Bab 10

Romance Completed 21567

Sudah seminggu Alia duduk di kampung. Sejak dia dirisik sehinggalah perkara yang tak diingini itu berlaku tempoh hari, Alia lebih suka memerap di dalam bilik. Segala panggilan henset langsung tak berjawab. Semuanya dari Ikmal. Alia langsung tiada mood mahu menjawab ataupun berjumpa sesiapa. Berkali2 makcik Icah memanggil Alia, tapi dia biarkan saja. Hanya bila Alia betul2 lapar, barulah dia akan keluar dari 'sarang' dan menjamah makanan di dapur.

Perkara yang berlaku hari itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keluarga Alia. Mak juga dilihat sering murung. Alia rasa bersalah. Disebabkan Alia, mak menjadi muram. Abah pula seperti tiada perasaan langsung. Lagi diperli Alia, ada lah! Puas mak berbalas mulut dengan abah, tapi akhirnya, mak yang kena. Tak cukup dengan tampar, abah tendang pula mak. Terkadang, Alia lawan juga abah demi mak. Tapi seperti biasa, kudrat wanita lemah. Tetap akan menjadi sasaran abah yang kejam.

Segala persiapan langsung tak dibuat. Jangankan Alia, mak juga kelihatan tak bermaya. Persiapan apa yang patut mereka lakukan kalau dah satu kampung pulaukan Alia dan makcik Icah. Itu yang buatkan Alia bertambah2 terbeban. Hingga satu saat, ingin sahaja dia batalkan pernikahan ini dan berpindah ke tempat yang hanya ada dia dan mak.

Knok! Knok!

"Alia, meh makan, nak. Mak dah masakkan lauk kegemaran Alia ni". Suara mak kedengaran dia balik pintu.

Alia diam. Dia tak mahu.

"Alia, jangan la macamni. Keluar ya? Mak takde teman nak makan. Alia makan ye? Nanti perut masuk angin, nak!". Ujar mak lagi. Alia hanya terbaring lesu.

"Alia! Buka pintu ni". Suara Ikmal. Automatik Alia bangun dari katil. Dia terduduk.

Aku tak salah dengar kan?

"Alia, buka pintu ni. Saya datang ni. Makan jom! Tak baik awak berkurung lama2 dalam bilik ni. Please, buka pintu ni". Ikmal bersuara lagi. Alia geleng kepala berkali2.

"Tak mungkin itu dia! Tak mungkin!

Lama kemudian, tiada panggilan lagi. Alia teragak2. Patut ke dia keluar. Alia bangun lalu menuju ke meja solek. Dia belek2 mukanya yang bengkak dek menangis tak henti.

Tudung dicapai lalu disarung kemas ke kepala. Alia berkali2 menarik nafas panjang. Tangannya terketar2. Dengan perlahan2, Alia membuka pintu.

"Alia". Satu suara yang sering membuatkan hatinya tenang.

Alia tiba2 sedih. Air mata kembali mengalir. Dia ingin luahkan segalanya pada Ikmal.

"Jangan nangis, ok? Saya ada dah kat sini. Sekarang, Alia makan dulu nanti kita cerita, boleh?". Pujuk Ikmal lembut. Alia seka air mata. Dia mengangguk laju.

Ikmal melangkah ke dapur diikuti Alia dari belakang. Makcik Icah memandang sayu anaknya.

"Harini mak masak lauk kegemaran Alia. Makan ye, sayang". Ujar mak. Dia ceduk nasi ke pinggan. Lauk asam pedas diletakkan di pinggan Alia.

Alia menurut. Dia duduk di sebelah Ikmal. Mak pandang Alia lama.

"Mak makan sekali". Ujar Alia seraya menghulurkan pinggan. Mak tersenyum lega.

"Mak makan nanti. Alia makan dulu ye". Makcik Icah duduk memandang Ikmal yang sibuk melayan Alia makan. Lega hati nya bila melihat Ikmal.

Disebabkan Makcik Icah terlalu risau akan anaknya, dia terpaksa juga menelefon bakal besan nya. Puan Hawa yang turut merasa risau segera menyuruh Ikmal pulang ke kampung Alia.

"Cik Icah makan sekali ye?". Ujar Ikmal sopan. Makcik Icah mengangguk lalu duduk makan.

Alia mula makan dengan berselera. Sesekali dia pandang wajah makcik Icah dihadapannya. Mak masih tersenyum memandangnya. Ikmal pula masih tak lepas memerhati Alia makan. Alia senyum kelat. Dia dah menyusahkan Ikmal dan mak.

"Makan cepat. Nanti saya bawak awak ke satu tempat". Ujar Ikmal lembut. Suka Alia melihat senyuman Ikmal.

Alia makan lagi. Dia tambah sepinggan lagi nasi. Selera nya datang kembali. Sedikit demi sedikit dia dapat melupakan kesedihannya.

Selesai makan, Ikmal mengajak Alia ke satu tempat seperti yang dijanjikan. Setelah bersiap ala kadar, Alia bergerak masuk ke perut kereta milik Ikmal tanpa berkata apa2. Ikmal juga diam sehinggalah mereka sampai ke tempat yang dituju.

Ikmal memberhentikan kereta di pantai yang berhampiran. Alia turun dari kereta. Dia berjalan menelusuri pasir putih. Alia tenang disimbahi bau pantai yang segar dan angin sejuk. Ikmal mengekori Alia dari belakang membiarkan tunangnya bertenang seketika.

"Alia suka laut". Ujar nya perlahan. Dia berhenti memandang laut yang terbentang luas.

"Good! Tak sia2 Ikmal bawak Alia kat sini". Jawabnya.

Alia jalan lagi sambil menghirup udara segar.

"Alia cantik bertudung". Ikmal bersuara. Alia toleh sambil tersenyum.

"Kenapa Ikmal datang?". Soalnya tiba2. Alia berhenti di kaki air.

"Mak risaukan Alia. Sebab tu dia suruh Ikmal datang". Jawabnya ringkas. Ikmal bermain2 dengan batu2 kecil disitu. "Mak cerita dah. Semuanya". Sambung Ikmal perlahan.

Alia terdiam. Dia hela nafas panjang. "Jadi, Ikmal simpati?".

Ikmal menggeleng, "Tak! Cuma geram!". Jawabnya. Perlahan2 Ikmal mendekati Alia.

"Ikut Ikmal balik Kl. Ikmal jaga Alia dan mak kat sana. Ikmal tak senang Alia duduk sini, dengan keadaan sekarang ni lagi".

Alia pandang Ikmal sayu. Dia kembali menitiskan air mata. Alia terharu.

"Alia ingat Ikmal dah takkan datang". Ujarnya sendu.

"Ikmal call Alia banyak kali. Alia yang tak angkat". Seloroh Ikmal pula. Alia tergelak kecil.

Ikmal tersenyum. Senang hatinya melihat senyuman Alia. Dia bertekad. Apa2 pun jadi, dia ingin bawa Alia dan makcik Icah ke Kl. Setelah mendengar cerita dari Makcik Icah, hatinya turut disiat2. Orang menghina tunangnya. Dia turut merasa terpalit.

"Sorry. Alia takde mood nak angkat. Ikmal jangan marah ye?".

Ikmal mengangguk. "Ikut Ikmal, ye?". Soalnya kali terakhir. Dia tatap wajah Alia lama.

"Takpe ke Alia ikut Ikmal? Puan Hawa?". Soal Alia teragak2.

"Masih lagi 'puan'? Hurm, mama pun tak kisah bila Ikmal ajukan cadangan ni. Dia terima dengan hati terbuka. Alia dan mak boleh duduk dekat rumah sewa yang Nazim duduk dulu. Rumah tu kosong. Mama tak sewa dekat siapa2 pun. Daripada Alia duduk sini, orang tetap salah faham pada Alia. Ikmal tak sanggup nak dengar lagi". Ujarnya tenang.

"Kan Ikmal dah cakap, selagi hayat Ikmal ada, Alia akan Ikmal jaga". Sambung Ikmal. Dia tersenyum pandang Alia.

Ya Allah, inilah lelaki terbaik untukku.

"Belanja Alia cendol. Alia teringin pulak!". Selera nya kembali membuak2 setelah lama berkurung. Ikmal mengangguk. Mereka berjalan di persisiran pantai. Sesekali Alia bermain air. Hatinya terhibur.

Sampai di warung, Ikmal memesan dua cendol dan rojak. Mereka menikmati cendol dengan penuh selera. Sesekali Alia diusik nakal oleh Ikmal. Ada sahaja akal nya nak menggembirakan hati tunangnya. Riuh Alia gelak. Ceria kembali. Bila bersama Ikmal, dia merasakan dunia ini dia yang punya. Biarpun orang sekeliling ada yang memandang, Ikmal tetap hiraukan. Dia tak kisah. Asalkan Alia bahagia.

Sudah makan, Ikmal menghantar Alia pulang. Alia sudah berjanji akan mengikutinya ke Kl. Cuma dia perlukan masa untuk bersiap. Ikmal memberi dia tiga hari untuk menyiapkan apa yang perlu. Makcik Icah juga bersetuju untuk mengikutnya ke Kl. Dia juga sudah muak dengan mulut orang kampung terhadap anak perempuannya.

"Mak lega bila Ikmal ajak kita pindah ke sana. Mak suka sangat!". Butir bicara mak jelas bahagia.

Tapi,

"Abah macamana, mak? Kita bawak sekali ke?". Soal Alia tiba2. Lupa perihal bapa tirinya.

"Mak pun dah tak sanggup duduk dengan dia. Mak rela diceraikan. Kalau hari2 hidup mak asyik ditangankan, mak tak sanggup, Alia". Ujar mak sambil tangannya ligat melipat baju.

Alia tergamam. Sampai begitu sekali fikiran mak. Nampaknya mak betul2 dah tak sanggup hidup sebumbung dengan abah.

"Aku dengar nama aku disebut! Kenapa? Kau dah tak sanggup tinggal dengan aku?". Asmadi tiba2 bersuara di anak tangga. Alia dan makcik Icah terkejut.

"Aku macam kurang dengar lah! Apa kata kau ulang lagi sekali!". Asmadi mendekati isterinya. Baju yang dilipat, disepak ke tepi.

"Saya tak sanggup hidup macamni dengan abang. Lepaskan saya. Saya lagi tenang hidup dengan anak saya saja". Mak memberanikan diri. Alia mengetap bibir.

"Oh! Pandai dah sekarang! Dulu, kau terima aje aku bagi! Sekarang ni, dah tak sanggup pulak?". Soalnya sinis.

"Memang! Isteri mana sanggup hidup dengan suami kaki pukul macam abang ni. Bukan saya je, anak saya pun abang kaki kan jugak. Saya ni bukan tunggul". Balas Mak lagi. Asmadi ketawa terbahak2.

"Aku pun tak ingin kau ni lagi! Anak kau yang cacat ni, kalau aku simpan pun takde guna. Lain la kalau aku pakai body dia!". Asmadi pandang Alia seraya tersengih. Alia pandang jijik bapa tirinya.

"Jangan berani nak sentuh anak saya! Lepaskan saya! Saya pergi dari sini biar senang hati abang!". Ujar Makcik Icah tegak berdiri menghadap Asmadi.

"Ish3! Kau ingat aku nak lepas macamtu je? Kau tu dah tua, aku tak ingin pun. Anak kau ni, aku agak mesti sedap ni!". Asmadi mula mendekati Alia. Dia usap jambangnya yang tak dicukur.

"Abah! Istighfar! Alia ni anak abah!". Alia bangun. Terketar2 dia bersuara.

"Aku kisah apa kau anak aku! Anak tiri aje!". Balasnya angkuh. Alia berundur setapak demi setapak. Dia takut diapa2kan Asmadi.

"Saya kata jangan! Baik awak keluar dari rumah ni!". Makcik Icah menolak tubuh suaminya kuat. Dia terdorong ke dinding.

"Biadap kau! Aku pantang orang kacau aku!". Seraya melempang mak kuat. Alia menjerit. Tubuh mak terjatuh di bucu meja. Mak menjerit kesakitan.

"Kalau abah apa2kan mak, Alia jerit kuat2!". Alia mengugut.

"Kau nak jerit, jerit lah! Aku nak tengok siapa nak tolong kau sekarang?! Kau orang ni bodoh! Ingat aku ni senang2 ke nak lepaskan kau?! Kalau nak lepaskan, baik aku rasa dulu!". Asmadi mendekati lagi. Kali ini, Alia terperangkap.

"Jangan! Abah tolong jangan! Alia ni!". Rayunya. Asmadi sudah memaut lengan Alia kuat. Makcik Icah hanya mampu menjerit. Tak terdaya dia melihat suaminya memperlakukan anak perempuannya. Memg suami durjana!

Asmadi langsung tak menghiraukan teriakan Makcik Icah mahupun esakan Alia. Dia pegang kuat tangan Alia agar dia tak bisa melakukan apa2. Alia meronta kuat. Bau asap rokok memenuhi rongga hidungnya.

"Kau ni cantik. Lama dah aku syok kat kau ni. Cuma nasib kau cacat! Kalau tak, lama dah aku ambil jadi bini aku! Untung mak kau la sebab aku ambil dia". Ujarnya. Asmadi memandang Alia rakus. Nafsu binatang memenuhi ruang fikirannya.

"Abah kejam! Memang binatang!". Jerit Alia tepat ke muka Asmadi. Tapi, dia masih tak bereaksi apa2. Asmadi tak henti merenung wajah Alia yang seinci hampir dengannya.

"Kau cakap la apa pun. Aku tak kisah! Yang penting sekarang, aku akan dapat apa yang aku nak!". Ujarnya diselangi gelak kuat. Alia menangis.

"Ya Allah! Bantu aku! Tolong! Alia takut!

"Jangan abang! Tolong la jangan apa2 kan anak saya!". Suara mak tersekat2. Alia menggigil ketakutan.

Bibirnya pucat. Alia tak mampu nak mencerna apa2 saat ini. Dia takut!

Asmadi pegang tubuh Alia yang kurus. Dia suka! Dah lama dia mengidam tubuh ini di tangan nya. Alia menggeleng berkali2. Jijik rasanya dipegang oleh bapa tirinya.

"Tolong! Jangan buat Alia macamni". Rayunya. Alia memandang Asmadi penih pengharapan.

"Kau diam aje! Biar aku buat apa yang patut! Kau tak melawan, kau takkan sakit!". Asmadi tergelak. Alia menutup mata rapat. Air mata deras mengalir.

Sedang elok Asmadi membelai tubuh Alia yang ketakutan, dia tarik rambut Alia membuatkan Alia terdongak ke belakang. Asmadi benamkan mukanya ke leher Alia.

"Ya Allah!". Terketar2 suaranya. Alia meronta lagi. Tapi, tiada daya untuk dia lagi. Makcik Icah menangis tak mampu melakukan apa2.

Berkali2 dia mengucup rakus leher anak tirinya. Puas Alia meronta tapi Asmadi langsung tak mengendahkan. Dia capai pingggang Alia lalu ditarik kasar merapati tubuhnya. Alia merasa jijik!

"Tolong! Abang tolong lah! Saya merayu kat abang!". Jerit Makcik Icah lagi. Dia tak sanggup melihat perlakuan suaminya. Makcik Icah cuba menjerit tapi tiada sesiapa yang muncul membantu.

"Sedap kau ni! Manis!". Ujar Asmadi perlahan. Alia menangis kuat.

Dengan tangan yang terketar2, bibir yang menggigil, Alia gagahkan diri menjerit meminta bantuan. Dia mengharapkan ada sesiapa yang tolong.

"Tolong! Tolong Alia!". Jeritnya kuat. Asmadi semakin rakus di leher Alia.

"Assalamualaikum! Alia!". Suara Ikmal kedengaran. Alia merasakan pertolongan Allah yang maha hebat.

Asmadi terkejut. Siapa pulak yang kacau hari dia! Alia segera menjerit sekuat hati menyebut nama Ikmal.

"Hoi!". Ikmal menjerit melihat Asmadi yang sedang rakus memeluk tunangnya. Asmadi tolak tubuh Alia ke tepi. Dia segera berlari melewati pintu belakang.

Alia yang tersandar di tepi menangis semahunya. Dia cakar tubuhnya yang jijik dibaham abah tiri. Alia benci Asmadi!

"Alia! Awak ok tak? Jom! Saya bawak awak balik!". Ikmal kalut melihat Alia yang meraung kuat. Ikmal berlari ke bilik mendapatkan sehelai tudung untuk menutupi rambut Alia. Hatinya sakit melihat Alia yang menangis sendu. Bajunya koyak di bahu. Mujur Ikmal memakai jaket. Dia buka lalu disarungkan ke tubuh Alia. Seelah itu, Ikmal mendapatkan makcik Icah yang sudah tak bermaya.

Kereta dihidupkan. Ikmal papah makcik Icah ke dalam kereta. Alia turut dibawa sekali. Sakit hatinya mengenangkan apa yang baru sahaja dilihat. Memang dasar bapa tiri keparat! Mujur Ikmal berpatah balik. Hatinya merasakan tak senang. Dia membelok setelah hampir masuk ke simpang pekan. Di dalam kereta, tak henti2 makcik Icah memohon maaf kepada anaknya. Alia sudah tak mampu bersuara. Dia hanya mengalirkan air mata yang entah bila akan surut. Ikmal menggenggam stereng kuat. Dia akan pastikan Asmadi menerima balasan atas perbuatannya.

"Alia, kita dah sampai". Ujar Ikmal. Kereta berhenti betul2 dihadapan sebuah klinik. Alia langsung tak memandang dirinya.

"Kita cek Makcik Icah dulu, kemudian Alia, ye?". Tenang suara itu kedengaran walau hakikatnya pedih hati melihat keadaan kesayangan hatinya.

"Alia taknak". Perlahan suara Alia. Dia menangis lagi.

"Alia, dengar cakap Ikmal, please! Alia kena periksa keadaan Alia takut apa2 yang luka. Ikmal takkan biarkan Alia macamni". Jawabnya.

"Alia takde apa2. Bukan dia lukakan Alia pun". Balas Alia.

Dia 'lukakan' tubuh Alia, Ikmal!

Ikmal mengeluh, "Alia tunggu sini. Ikmal bawa Cik Icah ke dalam dulu". Ikmal pasrah. Dia keluar dari kereta lalu memimpin Makcik Icah masuk ke klinik.

Alia dibiarkan sendiri. Dia meraung lagi. Wajahnya ditekup. Apa nasib yang sudah menimpa dirinya ini? Kenapa tak habis2 dia ditimpa malang?

Alia tersandar lesu. Mungkin ini sudah suratan takdir yang diberikan. Mungkin orang cacat sepertinya memang langsung tak terbela. Alia bungkam.

Setelah setengah jam Ikmal di dalam klinik, dia keluar dengan membawa Cik Icah. Alia kesat air mata. Dia malu ingin berhadapan demgan Ikmal.

"Alia, jom masuk!". Panggil Ikmal dari luar kereta. Makcik Icah pandang anak perempuannya.

"Alia, betul Alia tak apa2?". Soal Mak melihatkan Alia yang diam tak berkutik.

"Hurm".

Ikmal mnegeluh. Dia turutkan juga kemahuan Alia. Ikmal masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Dia terus memandu pulang. Entah apa agaknya respon mama nanti.

_________________

"Ya Allah! Apa yang dah jadi ni?". Soal Puan Hawa terkejut melihat Alia yang tak bermaya. Bertambah terkejut melihat Makcik Icah yang dipimpin oleh anak bujangnya.

Lili mendapatkan Alia lalu memimpin masuk ke ruang tamu. Dia terkejut melihat Alia yang tak henti2 menangis. Jaket Ikmal tersarung kemas di tubuhnya.

"Along, kenapa Alia?". Soal Lili cemas. Dia berlari ke dapur untuk membawa air putih buat Alia dan Makcik Icah.

Ikmal duduk. Dia merenung lama Alia. Lili datang membawa dulang berisi air kosong lalu duduk di sebelah Alia. Tangan digenggam erat. Alia menangis di bahu Lili.

"Kenapa along? Cerita pada mama. Kenapa ni, kak?". Soal Puan Hawa pada makcik Icah. Ikmal mendengus kasar.

"Bapa tiri Alia. Dia.. dia.."

"Dia kenapa?". Puan Hawa mendesak. Sesak nafasnya melihat dua insan dihadapannya lemah tak bermaya.

"Dia hampir merogol Alia". Perlahan Ikmal menjawab. Seisi rumah terkedu dengan perkhabaran yang baru diterima.

"Allahu Akbar! Astaghfirullah! Kak, betul ke ni kak? Akak, kenapa lebam ni?". Soal Puan Hawa pula. Dia belek2 tangan Makcik Icah.

Alia menangis semahunya di bahu Lili. Perlahan2 dia mengusap bahu Alia. Dia juga terkejut bercampur marah. Kenapa ada yang sanggup berlaku kejam pada anak tiri sendiri?

"Saya tak tahu nak buat apa lagi. Dia terlalu marah saya nak tinggalkan dia. Dia tolak saya ke bucu meja. Alia pulak..". Tak sempat Makcik Icah menghabiskan ayat, dia menangis teresak2. Puan Hawa menenangkan bakal besannya.

"Macamana along tau? Bila along sampai?". Lili pandang Ikmal tak sabar.

"Along tak sedap hati. Along patah balik ke rumah Alia. Bila dengar Alia jerit, along nampak Asmadi cuba biat sesuatu pada Alia. Along tak sempat kejar. Dia dah lari". Cerita Ikmal dengan payah.

Suasana muram. Makcik Icah ditenangkan oleh mama. Alia pula tersandar lesu dipelukan Lili. Dia raup wajahnya berkali2.

"Mama, cepatkan pernikahan along. Along tak sanggup tengok Alia macamni lagi". Tiba2 Ikmal bersuara. Alia pandang Ikmal lama.

"Mama pun setuju. Kak, kita langsungkan cepat sikit, ye? Saya pun tak sampai hati tengok Alia jadi macamni. Sementara ni akak dengan Alia tinggal dekat rumah saya. Nanti, baru saya uruskan rumah sewa untuk akak. Alia, kita cepatkan ye?".

Alia tak tahu nak kata apa. Dia takut. Kejadian tadi bermain2 di fikirannya. Alia pegang tangan Lili, menggigil2.

"Saya taknak awak terseksa macamni. Saya nak cepatkan nikah kita. Awak jadi isteri saya". Ulang Ikmal lagi. Dia memohon pengertian.

Alia menggeleng laju. Dia taknak. Tak mungkin dia akan bernikah setelah apa yang terjadi. Ikmal sudi menerima dia lagi? Dia dah kotor. Dia jijik. Badannya diratah bapa tiri. Alia tak mahu.

"Alia taknak". Pendek ayat yang dituturkan. Semua yang mendengar terkedu.

"Alia, kenapa ni? Kenapa tiba2 taknak pulak ni?". Makcik Icah kalut.

Jangan yang pelik2 budak Alia ni!

"Kenapa? Alia tak suka saya cepatkan?".

Alia mengetap bibir. Dia tak mampu nak meluahkan.

"Kenapa ni? Cuba cerita kat kami". Pujuk Lili lembut. Dia usap lengan Alia.

Alia masih mendiamkan diri. Sedari tadi hanya menangis dan menggeleng kepala. Naik bingung Ikmal melihat.

"Alia taknak". Dia terus berlari ke luar rumah. Ikmal sempat mengejar sebelum Alia menjauh.

"Alia!". Ikmal tahan Alia. Tercungap2 Ikmal dibuatnya.

"Kenapa? Apa yang tak kena?". Soalnya lagi. Dia takkan berpuas hati selagi Alia tak memberi jawapan.

"Alia mintak maaf. Alia tak boleh".

"Ya, saya tau tapi kenapa? Apa yang tak kena?".

Dua2 diam. Ikmal menghembus nafas perlahan. Tengkuknya diurut lembut. Kenapa dengan kau, Alia?

"Ikmal buta ke? Ikmal tak nampak apa yang abah buat kat Alia?". Tersedu2 Alia menuturkan ayat. Ikmal kelihatan bingung.

"Ya, Ikmal tau dan Ikmal nampak. Jadi?".

Sungguh, dia memang betul2 tak faham.

"Alia tak boleh! Alia jijik dengan diri sendiri. Alia tak mungkin akan nikah dengan Ikmal". Kali ini, dia lari dari Ikmal. Namun, sempat Ikmal menarik lengan Alia kuat.

"Alia! Apa yang awak cakap ni? Tolong jangan buat Ikmal macamni. Alia tau kan Ikmal sayang Alia. Apa pun yang jadi, Ikmal tetap terima Alia seadanya".

Alia tekup kedua2 belah telinganya. Dia tak sanggup! Tak sanggup lagi menerima kebaikan Ikmal padanya. Dia rasa bersalah!

"Pandang saya!". Suaranya sedikit meninggi. Dengan sisa air mata, Alia pandang wajah Ikmal.

Di..dia menangis?

"Saya terlalu cintakan awak. Awak ingat apa yang jadi kat awak, saya langsung tak kisah? Saya sakit hati, Alia! Hati saya ni macam disiat2 tengok awak diperlakukan macam tu. Saya rasa saya dah gagal jadi pelindung awak. Saya rasa bodoh sebab tak cuba kejar abah awak masa tu. Yang saya tau, hanya awak, Alia. Otak saya, mata saya semua terfikir awak je. Pandang saya, Alia. Kalau awak kata tak boleh nak teruskan pernikahan ni, awak kejam pada saya". Luahnya sayu. Alia tertunduk menangis.

Ya Allah, kau hadirkan dia di saat aku jatuh.

"Awak segalanya pada saya. Awak nak kata yang awak jijik dengan diri sendiri? Saya takkan sesekali fikir macamtu. Awak tetap suci pada saya. Alia, jangan buang saya dari hidup awak, please!". Ikmal melutut pada Alia.

Segala sakit, pedih, geram dan marah dikeluarkan sehabis mungkin dengan air mata. Dia lelaki tapi dia juga manusia. Bukan bermakna dia lemah. Tapi, dia juga punya perasaan dan hati.

"Saya ni dah macam sampah dibuatnya. Awak takkan sanggup terima diri saya".

"Saya sanggup! Apa pun jadi, saya tetap cintakan awak! Hati saya ni, tak mampu nak pandang aje semua ni jadi. Hati saya ni, sakit sangat! Tolong, jangan tinggalkan saya. Saya mohon pada awak, Alia". Rayunya lagi. Dia sudah tidak menghiraukan akan adanya orang sekeliling.

"Tolong Ikmal. Fikir balik. Saya taknak awak menyesal".

Ikmal mengucap panjang. Dia raup wajahnya kasar. Entah ayat apa lagi yang perlu dia guna supaya Alia terima dan percaya padanya. Ikmal bangun. Dia pandang wajah Alia dengan mata yang merah.

"Ingat sampai bila2. Saya sayang awak. Saya tetap akan tunggu awak biar bertahun pun. Saya tetap tunggu, Alia". Ikmal berjalan masuk ke rumah dengan juraian air mata.

Puan Hawa dan yang lain turut merasa simpati melihatnya. Makcik Icah kelu tak tahu apa yang patut dilakukan. Anak gadisnya trauma. Lili datang mendekati Alia, cuba memujuk.

"Alia, jangan ingat yang dah jadi. Kami semua ada dengan Alia". Pesannya. Dia memeluk bahu Alia. Air mata diseka perlahan.

"Alia ni dah diratah ayah sendiri. Dia dah buat badan Alia ni macam sampah. Ikmal masih nak teruskan jugak?". Soalnya dalam esak tangis.

"Along cintakan Alia. Once dia kata ya, means dia betul2 yakin dengan diri dia. Along sanggup untuk sehidup semati dengan Alia. Cuba Alia lupakan apa yang berlaku and slow2 terima along, ok?".

Alia diam. Dia serabut dan keliru. Otaknya tak mampu nak mencerna dengan baik.

"Alia nak rehat, penat".

Lili memimpin Alia pulang. Di rumah, Ikmal sedang berbaring sambil menutup muka di sofa. Alia sempat memandang sekilas.

Ikmal, maafkan Alia.

Dia ingin tidur. Dia ingin melupakan segala2 yang dah berlaku. Alia berharap hari esok adalah hari baru buatnya dan dia dapat melupakan kekejaman bapa tirinya. Alia dibawa rehat ke bilik lamanya. Setelah membiarkan Alia seketika, Lili tutup pintu rapat. Dia juga mengharapkan perkara yang sama.

"Alia tidur?". Tegur Ikmal.

"Dah, baru je. Erm, along ok?". Soal Lili prihatin. Dia lihat along nya muram.

"Cuba". Sepatah dia menjawab. Lili tepuk bahu Ikmal memberi kekuatan.

"InsyaAllah, pasti ada jalan". Ikmal mengangguk.

Dia berdoa agar Allah bukakan jalan buat mereka berdua. Ikmal biarkan Alia rehat. Tenang dari masalah yang membelenggu hidupnya. Biar esok, hari bahagia buat mereka tiba.

                    __________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience