Bab 9

Romance Completed 21567

Riuh rumah Alia dengan kehadiran Puan Hawa dan saudara maranya. Tak menang tangan Alia melayan. Seperti yang dijanjikan, harini Puan Hawa akan merisik Alia buat Ikmal. Alia cantik mengenakan kebaya labuh serta tudung yang melitupi rambutnya. Pandangan pertama Puan Hawa pada Alia tentunya terkejut tapi dia bersyukur kerana Alia mengenakan hijab.

"Kira jadilah ye? Kita ni kalau boleh taknak la lambat2kan. Benda baik kan!". Ujar Paklong Hamdi, bapa saudara Ikmal. Alia sempat memasang telinga di dapur.

"Boleh. Kalau dah pihak lelaki nak segerakan, kita lagi terima. Benda baik tak elok nak dilambatkan". Jawab Makcik Icah teruja.

"Kalau macamtu, kita nikah kan bulan depan, sebelum puasa. Langsung nya bila2 takpe, ye tak?".

Makcik Icah setuju. Asalkan sudah bernikah, hatinya pasti lega. Anak perempuannya bakal ada penjaga. Makcik Icah bahagia tak terkata.

"Baguslah gitu. Ni tarikh dah tetap, nanti kita teruskan aja. Saya nak terima kasih la pada pihak perempuan, sudi menerima anak saudara saya si Ikmal tu. Harap hubungan silaturrahim ini dapat kita kekalkan ye".

"Ameen!". Serentak yang lain menjawab. Alia sudah tersenyum simpul di dapur. Dia yang ditemani Lili berpelukan bahagia.

"Lili tak sabar!". Ucapnya. Alia tersenyum.

Ya Allah, aku bahagia.

Setelah tetamu pulang, Alia mula mengemas dan membersihkan ruang tamu. Makcik Icah yang masih duduk di kerusi ralit membelek rantai yang menjadi tanda buat Alia.

"Cantik, kan?". Soal Makcik Icah seraya menunjukkan rantai itu kepada Alia.

"Cantik sangat. Alia nak pakai time nikah la. Boleh kan, mak?". Tanya Alia lembut. Dia sudah terbayang rantai itu dileher nya.

"Ikut kamu la. Mak tak kisah. Ni, mak nak tanya sikit. Sejak bila kamu pakai tudung ni?". Soal Makcik Icah pelik. Mahu tak terkejut bila pagi2 tengok anaknya sudah bersiap dengan tudung sekali.

"Sejak Alia sedar wanita wajib tutup aurat". Ringkas jawapannya. Makcik Icah tersenyum bangga.

"Alhamdulillah. Mak suka tengok perubahan kamu. Selalu mak doakan kamu berubah. Akhirnya, kamu berubah juga".

Alia kembali menyapu. Di dalam hatinya, berbunga riang. Malam tadi, dia termimpikan arwah ayah yang menyuruhnya menutup aurat. Kata ayah,

"Alia anak ayah. Ayah nak yang terbaik buat Alia. Tutup rambut Alia dengan tudung. Jaga aurat kamu, nak. Alia taknak ayah terseksa kan? Selagi kamu tak kahwin, ayah yang tanggung dosa kamu. Tutup aurat ye".

Bangun sahaja pagi tadi, Alia terus berazam ingin menutup aurat nya sesempurna mungkin. Selama ni, Alia lalai menunaikan kewajipan dalam menutup aurat. Dia bersalah kerana membiarkan ayah terseksa di alam barzakh dek kerana dosa yang dia lakukan.

Ayah, maafkan Alia. Sekarang, Alia dah tutup aurat. Ayah ampunkan Alia, ye?

"Bulan depan Alia nikah, jadi nya bila nak tempah baju?". Soal Makcik Icah.

"Mak kan ada. Mak buatkan Alia baju paling cantik sekali. Alia nak pakai hasil air tangan mak. Yang penting, tutup aurat".

Mereka berbalas senyum. Makcik Icah gembira begitu juga Alia. Mulai harini, banyak benda yang mereka akan lakukan. Dari membuat baju nikah, makanan hinggalah menjemput sanak saudara datang. Mujur Makcik Icah pandai menjahit. Dia pasti akan membuatkan sepasang baju yang paling cantik buat anak perempuannya.

"Assalamualaikum! Alia!".

Suara orang memberi salam. Alia bingkas bangun lalu menyarung tudung di kepala. Dia menjenguk muka di tingkap.

"Alia! Aku nak jumpa kau!". Pinta Nazim. Wajahnya kusut sekali. Alia segera menuruni anak tangga.

"Ada apa?". Soal Alia lembut.

"Aku nak kau batalkan majlis nikah ni!". Ujarnya tanpa rasa bersalah. Alia tercengang. Apa yang dah merasuk Nazim saat ini?

"Kau cakap apa ni?". Soalnya tak puas hati. Dia bercekak pinggang memandang Nazim yang seperti tak keruan.

"Aku.. aku nak kahwin dengan kau! Aku cintakan kau, Alia". Ucapnya dalam kepayahan. Alia mengetap bibir.

"Nazim! Kau sedar tak ni? Kau mengarut apa ni?". Alia kalut. Melilau matanya memandang sekeliling bimbang ada yang salah sangka.

Nazim garu kepalanya kuat. "Aku tak mengarut. Aku cintakan kau. Aku menyesal lepaskan kau. Alia, ikut aku. Kita kahwin ye? Aku tak boleh hilang kau. Aku..aku nak kau sorang je. Tinggalkan Ikmal. Kita bina hidup bersama". Rayunya lagi. Alia menggeleng.

"Tak boleh! Aku akan jadi milik Ikmal tak lama lagi. Kau cari orang lain, eh? Aku tak cintakan kau. Selama ni, aku layan kau sebagai sepupu sahaja, tak lebih dari itu. Maaf, kalau layanan Alia dah buatkan kau memendam perasaan".

Nazim bengang. Dia pandang Alia tajam.

"Selama ni, kalau kau sedih kau cari aku. Apa2 pun kau cari aku! Kenapa? Aku ni untuk kau pergunakan ke?!". Herdik Nazim kuat. Sehinggakan makcik Icah berlari keluar.

"Bukan macamtu. Alia tak pernah ada niat macamtu. Nazim kawan Alia dari kecil. Takkan Alia nak pergunakan Nazim pulak!". Alia mula sedih. Kelakuannya disalah erti.

"Nazim, cuba kamu bawak bertenang. Cik Icah tengok dah macam takde agama je ni". Nasihat Cik Icah lembut. Risau pula diapa2kan Alia.

"Cik Icah tak tahu apa2! Alia ni milik saya! Saya cintakan dia dari dulu lagi! Cik Icah tolong jangan bagi dia kahwin dengan lelaki gila tu!". Teriaknya lagi. Kali ini dipegang tangan Cik Icah kuat.

"Allahu Akbar! Nazim, bawak mengucap, nak!". Cik Icah memeluk Nazim kuat. Dia meronta2 dilepaskan. Alia jadi takut.

"Kau milik aku, Alia! Aku sorang! Aku nak kau! Kita kahwin, jom!". Dia memeluk kaki Alia kuat. Alia menjerit.

"Mak, tolong Alia! Alia takut! Nazim, lepaskan Alia!". Dia cuba melepaskan tangan Nazim yang kuat memeluk kakinya. Suasana menjadi kecoh.

Kenapa Nazim jadi seperti ini? Alia bukan bidadari yang menjadi rebutan orang. Alia tak sempurna. Kenapa Nazim terlalu taksub dengan Alia?

"Nazim! Ya Allah, kamu kenapa ni?". Maklong Aida berlari mendapatkan anak lelakinya. Dia tarik kuat tangan Nazim.

"Apa kau dah buat kat anak aku?!". Tengking Maklong Aida pada Alia. Dia peluk Nazim kuat.

"Maklong, Alia takde buat apa2. Nazim yang tiba..."

"Apa?! Kau nak cakap anak aku yang buat masalah? Sekarang ni, kau dah layan anak aku lebih2, bagi harapan, lepastu senang2 je kau nak tinggalkan dia?".

Alia menggeleng. "Bukan macamtu". Ujarnya sendu.

"Kak, kita bawak bincang la. Tak elok orang tengok nanti". Pujuk mak. Maklong Aida jeling tajam.

"Dari dulu aku dah nasihat anak aku jangan rapat dengan budak ni! Tapi, dia degil jugak! Tengok sekarang apa jadi? Anak aku dah gila dengan kau! Siapa nak tolong macamni?". Marah Maklong Aida. Nazim sudah hilang keruan. Berkali2 dia meronta agar dilepaskan. Pandangannya hanya pada Alia.

"Alia tak buat apa2 pun. Maklong, dengar dulu apa yang Alia nak cakap ni". Pintanya. Dia menangis tak bersuara.

"Ah! Perempuan macam kau ni, bukan aja cacat, tapi bawak sial jugak! Eh Icah! Jaga anak kau tu elok2! Jangan sampai aku tangankan pulak! Sekarang, anak aku jadi mangsa, esok lusa entah siapa yang dia buat pulak! Tu yang datang merisik konon tu, entah2 dia dah mandrem kan dulu! Dah Nazim, balik!". Ujar Maklong Aida seraya mengheret Nazim agar mengikut langkahnya.

"Alia! Tolong aku! Alia! Aku nak kau!". Suara Nazim bergema sepanjang jalan. Alia terduduk menangis.

Allah, apa lagi yang berlaku ni? Aku sangka kau telah beri aku pelangi yang cantik. Tapi, kau tetap turunkan hujan dan ribut untuk aku. Mohon agar aku diberi kekuatan, Ya Rabb!

"Alia, sabar ya, nak? Maklong Aida kamu tak fikir sebelum cakap". Mak cuba menenangkan Alia yang tersedu.

"Alia tak kisah mak. Biar pun dia nak caci Alia. Tapi, Nazim. Alia taknak dia jadi macamtu. Alia kesian pada Nazim, mak". Luah Alia sedih. Tak dapat dia bayangkan apa yang akan terjadi pada Nazim selepas ni. Alia bersalah.

"Kita sama2 doakan agar Nazim dapat terima kenyataan. Mak pun risau jugak. Maklong kamu tu, bukan boleh agak sikap dia. Nanti mak pergi jumpa, berbincang dengan maklong kamu". Janjinya.

Alia menyeka air mata. "Dah2, taknak sedih2. Kita baru je dapat berita gembira, kan? Alia kena kuat. Anggap ni semua ujian dari Allah Taala". Pesan Makcik Icah ikhlas. Dia kemudiannya memimpin Alia naik ke rumah.

"Alia duduk je kat rumah. Biar mak pergi jumpa maklong kamu!". Ujar makcik Icaj seraya menyusun langkah menuju ke rumah Maklong Aida. Alia hanya mampu berdoa agar tiada apa2 yang buruk berlaku.

"Kak! Oo kak!". Jerit Makcik Icah. Dia meninjau2 rumah yang sunyi sepi.

"Haa, nak apa?". Soal Maklong Aida dari belakang rumah. Dia menjeling tajam pada adiknya.

"Kak, apa kata kita bincang elok2 anak beranak. Akak jangan terus salahkan Alia". Pinta makcik Icah sopan. Sedih hati nya mengenangkan sikap kakaknya pada Alia.

"Bincang apa? Kau tak nampak ke apa jadi kat anak aku? Eh Icah! Apa anak kau dah guna2 kan anak aku ha? Sampai dia jadi sasau macamtu? Nazim takde buat salah apa pun kat kau sekeluarga. Kenapa dia kena terima balasan macamtu?". Lengan disinsing ke siku. Maklong Aida menarik muka.

"Astaghfirullah, kak! Alia tak buat macamtu pun. Kak, Alia anak saya, jadi saya tau siapa dia kawan, siapa dia sayang dan apa yang dia buat. Akak jangan la tuduh anak saya yang bukan2". Terangnya lagi. Panas terik langsung tak dihirau.

"Alasan je! Icah! Akak ni tak bodoh lah! Alia tu dah sah2 gunakan Nazim tu, kalau tak, takkan dia jadi macamni! Dah dia tabur ayat manis, sekarang dia tinggal macamtu je! Tak guna betul budak tu!". Marahnya semakin menyinga. Makcik Icah mengeluh.

"Kak, Alia tu budak baik. Takkan dia nak buat macamtu. Dari dulu lagi saya dah pesan pada dia, jangan terlalu rapat dengan Nazim, jaga batas sebagai sepupu. Dia pun tau benda tu, kak. Kalau nak kata Alia guna2kan Nazim, saya takkan percaya. Anak saya tak pernah kenal benda2 tu semua. Nazim dah salah faham. Akak pun dah salah faham".

Maklong Aida mendecit, "Kalau dah buat salah, memang la nak selindung! Dah lah Icah, kau tak payah nak bela sangat anak cacat kau tu! Dari dulu aku tak suka dia ada dalam keluarga ni. Dah kalau cacat, bukan ke bawak bala?! Nah, dah tunjuk pun depan mata kau budak tu memang tak berguna! Hidup menyusahkan orang! Dah susahkan hidup anak aku, ada hati nak minta maaf!". Ujar Maklong Aida tak bertapis.

Hati makcik Icah bagai disiat2. Robek hatinya Tuhan saja yang tahu. Segala kata nista yang diucapkan, bagai tak tertahan menanggung. Makcik Icah seka air mata yang mengalir.

"Kak, Icah tau akak tak suka Alia. Tapi kak, jangan sebabkan salah faham yang kecil, akak rosakkan persaudaraan kita. Icah ni adik akak, Alia tu anak buah akak. Tak boleh ke akak maafkan dia atas salah dia?".

"Tak boleh!". Lantang dia menjawab. Makcik Icah pasrah.

"Kalau dah begitu caranya, saya tak boleh nak cakap apa. Saya harap akak sedar. Saya mintak maaf salah silap saya. Maafkan juga Alia, anak saya. Kak, memang anak saya cacat, tapi hati dia baik. Jangan lah akak yang tak cacat, tapi hati diselubungi hasutan syaitan durjana". Ujarnya sebelum berlalu pergi.

"Kurang ajar! Mak dengan anak sama je!".

Ya Allah, apa dosa anak aku? Bukan aku minta dia dilahirkan sebegini rupa. Alia dihina, dicaci orang lain. Aku kah yang berdosa? Ya Allah, aku tak tahan mendengar cacian orang pada anak aku. Kau berikan aku kekuatanMu, Ya Rabb! Anak aku tak bersalah. Anak aku tak bersalah!

Sepanjang jalan, makcik Icah tak berhenti menangis. Sayu hatinya dihina kakak sendiri.

"Tu lah! Aku dengar anak dia dah bomohkan si Nazim tu. Sampai gila bayang dibuatnya". Bisik suara2 dari orang kampung. Makcik Icah toleh melihat gerangan empunya suara.

"Iye? Teruk betul ye? Cacat pun berani juga nak buat macamtu". Balas satu suara.

Ya Allah, ujian apa yang kau beri pada ku ini? Sungguh tak tertahan rasanya aku menanggung pedih. Kau bisu kan sahaja lah mulut2 mereka ini. Atau, kau pekakkan saja telinga ku dari mendengar caci maki mereka.

Sampai sahaja di rumah, Makcik Icah terduduk sayu di anak tangga. Alia mendapatkan mak yang kelihatan tak berupaya.

"Mak, kenapa ni? Mak ok ke?". Soal Alia kalut. Dia capai tangan makcik Icah lalu dipeluk erat.

"Mak tak sanggup, nak. Kalau kamu sanggup dengar caci maki diorang, mak tak sanggup! Hina sangat ke anak mak ni sampai diorang sanggup hina? Ya Allah! Kuatkan aku, Ya Rabbi!". Esakan Makcik Icah makin kuat. Dipeluk anaknya kuat.

"Mak, jangan lah macamni! Alia boleh terima. Mak jangan hiraukan ye?". Pujuk Alia. Dia lantas menyeka air mata syurga nya dari mengalir.

Selama ini, memang Makcik Icah sering mendengar hinaan dan cacian orang kampung terhadap anaknya. Tapi, dia masih boleh tahan. Kali ini, dia tak mampu nak menanggung segala hinaan itu. Terasa melampaui batas.

"Allah! Anak aku tak bersalah! Dia budak baik! Ya Allah!". Raung nya lagi. Seluruh dunia bagaikan terhenti buat Makcik Icah. Sakit di dada tak mampu ditahan lagi. Dia luahkan semua keperitan itu di bahu anaknya.

Menangis lah! Kalau itu yang mampu menenangkan hati mu.

                     __________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience