Bab 2

Romance Completed 21567

"Mak! Alia nak ikut Nazim tau!".

Jerit Alia dari luar rumah. Semalam, puas dia memujuk mak untuk kali yang ke berapa agar bersetuju dengan cadangannya. Abah sudah lama membangkang. Alia langsung tidak memperdulikan keputusan bapa tirinya itu. Dia tetap mahu mengikuti sepupunya mencari kerja. Nazim yang sedang berdiri di tepi ampaian hanya mampu memandang.

"Alia! Jangan kamu nak gatal2 keluar! Tau dek abah kamu, masak kamu kena tali pinggang dia lagi". Pesan mak yang sedang memegang senduk nasi.

"Alah! Biarlah abah tu. Alia nak ikut jugak, muktamad! Alia pergi dulu, eh? Bye mak!". Terus Alia berlari mengheret Nazim sekali. Terkejut makcik Icah melihatnya.

Risau bukan kepalang. Pasti suaminya mengamuk nanti.

Setelah jauh sedikit dari rumah, Nazim berhenti di simpang jalan.

"Kau berani ke ni? Pakcik Madi marah nanti. Aku tak sanggup nak tengok dia mengamuk". Ujar Nazim tercungap2. Peluh diseka laju.

"Kau kisah kenapa? Abah aku pun. Dah lah, lagi lama kita kat sini, lagi banyak kau merepek!". Ujar Alia lagi. Dia menarik lengan Nazim, tapi dihalang.

"Kalau kau kena libas lagi?". Soal Nazim serius.

"Ish, kau ni! Dah kena libas, terima jelah". Jawab Alia selamba. Nazim pula yang merasa canggung.

"Kau balik lah! Nanti Pakcik Madi mengamuk. Aku kesian kat kau". Bangkang Nazim. Dia mula berjalan menuju ke rumah Alia kembali.

"Kalau kau balik rumah aku, aku taknak jumpa kau lagi!". Jerit Alia kuat. Nazim berhenti.

Part ni la yang payah sekali! Susah betul kalau Alia dah mula nak ugut2.

"Alia, aku ni kesian kat kau. Pakcik Madi tu bukan betul sangat. Dia tak bagi tu, kau ikut jelah cakap dia. Aku janji aku carikan kau kerja lain kali". Dia membuat perjanjian. Perlahan2 mendekati Alia yang sedang mencuka.

"Aku taknak! Kau cakap la apa pun, aku taknak dengar. Aku nak kerja jugak. Tolong la Nazim. Kau kan sepupu aku paling baik sekali! Nanti aku belanja kau kfc, amacam?". Umpan Alia lagi. Dia memandang Nazim dengan wajah yang sedih.

Nazim serba salah. Kepala yang tak gatal digaru berkali2. Apa nak buat ni?

"Er, kali ni je eh? Kalau pakcik Madi marah kau, cepat2 lari rumah aku?".

Alia tergelak. Bahu nya dipukul lembut.

"Janji lah! Nanti aku lari rumah kau. Dah, jomlah cepat!".

"Kejap2! Apesal pipi kau ni? Kau kena lempang, eh?". Nazim membuat soal selidik. Alia terkedu.

"Alah, takde apa2 lah! Aku terhantuk. Er, dah lah, jom!". Alia segera menarik tangan Nazim bimbang akan ada soalan lain. Nak tak nak, terpaksa juga dia menurut kata Alia.

Mereka berjalan kaki sehinggalah ke pekan. Panas terik diabaikan demi semangat yang membuak2 untuk mencari pekerjaan. Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk, tapi jawapan yang mereka terima hampa. Rata2 semua sudah mempunyai pekerja yang cukup. Mereka ke kedai komputer, takde kerja kosong. Ke kedai makan pun, takde kerja kosong. Malahan kerja sebagai tukang basuh pinggan pun sudah penuh.

"Alia, nampaknya macam takde lah! Kita balik la". Ajak Nazim. Dia menyedut air kotak dipegangan.

"Apa lah kau ni! Tak sampai sejam kita kat pekan, dah nak balik? Jom, kita pergi sana tu. Ada lagi kedai tu". Alia menarik lengan Nazim menuju ke sebuah restoran di simpang jalan.

Dari jauh kelihatan restoran penuh dengan orang ramai yang datang untuk menjamu selera. Nazim segera menuju ke kaunter bagi bertanyakan kerja kosong.

"Bang, kat sini ada kerja kosong tak?".

Lelaki berumur lingkungan 50 an itu memandang Nazim.

"Kerja apa? Kalau pelayan, takdelah!". Ujarnya kasar.

"Cuci pinggan pun jadi lah!". Nazim mencuba. Dia pandang wajah lelaki melayu dihadapannya.

"Cuci pinggan? Sanggup ke?". Soalnya. Nazim segera mengangguk laju.

"Tapi bang, saya dengan sepupu saya sekali la".

Lelaki itu memandang Alia dari atas ke bawah. Pandangan pelik.

"Budak cacat ni? Kerja apa yang dia boleh buat? Dah, tak payah lah! Buat susah aku je! Dah balik2!". Halau lelaki itu. Berubah wajah Nazim.

"Bang, kalau taknak bagi kerja sekalipun, jangan nak hina orang! Apa punya manusia la abang ni! Otak ada tapi letak kat lutut!". Marah Nazim seraya berlalu keluar dari restoran itu. Alia yang sedari tadi diam, hanya mampu tersenyum.

"Takpelah, takde rezeki". Hanya itu sahaja jawapan yang terbaik. Meskipun Alia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya, Nazim seakan sudah dapat menebak.

"Kau tak payah sedih. Bangsa melayu sendiri tak tolong sesama bangsa. Orang macamtu semuanya bodoh! Dah la, kita balik je lah!".

Alia menurut. Kali ini dia takkan berkata apa2. Sebak juga hatinya. Kalau bukan sesama manusia tolong, siapa lagi?

Alia dan Nazim mula berjalan kaki balik ke rumah. Panas terik terpaksa dihadap. Masing2 diam tak berkutik. Nazim leka memandang kereta yang lalu lalang. Alia pula seakan hilang dengan dunianya sendiri.

"Kau nak kerja ni, kenapa?". Soal Nazim tiba2. Bahu Alia dicuit perlahan.

"Erm, saja. Bosan duduk rumah. Lagipun, aku nak jugak merasa ada duit banyak. Boleh belanja mak, belanja kau!". Jawabnya ceria. Bunga matahari ditepi jalan dicabut.

"Wey! Kau cabut kenapa? Kesian la bunga tu". Marah Nazim. Tergelak Alia memandang. Bunga matahari yang sudah pun berada di pegangan tangan dihulurkan kepada Nazim.

"Ambillah! Dulu kan, ayah selalu cakap kat dunia ni Allah ciptakan bermacam2 jenis manusia dan benda. Macam bunga, ada banyak spesies bunga kat dunia ni. Semua ada keistimewaan tersendiri. Sama macam aku. Ada keistimewaan sendiri. Kan, Nazim?".

Nazim tersenyum. Bunga matahari dipegang lama.

"Jadi, aku takkan rasa sedih lah! Lagipun, aku nak buktikan yang aku pun boleh berdikari sendiri. Tak perlukan bantuan orang sentiasa!". Jawabnya lantang. Angin petang menampar pipi sepoi2 bahasa.

"Betul! Aku bangga dengan kau! Kalau kau terus berdikari, aku yakin orang kat luar sana tu mesti terbuntang mata dengan kau!". Sokong Nazim pula.

Mereka sama2 ketawa. Langkah diatur perlahan. Sepanjang perjalanan, ada sahaja perkara yang diborakkan. Tak Alia mengekek gelak, Nazim yang ketawa. Langsung tak menghiraukan orang sekeliling.

"Amboi! Dari mana tu?". Soal Maklong Aida. Terdiam Alia sekejap.

"Kitorang dari pekan, maklong. Alia ikut Nazim cari kerja". Jawabku jujur. Aku melangkah menghampiri Maklong Aida.

"Dapat ke? Ada ke yang terima kau?". Perli Maklong Aida. Berubah air muka Alia.

"Mak! Apa cakap macamtu? Tak baik la". Tegur Nazim tak puas hati. Wajah mak nya dipandang lama.

"Erm, takpelah maklong. Alia balik dulu ye. Assalamualaikum!". Lantas Alia berlari anak balik ke rumah. Malas ingin mendengar perlian mak sedaranya.

"Mak! Kesian Alia. Kenapa mak cakap macamtu? Kan sedih dah dia!". Marah Nazim. Dia melabuhkan punggung di meja batu bersama mak nya.

"Apa betul lah mak cakap. Ada ke nak dia yang cacat tu kerja? Salah ke mak tanya? Dah dia yang nak terasa lebih!". Maklong Aida mengipas2 lehernya yang panas.

"Kot ya pun, jangan lah cakap macamtu. Terasa Alia nanti". Bela Nazim lagi.

"Ala kau tu! Semua mak cakap, salah aje kat kau! Bela sangat la budak cacat tu. Apa lah yang berguna sangat dia tu? Tak lain, kau mesti syok sangat la tu kat dia?". Bebel Maklong Aida. Terbatuk Nazim mendengarnya.

"Apa lah mak ni. Kitorang ni sepupu je. Mana pulak Nazim suka dia. Dia tu dah macam adik Nazim dah!". Balas Nazim laju. Buah rambutan dipetik lalu digigit ke dalam mulut.

"Malas lah mak nak layan kamu tu. Ni, dah makan ke? Ke, kau pergi mengendeng dekat Cik Icah kau tu?". Soal Maklong Aida. Dia pandang anak teruna nya itu.

"Dah! Habis dah mak tak masak. Nazim pergi lah rumah Cik Icah. Paling2 pun kenyang, mak!". Perli Nazim. Sudahnya, Maklong Aida terdiam lantas masuk ke dalam rumah.

Nazim termenung. Pasti Alia terasa dengan kata2 mak nya. Apa yang boleh Nazim buat. Mak nya memang macamtu. Dia pun hairan kenapa mak nya sendiri tak suka dengan anak buah sendiri.

"Nazim, masuk! Buat apa lagi kat luar panas tu?!". Jerit maklong Aida dari luar. Nazim bingkas bangun. Lagi lama diluar, boleh naik bingit telinga nya nanti.

           ______________________________

"Nazim, kau cari kerja ke pagi tadi?".

Soal Pak Kassim, ayah Nazim. Dia melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Surat khabar dicapai lalu diselak ke helaian yang ingin dibaca.

"Try je, yah. Mana tahu dapat. Pergi dengan Alia tadi". Terangnya. Matanya tak lepas memandang siaran di kaca tv.

"Erm, elok lah. Tapi, dapat tak? Kenapa kamu tak kerja dengan Ikmal kawan kamu tu je? Kamu pun bukannya takde kelulusan. Umur kamu pun bukannya makin muda. Dah 25 pun. Kalau macamni, apa gaya nya nak bagi anak orang makan nanti?". Bebel Pak Kassim pula.

"Apa lah ayah ni. Ke situ pulak. Nazim muda lagi. Biar lah Nazim cari kerja yang sesuai dulu. Lagipun, Nazim belum nak berumah tangga lagi". Bidas Nazim.

Maklong Aida mendekati dengan menatang dulang berisi air kopi. Nazim menyambut.

"Betul tu Nazim! Kamu tu bukan nya muda. Masa tengah elok ni la kamu cari kerja yang sesuai dengan kamu tu, simpan duit banyak2. Kamu pun, takkan taknak kahwin? Ramai anak dara kat kampung ni ha. Tu Ain anak Pak Leman tu. Cantik mak tengok. Tak berkenan ke?". Usul Maklong Aida. Tergelak dibuatnya.

"Ish, mak ni! Ada2 je. Nazim ni tak fikir lagi nak kahwin. Biar la Nazim enjoy dulu. Nanti kalau dah ready, Nazim kahwin lah". Dia mencapai henset. Mesej dari Alia diterima.

"Ha, sengih2 tu dah kenapa? Budak Alia la tu ye? Kalau dia la kamu berkenan, mak tak setuju! Tak padan dengan cacat nya. Cari orang lain yang boleh hidup dengan kamu!". Tiba2 suasana dingin. Nazim terdiam.

"Apa mak ni? Sudah2 lah tu. Nazim takde apa2 pun dengan Alia. Dia dengan Nazim kan sepupu. Kitorang kawan aje. Mak ni pun, janganlah cakap macamtu. Kecik hati Alia dengar nanti". Nasihat Nazim lembut. Maklong Aida mencebik.

"Yelah kamu tu! Mak tengok bukan main lagi kamu jaga dia tu. Sikit2 Alia. Apa2 pun Alia. Ingat Nazim, mak tak berkenan budak tu. Cari orang lain!". Pesan Maklong Aida untuk kali terakhir. Nazim mengeluh.

"Ikut ajelah kata mak kamu tu, Nazim. Nanti kang dikatanya kamu derhaka. Ayah terima siapa2 pun kamu pilih. Eh, dah la. Ayah masuk bilik dulu. Mak kamu tu kalau dah marah, nanti mahu tsunami rumah ni. Kamu jangan tidur lewat ye". Pak Kassim bangun meninggalkan Nazim sendiri.

Mesej dari Alia dibaca sekali lagi.

Nazim, aku tak kena rotan lah! Mak tolong cover aku! Hehe

Nazim tersengih. Ada saja akal nya budak ni. Nazim menekan butang reply,

Esok aku datang rumah. Pastikan Pakcik Madi takde tau. Seram aku! Hehe

Send!

Nazim mencampak henset ke atas meja. Matanya kembali terarah pada siaran tv. Malam masih muda lagi untuk dia tidur. Kata2 mak nya bermain di minda. Salah ke kalau Alia menjadi pilihan dia? Tak layakkah Alia untuk berpasangan? Ah! Yang pasti sekarang dia perlu mencari kerja. Mungkin dia patut mempertimbangkan cadangan Ikmal dulu.

                _________________________

Pagi ini Alia bangun awal. Pagi2 lagi dia sudah ke dapur bagi menyiapkan sarapan pagi. Harini menu sarapan ialah cekodok pisang dan air kopi.

Makcik Icah pula baru sahaja keluar tadi, menghantar baju yang ditempah orang. Pakcik Asmadi pula tak bangun2 lagi. Alia bernyanyi kecil di dapur. Senang hati. Harini Nazim akan datang awal. Sebab itulah Alia membuat sarapan. Kebetulan cekodok pisang merupakan kesukaan Nazim.

Setelah siap menyediakan sarapan, Alia bergegas pula ke bilik untuk mandi. Rutin harian Alia setiap hari. Jam baru pukul 9 pagi. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

Setelah lima belas minit membersihkan diri, dia segera menyarung baju tshirt ke tubuh. Teringat masa kecil2 dahulu, ayah Alia akan memaksa Alia untuk mandi dan memakai baju sendiri. Terkial2 dia melakukan sendirian. Sampai menangis dibuatnya. Mak pula memang takkan tolong. Dah dipesan siap2 oleh ayah. Saban hari Alia berlatih sendiri hingga akhirnya, dia berjaya mandi dan memakai baju sendiri. Tambahan lagi, segala pekerjaan di rumah, Alia yang uruskan.

"Assalamualaikum! Alia!".

Suara Nazim kedengaran. Alia capai penyepit rambut lalu menyepit rambut lebatnya. Setelah siap, Alia terus keluar rumah.

"Jom lah naik! Aku buat sarapan". Pelawa Alia. Nazim mengekori langkah Alia ke dapur. Bau air kopi semerbak menusuk rongga hidungnya.

"Sedap nya bau air kopi! Kau memang terbaik lah! Air kopi kau juga paling sedap kat kampung ni!". Puji Nazim melangit. Alia tergelak kecil. "Poyo la kau ni!".

Mereka berdua duduk menghadap antara satu sama lain. Nazim menuang air kopi buat Alia. Cekodok dicapai lalu digigit rakus. "Sedap giler! Aku nak bawak balik lah! Macamni gemuk la aku". Nazim bercanda. Dia mengambil sebiji lagi cekodok lalu disuakan kedalam mulut.

"Makan lah! Aku buat banyak. Memang buat untuk kau pun. Eh, pagi2 kau datang sini, maklong tak marah ke?".

Nazim menggeleng.

"Mak pagi2 dah keluar dengan ayah. Tak pulak aku tanya kemana". Jawabnya ringkas. Air kopi dihirup perlahan.

"Cik Icah mana?". Soal Nazim pula.

"Pergi hantar baju. Kejap lagi balik la tu". Alia bangun mengambil pinggan kecil beserta cawan.

"Kau nak buat apa pinggan tu?". Soalnya pelik. Dia memandang tingkah Alia yang meletakkan beberapa biji cekodok kedalam pinggan kosong dan menuang air kopi.

"Untuk serigala kat dalam tu". Bisik Alia perlahan. Nazim mengangguk faham.

Perlahan2 Alia mendekati bilik mak nya. Setelah mengetuk beberapa kali, Alia masuk untuk meletakkan dulang tersebut di sisi katil. Setiap pagi, itulah rutin Alia. Menghidangkan sarapan buat Asmadi. Malas katanya nak keluar makan.

Nazim hanya mampu melihat. Kesian Alia. Sanggup bapa tirinya memaksa Alia membuat semua kerja2 itu. Sudah lah Alia tak sempurna, dipaksa pula menghantar dulang ke bilik.

"Kau tak payah la nak ikutkan sangat kehendak Pakcik Madi!". Marah Nazim. Dia duduk bersandar di kerusi. Menemani Alia pula untuk bersarapan.

"Nanti dia mengamuk kalau tak buat macamtu". Selamba Alia menjawab. Cekodok digigit lembut.

"Cik Icah tau tak ni?".

Alia mengangguk lemah. Masakan mak nya tak tahu. Tiap2 hari, inilah yang dipesannya. 'Alia, jangan lupa sarapan abah'.

"Ish, kau ni! Geram pulak aku dengan Pakcik Madi ni. Suka2 je nak arahkan kau buat semua tu!". Marah Nazim lagi. Dia pandang Alia yang masih diam.

"Alia, lain kali kau cakap dekat abah kau tu, suruh dia buat semua sendiri. Jangan malas sangat nak suruh2 orang!".

Alia mendengus.

"Kalau aku berani, lama dah aku cakap. Kau ingat senang2 je ke dia nak turut apa aku cakap? Silap haribulan makan tangan aku ni!". Balas Alia pula. Hilang selera nak makan.

"Takdelah, aku kesian kat kau. Hari2 kau kena buat macamtu. Cik Icah tak pulak disuruhnya. Sedangkan tu isteri dia pulak!".

Alia terdiam. Betul kata Nazim tu. Kenapa isteri dia tak disuruh buat. Sedangkan aku anak tirinya pulak yang kena sediakan? Pelik!

"Suruh apa? Apesal aku dengar nama aku ni?!". Sergahan Asmadi membuatkan Alia tersedak. Nazim terdiam. Tak berani bertentang mata dengan Asmadi.

"Kenapa Alia? Kau dengar hasutan apa? Budak mentah ni cakap apa?!". Soal Asmadi lagi. Kali ini dia duduk satu meja dengan Alia.

"Er.. ta..takde apa2 abah. Kitorang cakap p..pasal benda lain!". Terketar2 Alia menjawab. Cekodok diletak kembali kedalam pinggan.

"Aku rasa aku tak salah dengar! Kau! Apa yang kau hasut anak aku?!".

Nazim diam. Perlahan2 dia memandang Asmadi yang sudah bengis.

"Kenapa Pakcik Madi paksa Alia buat semua tu? Dia kan kecil lagi. Pakcik Madi takde tangan ke nak ambil makanan sendiri?". Lantang Nazim bersuara. Entah macamana dia boleh berani seperti itu.

Asmadi memandang tajam. Sakit hatinya bila diceramah oleh budak kecil!

"Kau apa tau! Tu anak aku, suka aku la nak suruh dia buat apa pun!". Tengking Asmadi.

"Anak tiri je. Kenapa Pakcik Madi tak suruh Cik Icah buat? Kenapa kena suruh Alia pulak?!". Nazim tak berpuas hati. Dia semakin galak menambah minyak kedalam api.

"Kurang ajar!".

Serentak itu, Asmadi mencapai tali pinggang yang sedia tersangkut di dinding. Ditarik lengan Nazim lalu dilibas belakang badan anak muda tersebut.

Tapi, Nazim hanya mediamkan diri menahan libasan tali pinggang tersebut. Alia sudah menangis. Berkali2 dia merayu agar Asmadi berhenti.

"Abah, tolong jangan buat Nazim macamtu! Abah! Nazim tak salah! Jangan pukul dia!". Alia cuba menarik lengan sasa Asmadi berkali2 tapi tak berjaya. Dia tarik pula tali pinggan tersebut, tapi Asmadi sempat menarik ke genggaman.

"Kau tepi!". Ujar Asmadi garang. Alia memegang lengan Asmadi lagi. Cuba menghalang dari amukannya terhadap Nazim.

"Taknak! Abah tak boleh pukul Nazim. Dia tak salah!". Bela Alia teresak2. Nazim di belakangnya hanya diam.

"Alia, tepi! Biarkan aku kena!". Ujarnya. Dia lagi rela dipukul dari Alia yang menghadapinya.

"Kau ni gila ke? Sakit tau tak?!". Marah Alia. Asmadi yang tak sabar, terus melempang Alia lalu menolak dia kuat ke dinding. Terhantuk Alia dibuatnya. Nazim yang terkejut, terus bangun mendapatkan Alia.

"Apa Pakcik Madi ni?! Dah gila ke?!". Jerit Nazim. Dia memegang tubuh Alia yang tersandar lesu di dinding.

"Kau kurang ajar dengan aku dulu! Kau terima lah balasannya. Kau pun Alia! Nak sangat kan? Aku bagi sekali!". Lantas Asmadi melibas kedua2nya sekali. Nazim segera memeluk Alia bagi melindungi tubuhnya terkena libasan itu. Sedaya upaya dia menahan sakit. Alia menangis lagi. Dia tahu Nazim melindunginya. Pasti berbirat badan Nazim.

"Ya Allah! Abang! Apa abang buat ni?!". Sergah mak dari anak tangga. Dia berlari mendapatkan Alia dan Nazim yang sudah tersandar lesu.

"Nazim, kau ok tak ni?". Soal Alia. Dia menggoncang tubuh Nazim kuat. Berkerut wajah Nazim menahan sakit.

"Puas hati aku! Budak berdua ni biadap! Nak sangat aku tibai, dapatlah!". Ujar Asmadi tanpa rasa bersalah. Tali pinggang dicampak ke lantai. Dia lantas pergi meninggalkan mereka semua.

"Ya Allah, Nazim! Kau cakap apa kat Pakcik Madi tu? Kan ke kau tau dia tu baran, kenapa kau cari pasal?". Bebel Makcik Icah sambil memapah Nazim bangun ke kerusi.

"Teruk ke? Kat mana kena?". Soal Makcik Icah risau. Dia membelek lengan Nazim.

"Mak, belakang Nazim tu". Ujar Alia perlahan. Makcik Icah segera menarik baju yang dipakai Nazim. Jelas kelihatan birat pukulan yang masih merah. Ada yang sedikit berdarah.

Alia tak sanggup melihat. Dia menyeka air mata yang tumpah. Cepat2 dia capai kotak kecemasan lalu dihulurkan kepada Makcik Icah.

"Lain kali, jangan cakap apa2 pun. Diam aje. Tegur Makcik Icah lagi.

"Dia tampar Alia. Nazim geram! Sebelum2 ni pun dia belasah Alia ni, takkan Nazim nak diam aje". Terketar dia menahan pedih. Bantal digenggam kuat. Alia duduk memandang Nazim. Cuba memberi kekuatan.

"Cik Icah faham. Tapi, nak buat macamana lagi? Cik Icah pun kena selalu. Jangan lah kamu pulak yang turut kena. Ni, kalau mak kamu tahu, habislah bising nanti!". Minyak gamat diletakkan ke seluruh luka. Nazim menggigit bibir. Sakitnya, Tuhan sahaja tahu.

"Nazim, tahan tau!". Alia menggenggam erat tangan Nazim. Terdiam dia seketika sebelum membalas balik genggaman. Alia mengusap lembut bahu Nazim.

"Cik Icah, Nazim tak suka tengok Alia kena macamni. Cik Icah jangan lah suruh Pakcik Madi tu lagi. Tak kesian ke kat Alia ni?". Ujar Nazim setelah selesai diletakkan ubat. Perlahan2 dia bersandar.

"Kamu senang cakap. Tapi, tak semudah tu nak buat. Pakcik Madi tu baran. Cik Icah tak mampu nak lawan kata2 dia. Kalau tak ikut, nilah yang jadi nanti". Luah Makcik Icah sayu. Alia tertunduk sedih.

"Saya nak bawak Alia pergi Kl lah macamni! Takde orang boleh sakitkan dia!". Terbuntang mata Makcik Icah dan Alia. Masing2 terkelu.

Puas Nazim memikirkan kata2 maknya semalam. Mungkin ada benar nya jugak. Dia sepatutnya terima tawaran Ikmal untuk bekerja bersamanya di Kl. Alang2, biar dia bawak sekali Alia bersama. Mudah! Tak perlu Alia menghadapi Pakcik Madi yang seperti singa itu lagi.

"Nazim! Kenapa cakap macamtu?". Alia bersuara. Dia memandang wajah mak yang terdiam.

"Yelah! Dari kau duduk sini, selalu kena libas dengan Pakcik Madi. Baik aku bawak kau pergi Kl tu. Takde siapa yang nak sakitkan hati kau lagi". Ujar Nazim yakin. Dia pandang wajah mak sedaranya.

"Tapi, aku taknak tinggalkan mak". Mendatar suaranya. Alia diam.

"Alia, aku buat ni untuk kebaikan kau. Aku tak sanggup tengok kau menderita macamni. Kau duduk kampung ni pun, ada yang mengata. Sedangkan kau tak buat apa2 pun kat orang kampung ni. Telinga aku ni naik bernanah dengar orang kutuk kau! Mak aku sendiri tak suka kau!". Nazim membetulkan duduk.

"Cik Icah, takkan Cik Icah sanggup hadapi semua ni? Cik Icah suka ke tengok Alia dihina orang? Sedangkan suami Cik Icah sendiri sanggup tangankan anak Cik Icah. Apa Cik Icah tak percaya Nazim ke?". Pujuk Nazim lagi. Kali ini, dia menggenggam erat tangan mak sedaranya.

"Nazim tak pernah leka jaga Alia. Kali ni, biar Nazim bawak Alia pergi cari kerja kat Kl. Kat sana, mana tau ada peluang yang lagi baik. Tambah2, dah takde orang yang akan dera Alia lagi". Janji Nazim.

Sepertinya Makcik Icah yakin. Tapi, dalam masa yang sama, dia teringatkan suaminya itu.

"Mak, Icah nak duduk dengan mak". Rintih Alia sayu. Dia memandang wajah mak nya lama.

"Ada betul kata Nazim tu. Tapi, kalau dia ikut kamu ke Kl, dia nak duduk mana? Takkan la dia nak duduk serumah dengan kamu pulak?". Soal Makcik Icah lagi. Dia mengusap lembut rambut Alia.

"Tu biar Nazim uruskan. Nanti Nazim jumpa kawan Nazim tu. Cik Icah tak payah risau. Alia mesti selamat dengan saya". Janji Nazim lagi. Makcik Icah mengangguk. Sekurang2nya, takdelah Alia didera lagi oleh suaminya.

"Makcik Percaya kamu. Selama ni pun, kamu banyak jaga Alia untuk Cik Icah. Tapi, Cik Icah harap, kamu betul2 dapat jaga dia lah!".

Nazim mengangguk laju. Dipandang wajah Alia sekilas.

"Apa2, saya bagitau Cik Icah nanti. Er, Cik Icah jangan bocorkan rahsia saya kena tibai kat mak saya tau! Malas nak dengar dia bebel". Seloroh Nazim. Dia lantas bangun untuk pulang. Setelah bersalaman, Nazim menuruni anak tangga diikuti Alia dibelakangnya.

"Aku balik dulu tau!". Dia menghulurkan senyuman manis buat Alia.

"Kenapa kau rela kena pukul tadi?". Soal Alia geram. Tangan disilang ke dada.

Nazim tersengih. Dia biarkan soalan Alia tak berbalas.

"Aku tanya kau ni! Kenapa kau biar je kena pukul?". Lengan Nazim dicapai. Alia pandang wajah sepupunya lama.

"Sebab aku sayang kau". Ucap Nazim. Dia membalas pandang. Alia terdiam.

"S..sa..yang?". Soalnya kembali.

"Yelah! Sayang. Aku sayang kau sebab kau sepupu aku. Dari kecik kita sama2, takkan aku nak biarkan kau kena pukul pulak? Tak gentleman lah!". Seloroh Nazim.

Alia tersedar. Sayang sebagai sepupu. Ah, kau ni Alia! Tak mungkin dia sayang kau yang cacat ni!

"Er, terima kasih. Kesian kau. Tak pasal2 kena sekali. Erm, pasal kerja tu, kau serius ke?". Soal Alia lagi. Dia membuang pandang kearah reban ayam milik abah.

"Aku serius! Kau kena ikut aku. Kawan aku, Ikmal, dia kerja dengan kawan arwah bapa dia. Kerja kilang la. Dia tu kerja apa entah, aku pun tak ingat. Dulu, dia offer aku kerja dengan dia. Aku tolak sebab masa tu tak ready lagi. Sekarang, aku dah ready, aku terima la. Kau kena ikut aku. Aku taknak biar kau sorang2 kat sini". Terang Nazim panjang lebar. Alia hanya mengangguk faham. Jauh disudut hati, dia merasa risau ingin meninggalkan mak di kampung.

"Habis tu, aku nak tinggal mana?". Tanya Alia naif. Dia mengetap bibir.

"Nanti aku tanya Ikmal kerja sesuai untuk kau. Alah! Tak payah la nak risau. Dia tu baik. Member kamcing tu!". Gelak Nazim dibalas jelingan Alia.

"Takpelah kalau kau dah cakap macamtu. Aku ikut je. Tapi, pastikan kerja elok ye?".

Nazim menunjukkan tanda ok. Sebelum beredar, dia senpat berpesan agar berhati2 dengan Pakcik Madi. Takut kalau2 dia menyinga lagi. Alia tergelak kecil. Nazim pulang dengan hati yang gembira. Alia akan mengikutnya ke Kl. Dapatlah mereka duduk jauh dari mulut orang yang tak berhati perut.

                     ______________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience