Bab 1

Romance Completed 21567

"Woi! Cepat lah ambil bola tu! Terhegeh2!".

Jerit Hisyam, budak gangster kampung. Alia yang terkejut segera berlari anak menuju ke longkang. Bola yang sengaja dicampak ke longkang oleh geng Hisyam hanya untuk mempermainkan Alia. Seronok melihat Alia terkulat2 sendiri.

Alia pandang bola yang sudah jatuh itu. Dalam. Dengan kudratnya, bagaimana mahu diambil bola yang sudah tenggelam itu? Alia mahu menangis. Dia datang ke padang petang ini hanya ingin mengambil angin petang. Tapi, Hisyam pula sengaja nak menghina kekurangan dia.

"Woi! Apesal kau buli dia?!". Tengking Nazim, sepupu Alia yang baru sahaja tiba. Alia cepat2 bangun dan mendekati Nazim.

"Haa, hero dah datang! Kau ingat aku kisah sangat ke budak cacat tu?! Kau bawak la dia balik! Boo!". Ejek geng Hisyam. Alia menangis. Entah kali yang ke berapa dia sering dijadikan mangsa hinaan Hisyam.

"Jom!". Nazim menarik tangan Alia segera meninggalkan padang permainan. Di satu lorong, Nazim berhenti dan menoleh ke arah sepupunya.

"Kenapa kau biar diorang buli kau?". Tegur Nazim lantang. Sapu tangan dikeluarkan bagi mengelap air mata yang mengalir.

"Aku tak kacau diorang pun". Perlahan suara Alia.

"Kan aku dah cakap, jangan pergi padang tu. Kau kan tau diorang memang selalu lepak situ. Dah2, lap air mata tu. Lembik la kau ni! Macamana nak lawan diorang kalau kau cengeng macamni?". Usik Nazim. Alia membuat muka muncung.

"Aku taknak lawan diorang pun!". Sapu tangan diberi kepada tuan empunya. Alia mula meninggalkan Nazim.

"Wei, tunggulah aku! Lain kali ingat pesan aku, jangan layan diorang. Aku tak suka tengok kau kena ejek macamtu".

Alia pekakkan telinga. Dah mula dah mamat ni bebel. Cakap sikit2 je dah la. Bergegar taik telinga aku macamni.

Alia Nasuha, seorang gadis berumur 20 tahun. Alia mempunyai kecacatan sejak lahir. Tangan kanannya kudung. Ramai yang sering menghina dan mengejek Alia dek kerana kekurangannya itu. Mujur ada Nazim, sepupu yang rapat dengannya. Nazim lah tempat Alia mengadu segala kesedihan dan kegembiraan.

Alia dibesarkan serba kekurangan. Mak hanya suri rumah yang mengupah menjahit baju. Ayah Alia sudah lama meninggal dunia. Kini, Alia tinggal bersama mak dan bapa tirinya. Hidup Alia semakin susah sejak kehadiran bapa tirinya, Asmadi. Asmadi selalu sahaja berhutang dan kaki pukul. Alia selalu menjadi mangsa libasan tali pinggangnya. Sejak awal lagi Asmadi memang benci dengan Alia. Dia benci kekurangan yang ada pada Alia. Baginya, Alia membawa sial dalam keluarga. Dia disalahkan oleh kerana Asmadi yang masih tak bekerja sehingga sekarang.

Duduk dikampung menjadi satu beban buat Alia. Sana sini penduduk kampung mengata dan menghina kecacatannya. Mujur masih ada segelintir yang menerima kekurangan dirinya. Bagi Alia, orang kampung semuanya kolot! Asal ada yang cacat, dikatanya membawa bala! Alia bosan dengan manusia.

Sehingga kini, Alia sering mencari alasan untuk keluar dari kampung. Alia selalu mengajak Nazim untuk mencari kerja di Kl. Katanya, orang2 di bandar lagi terbuka mindanya. Mungkin akan ada yang menerima kekurangan dirinya sekaligus memberikan kerja yang elok. Siapa tau kan?

"Mana pergi anak dara oi!". Suara Makcik Icah, mak Alia kedengaran. Alia berlari anak mendekati maknya yang sedang menjemur pakaian.

"Alia pergi padang tadi. Erm, mak cari ek?". Soal Alia mesra. Tangannya ligat membantu Makcik Icah.

"Buat apa ke sana? Kan duduk rumah tolong mak lagi faedah. Takpun, baca buku ke". Bebel Makcik Icah. Alia tergelak. Terpaksa menampung telinga untuk bebelan kedua pula. Nazim menunjukkan tanda padan muka pada Alia.

"Memang pun Makcik Icah! Alia ni degil. Dah suruh study je kat rumah, taknak. Nak jugak pergi padang tu. Entah apa yang menarik pun tak tahu lah!". Usik Nazim lagi. Dia mengambil tempat di anak tangga rumah.

"Nazim, lain kali kamu piat aje telinga Alia tu. Cik Icah pun dah penat nak membebel aje kat dia. Kalau tak cakap banyak kali, memang gitu lah dia!". Jeling Makcik Icah. Alia hanya tersenyum.

"Ni, kamu dah makan belum? Kalau belum, pergilah naik, makan".

"Oh, takpelah Cik Icah. Balik nanti Nazim makan lah". Dia menggaru kepala yang tak gatal.

"Mak kamu masak ke? Macam Cik Icah tak tahu, kalau tak bergosip dengan Kiah hujung kampung tu, memang tak sah! Dah, tak payah nak tolak2. Pergi makan, ajak Alia tu sekali". Arah Makcik Icah. Baldi yang kosong diletakkan di tepi ampaian.

"Er, Cik Icah dah makan? Meh la makan sekali". Nazim beramah.

"Sudah! Pergilah makan. Kejap lagi Cik Icah naik. Nak siram pokok bunga ni kejap". Jelas Makcik Icah tenang. Nazim menurut arahan. Dia mengekori langkah Alia menuju ke dapur.

Bau asam pedas menarik perhatian Nazim. Mujur ada Makcik Icah. Takdelah kebulur harini. Kalau nak harapkan mak nya, entah bila nak sudah bergosip. Dia menarik kerusi lantas duduk menghadap Alia yang sedang mencedok nasi. Sungguhpun dia kekurangan, tetapi Alia mampu membuat segala pekerjaan sendiri walaupun lambat.

"Tengok apa?". Soal Alia sambil tersenyum. Nazim segera menggeleng, bimbang Alia terasa.

"Hujung minggu ni aku nak ke pekan, cari kerja. Kau doakan aku dapat kerja, eh?". Ujar Nazim lembut. Kuah asam pedas diceduk ke pinggan.

"Kau nak kerja apa? Aku nak ikut!". Jelas riak teruja di wajah Alia.

"Kau nak cari kerja sekali ke?".

Alia mengangguk laju. Dia sudah terbayang duit yang berkepuk ditangan.

"Okay, boleh! Nanti pagi2 kita keluar sama2. Kau jangan lambat pulak! Kalau tak, aku tinggal je". Ugut Nazim. Alia tertawa.

"Aku janji!".

"Apa la 'kau' pulak dipanggil nya! Kan Nazim tua lagi dari Alia. Panggil la hormat sikit. Berapa kali mak pesan, kan?". Ujar mak yang baru sahaja sudah menyiram pokok. Alia dan Nizam tergelak kecil.

"Ala Cik Icah, takpe. Nazim tak kisah. Lagipun, Alia dah biasa panggil macamtu".

Alia setuju. Mana taknya, sejak kecil lagi Nazim membahasakan dirinya dengan nama, jadi Alia sudah terbiasa. Tak pernah pulak disuruhnya panggil 'abang'. Mak saja yang selalu berpesan. Katanya tak hormat.

"Ish, kamu ni! Kan sepupu. Kamu pun tua lagi dari dia. Kamu dah 25, dia baru je nak masuk 20. Ha, salah ke Cik Icah cakap ni?". Makcik Icah sudah bercekak pinggang.

Budak2 ni kalau tak diingatkan, takut lupa asal usul jadi nya. Biarlah dibiasakan dengan panggilan hormat, baru ada rasa hubungan kekeluargaan.

"Ni, lama mak kamu tak datang umah Cik Icah. Dia marah ke Cik Icah lagi ke?".

Nazim menoleh. Air sejuk diteguk perlahan sebelum menjawab.

"Tak pasti pulak la saya. Mak tu mana boleh nak tanya, nanti tak pasal2 kena marah. Malas lah Nazim nak layan. Haritu tanya pasal motor arwah ayah pun, dah kena bebel". Luah Nazim. Dia memandang Alia yang sedang menyuap nasi menggunakan tangan kiri. Terkial2 dia ingin memotong ikan tenggiri.

"Tulah! Mak kamu tu kan baran orangnya. Cik Icah pun malas dah nak layan. Kang kalau kamu balik ni, sah lah kena bebel jugak. Bukan dia tak tahu kamu datang makan sini". Makcik Icah bangun lantas menuju ke sinki.

Ikan di pinggan Alia dicarik kecil2 memudahkan Alia untuk makan. Nazim tersenyum. Dia ceduk kuah ke pinggan Alia. Sayur kailan manis diketakkan juga.

"Alia, berapa kali nak cakap kalau makan tu jangan suruh orang ambilkan?". Ujarnya.

"Er Cik Icah, Nazim yang letakkan. Icah tak suruh pun. Ala Cik Icah, takpelah sekali sekala. Kesian Alia tu". Bela Nazim. Dia menyuap nasi kedalam mulut.

"Bukan apa, taknak nanti terbiasa. Cik Icah nak dia belajar urus sendiri. Nanti kalau kami takde, siapa nak tolong? Sebab tu Cik Icah paksa dia macamtu".

Nazim mengangguk. Ada betul nya jugak kata2 mak sedara nya. Alia meneruskan suapan. Kenyang melihat dia berselera sekali. Seolah2 dunia ini aman buat Alia.

"Mak, hujung minggu ni Alia nak ikut Nazim pergi cari kerja. Boleh ye mak?". Soalnya setelah habis makan. Pinggan ditolak ketepi.

"Nak kerja? Kerja apa? Tak payah lah. Tolong mak je lagi senang!". Bangkang Makcik Icah. Terus mencuka wajah Alia.

"Orang nak ikut kerja sekali. Lagipun, orang nak jugak merasa ada duit sendiri. Boleh la mak! Sekali ni je!". Alia membuat muka simpati. Dia ulit lengan Makcik Icah lama.

"Er, takpelah Cik Icah. Nazim kan ada. Boleh tolong tengok2 kan Alia. Lagipun, Nazim cari kerja sama dengan Alia nanti".

Makcik Icah diam. Risau hatinya tiba2. Mana lah dia boleh percaya orang2 kat luar sana tu. Cukup2 lah dengan orang kampung yang menghina anak perempuannya. Dia tak sanggup nak biarkan Alia bekerja pulak. Belum tentu ada yang baik hati nak terima perempuan cacat macamtu kerja.

"Boleh la mak! Nanti kalau Alia dapat kerja, Alia belanja mak makan sedap2 tau!". Ujarnya riang. Tak sampai hati pula nak menolak permintaan anak gadis kesayangannya.

"Nanti mak tanya abah. Kalau dia bagi, baru mak bagi". Ujar Makcik Icah. Alia buat muka.

Nak tanya abah buat apa? Dia bukan suka Alia pun.

"Er, Alia! Kalau Cik Icah tak bagi, takpelah. Biar aku je kerja. Kau teman la Cik Icah kat rumah". Nazim pula bersuara.

Dia kekok. Nazim tahu hubungan Alia dengan bapa tiri nya tak berapa 'ngam'. Pasti keputusannya ditolak.

"Aku nak kerja jugak! Kau diam!". Marah Alia. Lurus jari telunjuknya ke muka Nazim.

"Ewah2! Sedap dia je nak marah orang lain. Nanti la mak tanya abah. Cuba sabar sikit!". Marah Makcik Icah pula. Sempat dia menarik telinga Alia.

"Dah2! Jangan nak merajuk pulak lagi tu. Bangun, kemas meja cepat. Mak nak ke surau ni, ada kuliah. Nazim, Cik Icah tinggal Alia kat kamu ya. Tengok2 kan dia tu". Pesan Makcik Icah sebelum keluar. Nazim hanya mengangguk manakala Alia sudah bangun menuju ke sinki.

"Kau marah ke?". Soal Nazim mendekati Alia. Pinggan kotor diletakkan disinki.

"Tak marah. Geram!". Selamba dia menjawab.

Bukan mak nya tak tahu perangai abah pada Alia. Tapi, mak tetap nak minta pendapat bapa tirinya itu.

"Kau kena tunggu la keputusan pakcik Madi. Nanti tak pasal mengamuk pulak orang tua tu".

Alia mengeluh.

Pernah sekali Alia dipukul dan ditampar gara2 menghilangkan kotak rokok yang baru dibelinya. Berbirat badan Alia dek libasan tali pinggang. Makcik Icah tak mampu nak berbuat apa2. Kudratnya tak mampu nak melawan tenaga lelaki seperti Asmadi. Mujur Nazim datang pada malam itu, kalau tidak entah apa lah yang akan terjadi pada Alia.

"Hoi! Termenung apa tu?". Sergahan Nazim menghentikan lamunan Alia.

"Takde apa2. Hurm".

"Ish, kau ni. Tak baik mengeluh. Allah tak suka tau!". Nazim cuba menceriakan suasana.

"Kenapa lah aku kena hidup dengan dia kan? Ni, nasib baik dia takde. Itupun entah mana la pergi nya. Yang aku hairan tu, mak aku! Boleh lagi tahan perangai abah tu". Kain lap dicapai lalu dilap meja yang kotor.

"Dah dia sayang. Kau pun kena la terima jugak. Nak tak nak, dia kan abah kau sekarang ni".

Alia mencebik.

"Yelah, aku memang la boleh terima. Tapi, kalau aku selalu je jadi mangsa dia, siapa tahan. Dia pun bukan suka aku". Luah Alia. Gelas disusun kemas di rak.

"Kau sabar jelah. Nanti, sedar lah orang tua tu. Eh, aku nak balik kejap lah. Nak tengok mak aku tu. Nanti bising pulak dia. Kejap lagi aku datang". Nazim bergegas pulang.

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Majalah yang bersepah di meja segera dikemas. Bantal yang berterabur diletakkan di kerusi. Pinggangnya macam nak tercabut saja. Dia mengambil kesempatan untuk berehat. Tak sampai lima minit Alia memejamkan mata, kedengaran suara Pakcik Madi dari arah dapur. Bergegas Alia ke dapur. Entah apa lah nak orang tua tu.

"Kau tak masak ke?!". Tengking Asmadi. Baju kemeja kotor dicampak ke lantai.

Nasib kau la Alia! Kemas lagi!

"Abah tak nampak ke lauk bawah tudung saji tu?". Soalku geram. Baju yang dicampak segera aku capai.

"Kurang ajar betul! Bapak kau ajar ke cakap macamtu?!". Kali ini lebih kasar. Alia pandang wajah Asmadi tajam.

Mujur sahaja dia lebih tua, masih lagi Alia hormat.

"Nak makan ke? Alia ambilkan nasi". Aku mula mengatur langkah menuju ke rak pinggan. Pinggan berwarna hijau aku capai lalu aku ke meja makan.

"Cepat sikit! Terhegeh2!". Kaki disilang ke atas kerusi disebelahnya. Alia menggeleng kepala.

Nasi disendukkan ke pinggan. Kemudian, kuah asam pedas diletakkan pula bersama nasi. Terkial2 Alia memotong ikan tenggiri kepada bahagian yang kecil.

"Bak sini sudu tu! Lembab la kau ni! Padan la pun cacat!". Sudu dirampas dari tangan Alia seraya menolak tubuh kenit itu ketepi. Mujur Alia mengimbangi badannya.

"Abah tak boleh ke cakap elok2? Perlu ke tolak2 macamni?". Soalku sedikit keras.

"Aku malas nak layan kau sekarang ni! Pergilah berambus sana! Tak selera aku nak makan tengok kau yang kudung ni!". Ujarnya dengan nasi yang penuh dimulut. Ikan digigit lahap. Seperti sebulan tak makan lagaknya.

Alia kembali ke ruang tamu. Sebal hatinya. Lagi2 kekurangannya diejek2. Hina sangatkah aku ni? Tangan yang kudung dipegang.

"Ya Allah, kenapa kau jadikan aku seperti ini? Tapi, aku percaya semua ni mesti ada hikmah yang berlaku". Rintih Alia sendiri. Air mata dikesat laju.

Dia duduk bersandar di kerusi. Teringat semasa dia kanak2. Kemana sahaja dia oergi, pasti akan ada yang memandang dan mengejek nya.

**

"Ayah, kenapa semua orang pandang Alia macamtu?". Soal Alia polos. Ketika itu, dia baru sahaja berumur lingkungan 10 tahun.

Saat itu, ayah membawa Alia ke supermarket. Setiap orang yang datang pasti memandangnya dengan pandangan pelik. Kanak2 sebaya Alia juga pasti akan memandang dan mentertawakannya.

"Sayang, dia pandang Alia sebab anak ayah ni cantik sangat! Diorang jealous la tu. Takpe, Alia tak payah layan diorang, ya?". Pujuk ayah. Alia yang masih mentah hanya mengangguk sahaja.

"Ei mama, tangan dia patah!". Ujar seorang kanak2 yang terserempak dengan Alia.

"Mana ada! Kita ada tangan lah!". Alia turut membalas. Dia cuba membuktikan bahwa pandangan orang salah.

"Alia, dah2 taknak cakap macamtu. Biarkan aje dia. Dia tak sengaja". Pujuk ayah. Alia mulai menangis teresak2.

"Kenapa diorang ejek Alia? Mana tangan Alia? Alia pun nak ada tangan macam diorang!". Rengek Alia dibahu ayahnya. Puas dia memujuk. Alia tetap menangis.

"Ok2, dengar sini. Ayah nak tanya Alia, siapa yang ciptakan bunga?".

"Tuhan". Jawabnya polos.

"Erm, bintang pulak?".

"Tuhan".

Ayah ketawa.

"Kalau ayah?".

"Tuhan lah! Kan ayah cakap semua benda kat dunia ni Tuhan yang buat". Jawabnya yakin.

"Jadi, siapa yang ciptakan tangan Alia?". Soal Ayah lembut.

"Erm, Tuhan".

"Betul! Jadi, kenapa anak ayah yang manis ni nak marah pulak diorang gelakkan Alia? Kalau diorang gelak, maksudnya dia gelakkan ciptaan Tuhan la?". Ayah cuba membuat kuiz dengannya.

Lama Alia terdiam.

"Tapi, kenapa Tuhan cipta tangan Alia macamni? Tak sama dengan ayah?".

"Nak, dalam dunia ni, Allah ciptakan semua bermacam2. Bunga contohnya. Ada bunga besar, bunga kecil. Warna merah, kuning, biru. Semua tu ada ciri2 yang tersendiri. Sama macam manusia, semuanya diciptakan berlainan. Ayah lain, mak lain, Alia pun lain. Jadi, setiap kelainan tu, ada keistimewaan tersendiri. Alia faham?". Jelas ayah panjang lebar. Alia terdiam lagi.

"Jadi, kalau Tuhan cipta bermacam2, tu sebab ada keistimewaan dia? Sebab Tuhan sayang?".

Ayah mengangguk. Alia tersenyum ltas memeluk ayahnya kuat.

***

"Ayah! Alia rindu ayah!". Sebaris ayat diucapkan dari bibir Alia. Dia rindukan saat itu.

"Hoi! Mak kau mana?".

Hilang terus lamunan Alia. Dia menoleh.

"Mak ke surau. Ada kuliah". Ringkas jawapannya.

Asmadi mengambil tempat di kerusi berhadapan Alia. Lama dia memerhati anak tirinya. Alia memang cantik.

"Kenapa abah pandang2 ni?". Soal Alia rimas. Dia membetulkan duduk.

"Tak boleh ke aku nak pandang kau?!".

Haish, marah aje tau!

"Bukan tak boleh, tapi Alia rimas. Abah dari mana ni?". Lembut Alia bertanya. Kot2 la hilang barannya tu.

"Suka aku la nak datang dari mana pun. Kau kisah apa? Ni aku nak cakap. Lain kali, kalau aku balik, pastikan nasi dah terhidang atas meja. Jangan buat perangai macam tadi! Lembab!". Kasar bunyi nya di pendengaran Alia.

"Iyelah! Nanti Alia hantar sampai depan muka abah". Kali ini Alia menjawab berani. Berubah muka orang tua itu.

"Kau pandai menjawab aku sekarang ni kan? Tak padan dengan tangan kudung! Kan ke elok mulut kau sekali cacat, senang sikit kerja aku!". Asmadi gelak besar. Dia bersandar senang di kerusi.

"Kenapa? Kalau mulut Alia pun cacat, apa abah nak buat? Abah ingat abah ugut2 Alia macamni, Alia takut ke?". Ujarnya lagi. Dia mengetap bibir menahan geram.

Asmadi mula bangun. Tali pinggang dicapai, sengaja ditayangkan dimuka Alia.

"Kalau kau rasa taknak sakit sekarang ni, baik diam! Bodoh!". Lalu mencampakkan tali pinggang ketepi. Alia tergamam.

"Alia memang bodoh. Tapi sebodoh2 Alia, Alia tak pernah nak hina kekurangan orang. Tapi, abah yang Alia harapkan jadi pengganti ayah, kenapa macamni abah buat pada Alia?".

"Biadap la kau ni! Sekali lagi kau bunyi, memang nahas kau kena tali pinggang aku!". Jerit Asmadi bengang.

Alia menghela nafas panjang.

"Alia ni buruk sangat ke pada abah?".

Panngg!!

Serentak penampar tepat mengena pipi Alia. Tersungkur Alia ke tepi kerusi. Pipi yang terasa pedih dipegang.

"Aku dah cakap, jangan kurang ajar! Kali ni aku bagi tangan dulu. Tapi, kalau kau dah tak sabar nak rasa kaki aku, silakan bunyi lagi!". Turun naik nafas Asmadi. Alia menangis lagi.

Apa salah dia? Kenapa semua orang benci dia? Salah Alia ke kalau dia cacat? Kenapa Alia dipandang hina sedangkan Alia juga makhluk ciptaan Allah?

Perlahan2 Alia bangkit menuju ke bilik. Pintu dihempas kuat. Alia mencapai bingkai gambar arwah ayah lalu dilekap ke dada nya. Dia rindu ayah. Ayah tak pernah marah Alia sekalipun menjentik nya. Alia rindu kasih sayang ayah.

"Kenapa ayah tinggal Alia? Kenapa Alia kena rasa semua ni?". Rengek Alia. Gambar arwah ayahnya ditatap lama.

Kalau ayah masih hidup, mesti ayah akan jaga Alia elok2.

Air mata diseka laju. Dia terus menghenyakkan badan ke katil. Mata terpejam rapat.

Sampai hati abah hina Alia. Abah kejam! Abah tak layak jadi ayah Alia!

Bantal dipukul berulang kali melepaskan geram hingga akhirnya Alia kepenatan dan terus tertidur lena bersama air mata yang masih bersisa.

                   ________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience