mengalir sebutir air mata makcik Icah.

"Mak janganlah sedih. Nanti Alia pun sedih. Mak doakan Alia selalu. Nanti, Alia selalu jenguk mak kat sini, ok?". Ujar Alia sayu. Dia juga turut mengalirkan air mata.

"Dah2, lagi lama macmni, tak siap apa2 pulak kang. Meh, mak tolong kamu kemas. Ada apa2 lagi ke nak dibawa?". Soal Makcik Icah sambil mengesat air mata. Alia menggeleng. Rasanya cukup ini sahaja barang2 yang akan dibawa nanti.

Malam itu, makcik Icah tekun membantu Alia mengemas barang tanpa pengetahuan suaminya. Mujur suaminya jarang berada di rumah. Alia menghabiskan masa bersama makcik Icah bagi menghilangkan rasa rindu nanti. Sempat juga makcik Icah menjahit baju kurung lama Alia yang sudah koyak.

"Dah la tu. Malam ni tidur awal. Esok nak bertolak pagi. Rehatkan diri tu. Mak keluar dulu, Assalamualaikum". Ucap makcik Icah lalu keluar dari bilik anaknya.

Malam ni Alia ingin tidur awal sementelah badannya juga sudah kepenatan. Esok hari baru buat dirinya. Berdebar pula jantungnya mengenangkan kehidupan baru Alia di sana nanti. Harap2, semuanya berjalan lancar dan tenang.

                         ___________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience