Bab 7

Romance Completed 21567

Petang itu hujan. Alia baru berkira2 ingin bercucuk tanam di belakang rumah. Semangat dia membeli beberapa jenis pokok dan sayuran pagi tadi di pasar pagi. Sudahnya, dia terpaksa melupakan hasrat untuk itu. Alia hanya bermalas2an di bilik. Tingkap bilik di buka sedikit bagi memberi angin masuk. Sejuk angin hujan.

"Mesej Nazim lah!".

Alia mencapai henset lalu mula menghantar pesanan ringkas. Lama rasanya dia tak berjumpa sepupunya itu. Sejak mereka berselisih pendapat pasal balik kampung, Nazim terus menjauhkan diri dari Alia. Entah kenapa, Alia pun tak faham.

Kau kat mana? Aku bosan lah!

Send!

Selang beberapa minit, Alia mendapat balasan.

Kat rumah. Buat lah apa2.

Alia mencebik.

Jom la keluar.

Aku ada kerja.

Alia gigit hujung bibir. Kenapa dia ni? Ada je alasan nak jauhkan diri. Dia lupa ke harini hari apa?

Kau kenapa? Dah lama kita tak keluar macam dulu2.

Send!

Sementara menunggu, sempat Alia mencapai gelang pemberian Ikmal. Pagi tadi di pasar, Ikmal menghadiahkan gelang itu sempena harijadinya. Alia sendiri terkejut. Mana Ikmal tahu harini ulangtahun Alia?.

Nanti2 lah kita mesej. Aku ada hal.

Alia tergamam baca mesej sepupunya.

"Sampai hati kau Nazim! Kau lupa ke harini? Sampai hati". Rungut Alia sendiri. Dia campak henset ke tepi.

Kenapa Nazim berubah? Teruk sangat ke salah Alia sehingga dia menjauhkan diri dari Alia? Dulu, Nazim sentiasa dahulukan Alia. Tapi, sekarang tak lagi. Alia rasa sunyi tanpa kawan.

Henset diambil kembali. Dia buka peti mesej.

Esok Alia datang rumah Nazim, ada benda yang perlu kita bincang! Jangan kata nak lari pulak! Kalau Nazim lari, Alia benci Nazim sampai bila2!

Send!

Puas hatinya sekarang. Kalau tak dipaksa, memang sampai bila2 pun hubungan mereka akan jadi seperti ini. Alia perlulan penjelasan. Dia tak mahu kehilangan satu2 nya sepupu dan kawan baiknya.

"Alia! Buat apa tu?". Tegur Lili tiba2. Dia terus duduk di katil.

"Takde buat apa. Bosan la. Lili dari mana?". Soalnya.

"Kat bilik along tadi, borak2 dengan dia. Erm, Lili kan ada benda nak cakap ni". Ujarnya sambil tersengih2. Alia pandang pelik.

"Apa dia?". Alia membetulkan duduk. Dicapai bantal kesayangannya lalu dipeluk.

"Alia pernah bercinta?". Soalan Lili yang membuatkan Alia terkejut.

"Maksud?".

"Yelah, pernah bercinta tak sebelum ni?". Lili ulang soalan sama. Wajahnya masih tak lekang senyuman.

Dia garu kepala yang tak gatal. Nak jawab apa? Alia memang tak pernah bercinta dan mencintai.

"Er, kena cakap ke?".

"Hish! Cakap la cepat!". Lili mendesak. "Er, tak pernah". Jawabnya naif.

"Good!". Lili terus menepuk tangan suka. Alia semakin bingung.

"Kenapa ni?".

"Lili nak cakap ni, Alia kena dengar tau!". Dia pegang tangan Alia kejap. "Lili nak match kan Alia dengan along! Ok?". Bersinar anak matanya memandang Alia.

Dia tergamam. Aku tak salah dengar kan?

"Er, match? Ap..apa?". Tergagap dia menjawab. Kenapa?

"Ish Alia ni! Nak padankan lah! Alia dengan along. You know what? Tadi Lili masuk bilik along, kantoi la satu benda dengan Lili!". Dia tersenyum. Alia gelabah menunggu.

"Selama ni, yang along sengih2 pandang henset tu, rupanya gambar Alia dalam henset dia! Im speechless! Tak sangka dia boleh gedik sampai macamtu!". Cerita Lili teruja. Dia capai lengan Alia lalu diulit mesra. Sorry along! Lili mula jalan dulu!

"Alia tak faham". Nampak blur wajah Alia. Kenapa macam lembab pulak aku ni?

"Oh my! Alia, along suka Alia! Tu la yang Lili nak cakap". Terangnya.

Ik..ikmal?

"Encik Ikmal? Suka Alia?".

Lili mengangguk. "Dari dulu lagi Lili dah perasan. Tapi, sekarang baru Lili sure perasaan along tu. Kelakar tau! Dia tak pernah bercinta, I mean, along tu mana berani nak cakap kat perempuan isi hati dia. Bila Alia datang, dia tried his best! Tapi, still tak nampak apa2 pun. Haha. Lili rasa kali ni Lili nak tolong jugak. Selagi tak mula dulu, memang melepas la along tu nanti".

Alia terdiam. Otaknya ligat berfikir. Aku disayangi orang lain? Aku dicintai orang lain? Biar betul? Aku salah dengar ke? Atau, dia yang buta menilai aku?

"Along tu, pemalu sangat. Lili dah selalu pesan kat dia, confess je. Tapi, konon ada cara. Cet! Alia nak tahu, Along tu such a good man. Lili berani janji! Dengan Lili pun dia care everything. Jadi, Lili takkan ragu2 kalau dia dengan Alia. Alia terima along?".

"Er, terima? Alia tak terfikir langsung.."

"So, sekarang dah boleh fikir, kan?". Potongnya. Lili tersenyum manis.

"Alia tak sesuai untuk along Lili". Ringkas jawapan yang diberi. Dia tunduk malu.

"Apa Alia ni? Tak baik tau cakap macamtu? Once ada lelaki yang sudi terima Alia, you deserve for it! Along akan jaga Alia sepenuh hati dia. Lili berani bertaruh!". Dia pandang wajah Alia yang gelisah.

Layak ke aku bersama Ikmal? Aku ni cacat sedangkan dia lengkap semuanya. Pasti orang akan memandang pelik pada dia. Kesian Ikmal.

"Alia cacat".

"Ya Allah! Alia tak baik la cakap macamtu. Kitorang tak pernah nilai Alia sampai macamtu sekali. Along ikhlas tau dengan Alia. Lili pun suka Alia dengan along. Lili just nak cakap, Alia berhak dapat kebahagiaan sama macam orang lain". Dia tersenyum manis.

"Er, bagi Alia masa, boleh?". Jawabnya perlahan. Dia memang tak tahu nak cakap apa.

"Hehe. Kelakar la Alia ni. Ok2, Lili taknak kacau Alia. But, please think wisely. Jangan biar along tertunggu". Dia pegang tangan Alia lama, mengharap. Sempat Lili memeluk Alia sebelum keluar bilik.

Alia terkaku. Apa yang dah berlaku ini? Ya Allah, apa benar semua ini? Tolong aku mencari jawapan yang terbaik buat diriku.

Mak, Alia tak pernah mengharapakan semua ini. Mak kata, mak selalu doakan untuk jodoh Alia. Inikah doa mak?

                     __________________

Sambil mencuci pinggan di dapur, fikiran Alia masih tak boleh nak lupa kata2 Lili tadi. Jauh dia mengelamun memikirkan jawapan yang sesuai buat Lili. Alia mengeluh. Sekejap dia berkerut, sekejap pula dia menggeleng.

Pinggan yang dicuci pula sudah lama bersih. Tapi, tangannya masih tak berhenti membilas.

"Alia, apa yang awak buat tu?". Suara Ikmal mengejutkan dia dari lamunan. Cepat2 Alia membilas.

"Er, takde apa2". Ringkas jawabnya. Alia tak berani nak membalas pandang.

Ikmal mendekati. Mujur juga hanya mereka berdua sahaja di dapur saat ini. Alia tidak mahu Puan Hawa salah sangka.

"Alia ada benda nak cakap". Dia cuba memberanikan diri. Paip air ditutup. Tangan yang basah dilap kering.

"Ikmal patut lupakan hasrat nak dapatkan Alia. Lupakan! Alia tak layak buat Ikmal". Dia menghela berat. Tangannya bermain2 dengan hujung baju.

"Apa Alia... Oh! Ni mesti kerja Lili!". Ikmal menekup mulutnya. Tak sangka rahsia nya sudah bocor. Memang nak kena Lili ni!

"Lili dah cerita kat Alia. Ikmal lupakan je ye? Alia tak sesuai untuk Ikmal".

"Siapa cakap? Ada ke peraturan or mana2 undang2 yang cakap macamtu?". Ikmal bercekak pinggang. Dia pandang wajah Alia lama.

"Bukan macamtu. Alia sendiri yang cakap!". Jawabnya lantang. Ikmal tergelak besar.

"Ikmal taknak ikut cakap Alia". Tegas jawapannya. Alia mengeluh.

"Ikmal, Alia bukan untuk Ikmal. Cari perempuan lain yang lagi sempurna buat Ikmal".

"Tapi Ikmal dah jumpa orangnya. Alia orang yang Ikmal nak!". Pintasnya. Ikmal mendekati Alia lebih rapat.

"Alia tak sempurna!".

"Sempurna pada Ikmal!".

Alia terdiam. Dia gigit hujung bibir. Dia taknak ada perasaan macamni. Dia tak mahu!

"Tolong la, cari orang lain". Rayunya setelah lama mendiamkan diri. Ikmal menggelenng laju.

"Ikmal taknak dan tak perlu. Kalau Alia jadikan kekurangan Alia sebagai alasan, Ikmal takkam dengar. Listen, Ikmal sayang Alia and cintakan Alia. Kalau Alia rasa semua ini tak patut, Ikmal sorry sebab Ikmal sendiri tak mampu nak kawal perasaan Ikmal dari sayang Alia from the first day lagi. Alia sempurna di mata Ikmal. Perfect! Takde apa yang kurang! Ikmal terima Alia ikhlas!". Terangnya jujur. Dia pandang wajah Alia. Dia takut ditolak.

"Alia bukan untuk Ikmal".

"Lagi!? Tolong lah Alia, jangan asyik sebut ayat macamtu. Siapa Alia nak tentukan Ikmal bukan untuk Alia and Alia bukan untuk Ikmal? Ikmal sayang Alia, cukup kan?". Lembut suaranya menusuk gegendang telinga Alia.

"Sayang sahaja tak cukup".

"Then, Ikmal akan buktikan! Just give me one chance, and Ikmal akan jaga Alia sebaik mungkin". Janjinya.

"Bukan itu maksud Alia". Dia mengeluh. Apa yang patut dia lakukan saat ini?

"Habis, Alia nak cakap apa sebenarnya? Terang kat Ikmal sampai Ikmal faham". Dia menjarakkan sedikit. Memberi ruang buat Alia.

"Alia.. erm.. Alia.. huh. Alia ni cacat! Kalau Alia dengan Ikmal, nanti orang pandang Ikmal pelik, Ikmal tak malu ke? Alia bukan macam orang lain. Alia ni selalu diejek. Kalau Ikmal dengan Alia, nanti Ikmal juga akan dipandang pelik. Alia cacat. Tak layak untuk Ikmal!". Terangnya sayu. Dia mula berasa sedih.

"So, bagitau Ikmal orang macamana yang layak buat Alia?".  Soalnya serius. Ikmal raup wajahnya berulang kali.

Alia masih diam. Dia sendiri tiada jawapan. Bukanlah niat Alia ingin menolak jodoh yang ditetapkan, tapi dek kerana kekurangannya, dia merasa terlebih merendah diri. Mana mungkin ada yang sayang dia. Selama ni, semua yang memandangnya sering menghina dan mengejek Alia. Tak mungkin Alia akan percaya jika ada yang menerima diri seadanya.

"Takde jawapan?". Ikmal pandang Alia. Dia mengeluh berat.

"Sejak Ikmal sayangkan Alia, Ikmal tak pernah pandang pada kekurangan. Alia nampak ke selama ni Ikmal ejek atau layan Alia buruk? Takde kan? Ikmal tak tahu macamana nak bercinta tapi yang Ikmal tahu, Ikmal tak boleh hilang Alia dan Ikmal akan jaga Alia semampu Ikmal. Kalau ini pun Alia masih tak percaya, Ikmal tak tahu dah nak cakap apa. Alia wanita pertama yang Ikmal cinta sedalam2nya. Ikmal tak boleh nak hilang Alia. Ikmal cinta Alia. Biarlah tak cantik ke, ada kekurangan mana2 ke, Alia tetap pilihan hati Ikmal. Muktamad!". Akhiri Ikmal lantas berlalu meninggalkan Alia. Dia perlu berikan Alia masa. Dia juga perlukan masa untuk bertenang.

Ikmal terserempak dengan Lili di ruang tamu. Nampak gaya, Lili seperti sudah mendengar segala perbualan antara mereka berdua.

"Along, sabar tau. Mungkin Alia perlukan masa". Ujar Lili simpati. Ikmal tergelak kecil lalu menuju ke biliknya. Dia akan sabar. Biar bertahun, dia akan sabar.

Di dapur, Alia sudah terduduk menangis. Kenapa dia harus berada dalam dilema seperti ini. Alia nak cakap apa lagi? Alia tak nak orang sekeliling dihina disebabkan Alia.

"Alia, kenapa ni? Ok tak?". Soal Lili lalu memeluk Alia yang menangis. Dia pula rasa bersalah kerana memulakan bicara dahulu.

"Alia taknak Ikmal terseksa hidup dengan Alia. Alia taknak dia dicaci disebabkan dapat Alia. Lili tolong terangkan dekat Ikmal. Alia bukan yang terbaik untuk dia". Ujarnya sendu. Lili memapah Alia untuk duduk di kerusi.

"Alia, dengar apa Lili nak cakap". Dia mengelap air mata yang mengalir.

"Along cintakan Alia. Dia ada cakap dekat Lili kalau dia nak Alia bahagia dengan dia. Kalau dia nak kesakitan yang dialami Alia pindah pada dia. Dia tak sanggup tengok Alia dihina macamtu selalu. Lili nampak keyakinan tu pada along. And Lili percaya along betul2 serius. Along tak pernah cakap apa2 pasal kekurangan Alia. Just, yang dia asyik cakap dia tak sabar nak bahagiakan Alia. Dia betul2 maksudkan! Alia, percaya kata hati. Alia berhak untuk dapat kasih sayang sama rata macam orang lain".

Alia terdiam. Dia pandang wajah Lili. Masih ada orang yang baik dalam dunia ini.

"Alia takut. Selama ni, Alia hidup dengan cacian orang. Alia takut dia tak jujur".

Lili tergelak kecil. Dia usap pipi Alia lembut.

"He's my brother! Kalau dia tak jujur, Lili dah lama kaki kan along tu!". Seloroh Lili diiringi ketawa. Alia tersenyum.

"Macamtulah, senyum! Nangis buat apa? Rugi air mata je. Now, fikirkan apa yang Lili and along cakap ni. Alia patut fikirkan kebahagiaan Alia. And Lili percaya along mampu bahagiakan Alia. 100 percent!". Lili tersenyum. Dia usap lengan Alia.

"Lili nak tengok along kejap. Takut ada yang meraung kat bilik tu". Bisik Lili ke telinga Alia. Tergelak mereka seketika. Lili lantas bangun dan menuju ke bilik Ikmal.

Alia seka air mata. Dia menarik nafas panjang. Alia raup wajah berkali2. Dia cuba bertenang. Seketika, dia memandang tangannya yang kudung.

"Allah tak lupakan aku". Perlahan suaranya.

Mak, inikah kebahagiaan buat Alia? Ya Allah, inikah percaturan hidupku? Adakah ini kebahagiaan buat ku yang telah Engkau tetapkan? Kiranya dia memang lelaki yang baik untuk aku, kau dekatkan hatiku untuk menerima dan mencintai dia.

Mak, Alia dicintai orang! Alia tak pernah merasa bahagia seperti ini. Bukan cacian yang Alia dengar lagi. Tapi, perkataan sayang. Mak, Alia bahagia! Terima kasih, Ya Allah. Sungguhpun aku dilahirkan dengan kekurangan, hidupku juga penuh dengan cacian, tapi aku bersyukur ada insan yang sudi menerima aku menjadi suri hatinya.

Ayah! Alia bahagia! Alia sedih sebab ayah takde untuk saat ini.

                        ________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience