Bab 6

Romance Completed 21567

Sejak asar tadi sehinggalah sekarang sudah malam, masih lagi ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis yang diadakan oleh Puan Hawa. Tak menang tangan Alia menguruskan dapur. Sangkanya cuma orang2 masjid sahaja, tapi rezeki berpihak untuk ramai orang lain yang turut diundang secara tidak sengaja. Menu utama harini adalah nasi ayam yang dimasak oleh Alia. Pulut kuning dipesan melalui kawan Puan Hawa. Sate juga disediakan. Riuh rendah rumah Puan Hawa.

Harini Alia langsung tak berjumpa Nazim. Cuma ada terserempak pada petang tadi. Nazim langsung tak bertegur sapa dengan Alia. Sedih hatinya. Takkan lah sebab haritu, dia masih marahkan Alia. Nak ditegur, takut tak berbalas. Alia hanya mampu pandang sahaja dari jauh.

"Hai Alia! Busy eh?". Soal Ikmal prihatin. Dia lihat Alia yang penat membasuh beras untuk dimasak.

"Ha'ah. Macam yang awak nampak la". Ujarnya seraya tergelak kecil. Beras yang sudah dibasuh mula ditanak. Alia mengelap tangan yang basah.

"Kesiannya! Nanti minta cuti dengan mama tau!".

Alia tersenyum. Masing2 diam. Sementara menunggu nasi masak, Alia duduk memotong buah tembikai.

"Ikmal tak ke depan ke?".

"Ah! Ikmal datang nak tengok Alia". Ujarnya selamba.

"Erk, kenapa?". Pelik.

"Yelah, nak tengok la takut pengsan pulak ke kat dapur ni!". Seraya pecah tawa mereka berdua. Alia mencebik. Sengaja nak mengusik dia.

"Alia ok! Ni tak nampak ke?". Alia bangun menayangkan dirinya yang kuat.

"Ok2, Ikmal percaya. Ok lah, Ikmal nak ke depan balik. Kesian mama, tak menang tangan layan orang tu. Sebelum Ikmal ke depan ni, nak tanya lah. Cik Alia ni dah makan ke?". Dia pandang wajah Alia.

Alia menggeleng laju. Dia membuat muka sedih.

"Laa, sejak asar tadi tak makan ke?". Riak terkejut. Biar betul dia ni?

"Hirm, Alia leka sangat buat kerja kat dapur. Sampai tak teringat nak makan. Ni Ikmal tanya baru la terasa". Alia tersengih menunjukkan sebaris giginya yang tersusun rapi.

"Dah, habis ni terus ke depan. Makan! Ikmal tunggu Alia kat meja batu. Tak datang, Ikmal heret Alia ke depan nanti". Dia sengaja membuat riak serius. Alia mengangguk laju.

Dia terus memotong sebahagian lagi buah tembikai. Ligat tangannya meletakkan didalam bekas kaca. Meja di lap segera dan pinggan kotor juga dicuci. Setelah selesai, Alia melangkah menuju ke halaman rumah. Perutnya sudah berbunyi sejak tadi. Matanya meliar mencari kelibat Ikmal.

"Alia, kat sini pun awak! Boleh tolong Lili? Mama suruh Lili adjust lauk ni. Kita mana la reti bab rasa2 ni. Boleh tak?". Terjah Lili kalut. Dia menghulurkan sebekas mangkuk berisi kuah kari ayam.

"Mana dapat?". Soal Alia.

"Kawan Lili bagi. Mama kata kurang rasa. Tu yang suruh adjust tu".

Alia serba salah. Perutnya sudah tak tahan lapar, tapi gara2 kesian dia turutkan juga. Mangkuk dibawa menuju ke dapur. Dia menggantikan kedalam periuk. Alia sempat merasa sesudu kuah kari tersebut.

"Erm, kurang garam je pun. Ingat kurang apa la tadi". Ujar Lili seraya mengambil bekas garam didalam almari.

"Kat sini lagi?". Suara Ikmal memecah suasana antara Alia dan Lili. Dia tersengih tak bersalah.

"Why? Lili ada buat salah ke?". Soal Lili hairan. Alia gigit hujung bibir.

"Buat apa lagi?". Soalan adiknya langsung tak berjawab. Dia terus mengajukan soalan pada gadis dihadapannya.

"Lili suruh adjust lauk ni. Takkan nak biar pulak. Kan nak bagi orang makan". Ujar Alia perlahan.

"Lili, don't you know yang Alia ni tak makan apa2 since asar tadi. Kesian la dia. Dah2, tinggal je dulu. Kejap lagi sambung. Now, follow me! Makan". Arah Ikmal mula menunjukkan gaya seorang ketua. Lili tersengih.

"Oh! Lili faham dah sekarang. Ok lah Alia, tinggal je lauk tu. Lili boleh uruskan. Better Alia ikut along keluar makan sana. Nanti silap haribulan, ada yang kena makan pulak kang!". Usik Lili sambil mengenyit mata memandang Ikmal. Dia bingkas bangun menuju ke dapur gas.

"Er, sikit je lagi pun". Alia memohon pengertian. Ikmal mula menjegilkan biji matanya.

"Pergi jelah. Nanti along dah start bebel, Alia juga tak tahan nak dengar". Bisik Lili rapat ke telinga Alia.

Nak tak nak, terpaksa Alia ikut juga kehendak Ikmal. Seriau juga buatnya dia heret ke depan pulak. Alia mengekori langkah Ikmal. Sampai sahaja di stesen makanan, pinggan dihulurkan.

"Makan nasi tu. Perut tu lapar. Ikmal tunggu kat meja batu".

Alia memandang kosong. Pilihan makanan yang banyak terhidang membuatkan dia kenyang tiba2. Tapi, mengingatkan Ikmal, segera disenduk nasi ke pinggan. Ayam bahagian peha diambil dan dibubu sos keatasnya. Kuih kaswi diletakkan dihujung pinggan.

Dari jauh Alia melihat Ikmal yang sedang berborak dengan seorang wanita. Bukan main gembira lagi. Seorang bercerita yang seorang lagi tertawa. Alia rasa tak sesuai pula kalau dia turut duduk bersama2 Ikmal. Dia berdiri memandang dari jauh.

"Alia!". Jerit Ikmal yang terpandangkan Alia. Cepat2 dia bangun lalu mendekati Alia yang masih tak berganjak.

"Come!". Pinggan yang dipegang Alia bertukar tangan.

"Duduk sini". Ujarnya. "Mari Ikmal kenalkan, Zuren my friend. Zuren, ni Alia. Dia kerja with my mom".

Alia tersenyum manis. Dia pandang wajah Zuren yang dihiasi mekap. Cantik orangnya. Tinggi lampai.

"Alia baru nak makan ke?". Soalnya ramah. Alia sekadar mengangguk.

Suapan pertama dikunyah. Nikmat Allah yang tak terkata. Rasa seperti sudah lama tak menikmati rezeki Allah. Dia yang sedang leka makan langsung tak terperasan akan pandangan Zuren padanya. Ikmal pula sibuk mencarik2 ayam di pinggannya.

"Ikmal, Alia boleh buat". Ujarnya perlahan. Rasa malu pula bila diperlakukan seperti itu.

Zuren masih lagi memerhatikan gelagat Ikmal pada Alia. Sakit pula matanya melihat pertolongan Ikmal kepada gadis itu.

"So, you sekarang tak kerja la?". Soal Ikmal tiba2. Dia sempat 'mencuri' cebisan ayam di pinggan Alia.

"I tengah tunggu keputusan interview haritu la. Kalau ok, I sure akan dapat kerja kat syarikat tu". Ujarnya sedikit bangga. Alia sempat memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua.

"Ok lah tu. Good! I doakan you berjaya. So, bila dah dapat kerja, jangan lupa belanja I ni. Maklum la, kita kerja kat kilang aje. Tak mampu nak belanja orang tu ". Usik Ikmal seraya tertawa.

"You yang mengada taknak kerja dengan family I. Bukan you takde kelulusan. Saja je la tu". Balas Zuren manja. Alia mula merasa bosan. Ibarat dia tunggul kayu pulak!

"Bukan apa, syarikat family you besar, I tak mampu nak pikul tanggungjawab tu. Biarlah I bermula dari bawah".

Zuren tergelak. Sempat dia memukul lengan Ikmal. Alia sudah tak tahan.

Makanan dihabiskan segera. Alia bangun. "Alia masuk dulu". Tanpa menunggu balasan Ikmal, dia terus melangkah masuk menuju kedapur. Pinggan kotor dibasuh cermat.

Entah kenapa dia merasa menyampah dengan Zuren. Perlu ke bertepuk tampar bagai? Suaranya seperti sengaja dimanjakan. Sakit hati Alia mendengarnya. Dek kerana geram, habis pinggan menjadi sasaran. Dihempas2 pinggan yang tak bersalah.

"Kenapa cepat sangat? Alia dah kenyang ke?". Soal Ikmal yang tiba2 muncul di sebelah Alia. Bau haruman perfume menusuk ke hidung.

"Sudah". Balasnya acuh tak acuh.

"Sikit je? Biar betul?". Soalnya lagi bertambah hairan. Alia langsung tak pandang kearahnya.

"Betul".

Alia bergerak menuju ke meja makan. Dia lap meja yang jelas bersih, tanpa makanan.

"Alia ok tak ni?". Soal Ikmal mengekori langkahnya.

Alia diam. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Jadi, jangan tanya aku ok atau tak!

"Alia!". Panggil Ikmal lagi. Kali ini dia memegang lengan Alia kuat. Alia kaku.

"Pandang Ikmal sekarang. Cakap kenapa? Ikmal buat salah ke?".

Alia mendengus. Part ni yang dia tak suka. Senang sangat dia cair dengan pujukan orang.

"Alia ok. Ikmal kan ada kawan tu, pergilah borak dengan dia. Alia banyak kerja la, lepaskan boleh?". Dia meronta cuba melepaskan lengannya. Ikmal pegang lebih kuat.

"I see! Jealous sebab Ikmal tak layan Alia?". Usiknya. Dia tersenyum suka.

"Sorry? Alia takde masa nak jealous, ok? Dah la, Alia nak buat kerja ni. Ikmal lepas la. Tak baik biar orang tertunggu2. Nanti merajuk pulak!".

"Macam Alia sekarang, merajuk dengan Ikmal". Perlahan nada suaranya terus menembusi cuping telinga. Alia menjadi sesak. Suara Ikmal berubah seratus peratus.

"Betul kan? Alia merajuk kan? Tell me".

Alia menggigil. Ni ke Ikmal yang aku kenal? Kenapa berubah gaya percakapannya? Oh hati, janganlah cair!

"Alia nak buat kerja. Lepaskan". Alia cuba merayu. Seakan suaranya tersekat di kerongkong. Berdebar dadanya.

"Cakap dulu what's wrong dengan Alia. Then, Ikmal lepaskan. Alia merajuk dengan Ikmal ke? Sebab Ikmal layan Zuren lebih?".

Lama Alia diam. Ikmal pula setia menanti jawapan.

"Er, Alia..ok. Tak merajuk pun". Jawabku lemah. Alia pandang kearah luar. Takut2 kalau ada yang memerhati.

"Ok, jangan lepasni Ikmal tegur Alia, buat bodoh je. Memang nak kena cubit la jawabnya". Usik Ikmal lalu melepaskan lengan Alia dipegangannya. Dia masih tersenyum.

"Next time merajuk, Ikmal pujuk lagi romantik dari ni".

Alia tercengang. Ikmal pergi meninggalkan dirinya terkulat2 sendiri. Apakah yang sedang berlaku? Mak, tolong Alia! Pucat lesi wajahnya saat ini. Rasa dia tak salah pandang. Betullah itu Ikmal. Tapi, kenapa.. kenapa? Garau suaranya terlalu memikat hati Alia.

Argh! Sudahlah Alia! Lupakan. Manakan sama enggang dengan pipit. Kau tak layak untuk dia!

"Alia!". Alia terkejut. Dia toleh melihat Nazim di sisi.

"Nazim".

"Kau busy ke?". Soalnya perlahan. Hilang lagi mood nya dek 'cerita' yang baru berlaku tadi.

"Er, tak. Kenapa?". Soal Alia kembali. Kain lap di letak di sinki. Alia duduk di kerusi.

"Aku..saja nak borak dengan kau. Erm, cik Icah sihat?". Dia mulakan perbualan. Walaupun agak kekok, Alia tetap melayan sepupunya baik.

"Alhamdulillah, sihat. Mak kirim salam dekat kau. Er, kau marah aku lagi ke?".

Nazim tersengih. Mana boleh aku marah kau lama2.

"Tak lah! Sorry, aku tak tahu la kenapa aku boleh marah2 kau haritu. Ni, kau dah makan belum?". Dia cuba menceriakan suasana.

"Dah tadi". Jawabnya ringkas.

"Bila? Aku tak nampak pun. Kau jangan cekelat nak makan ye. Nanti sakit perut pulak". Bebel Nazim. Alia tersenyum. Ini baru Nazim yang dia kenal.

"Dah lah! Aku makan tadi, baru je. Ikmal yang paksa aku makan". Sejurus saja ayat itu diucapkan, Nazim berubah wajah. Dia terasa lain. Kenapa sakit hatinya bila nama Ikmal disebut oleh Alia.

"Baguslah!". Agak sinis suara Nazim. Kerut wajah Alia. Dah kenapa lagi ni?

"Kau kenapa? Kejap ok, kejap tak. Aku ada buat salah ke?". Tanya Alia tak puas hati. Penat dia memikirkan karenah sepupunya itu.

"Kau rapat dengan Ikmal, ada apa2 ke?".

Alia tercengang. Soalan atau apa?

"Kau tanya aku ni, apa pasal?". Alia gusar. Serius, dia masih tak dapat memahami maksud soalan Nazim.

"Jawab jelah!". Sedikit tinggi suara lelaki itu. Alia bungkam.

"Kenapa? Aku kawan je dengan dia. Salah ke?".

"Memang salah! Dia tu kan anak majikan kau. Patutnya kau respect dia sebagai anak majikan bukannya buat kawan".

Alia tercengang lagi. Kenapa emosional sangat ni?

"Aku tak kerja dengan dia. Aku pun boleh berkawan kan? Takkan sebab tu aku kena had kan pergaulan aku? Salah ke aku nak ramaikan kawan? Lili pun aku jadikan kawan jugak. Jadi, apa beza? Yang kau ni kenapa nak marah aku?". Ujar Alia sedih. Kenapa dengan Nazim ni?

"Ish! Kau ni tak faham ke aku cakap? Dia tu anak majikan, kau pembantu. Sepatutnya kau layan dia sebagai majikan jugak. Kena sentiasa tunduk hormat. Kau ingat senang2 ke boleh berkawan dengan anak majikan? Kau tak respect dia la macamtu. Aku nak ingatkan aje. Puan Hawa tau ke? Kalau dia tau, nahas kau kena buang kerja. Aku ni, respect je Ikmal tu time kerja. Kau jangan ikut perasaan sangat!". Panjang lebar Nazim 'ceramah'. Alia diam.

"Aku ingatkan aje. Yelah, bukan main lagi aku tengok rapatnya. Jangan dah kena, baru nak menyesal!". Nazim bangun seraya meninggalkan Alia seorang diri.

Dia puas hati. Biar Alia jarakkan hubungan antara dia dan Ikmal. Nazim tak boleh terima macamana mereka rapat. Setiap kali Nazim terpandang, dia terasa seperti dirobek hatinya. Alia kepunyaan Nazim. Dia tak boleh orang lain jaga Alia lebih baik dari dia.

Puas Alia memikirkan kata2 Nazim. Perlu ke dia buat macamtu? Sedangkan Ikmal sendiri tak kisah. Apa patut Alia buat? Alia takut dibuang kerja gara2 perkara ini. Alia buntu.

                         _____________________

"Selamat pagi, puan. Lena tidur?".

Soalan pertama diajukan buat majikannya. Setelah berpenat semalam, Puan Hawa masih kelihatan lesu.

"Penat. Sakit pula badan ni. Awalnya kamu bangun? Tak penat ke?". Hairan Puan Hawa. Dia yang cuma melayan tetamu sahaja pun rasa nak patah tulang temulang.

"Penat la jugak. Tapi, kena bangun la, nanti takde sarapan pulak". Seloroh Alia ceria. Dia capai mangkuk di dalam almari.

"Bagus betul kamu ni. Tak sia2 saya ambil kamu kerja. Tapi, harini kamu half day je. Kesian pulak kamu dah penat2 semalam kan, jadi saya dah suruh Lili bawa kamu pergi spa". Alia melopong dengar.

Apa? S..sp..spa?

"Eh, tak payah la, puan. Alia dah biasa dah. Ish, tak sedap pulak rasanya nak terima arahan puan yang ini". Alia gigit hujung bibir. Taknak la dia ikut. Segan la!

"Takpe la. Lili yang suruh kamu teman dia. Alang2, buat la sekali. Saya pun nak ke rumah adik saya kat Bangi. Nanti, takde siapa kat rumah, bosan pulak kamu". Puan Hawa mencapai gelas lalu menuang jus oren.

"Er, yelah". Separa rela dia menerima. Tak tahu macamana nak elak. Risau kalau tolak, Puan Hawa lagi memaksa.

"Morning, ma!". Wajah Lili dan Ikmal terpacul di dapur.

Alia segera menyiapkan kerjanya. Mangkuk yang berisi nasi goreng diletakkan di meja makan. Pinggan dikeluarkan lalu disusun di meja.

"Morning! Ni dah mandi belum ni? Baju semalam lagi".

Lili tergelak. "Not me, along ni yang belum mandi lagi! Dia kata dah lapar bau nasi goreng Alia. Masam kan, mama?". Usik Lili seraya mendapat cubitan manja oleh Ikmal. Dia tarik pula rambut Lili kuat.

"Auch! Sakit lah! Tau la rambut Lili cantik! Hish!". Jerit Lili tak puas hati. Dia ikat balik rambutnya yang dah tak terurus.

"Dah la tu. Kalau tak kacau adik, tak sah along ni ye! Ni, pergi la mandi dulu kalau iye pun. Tak semenggah mama tengok. Nasi tu pun tak lalu nak masuk ikut tekak awak!". Usik Puan Hawa dengan gelak tawa yang bersisa. Ikmal menarik muka.

"Fine! Perli la lagi. Along taknak layan! Lili, ingat sikit, along tak belanja baru tau!". Ugut Ikmal. Lili sengaja buat muka takut.

"Mana boleh! Dah janji, ek! Dosa kalau tak tunaikan, betul tak Alia?".

Eh? Aku ke?

"Er, ha". Kalut Alia menjawab. Dia terpandang Ikmal yang sedang tersengih memandangnya. Alia gelabah!

"Er, jemputlah makan. Alia ke dapur dulu nak selesaikan kerja".

"Eh, makan sekali. Kerja tu nanti boleh siapkan". Puan Hawa memberi arahan.

"Takpe, Alia dah makan". Dalih Alia lalu segera ke dapur. Dia lincah mengelap dapur gas yang kotor. Setelah selesai, dia basuh pinggan pula. Menyapu dan seterusnya mengemop lantai.

Puan Hawa dan Lili sudah lama selesai makan. Alia masih lagi di dapur. Dari satu kerja ke satu kerja.

"Alia, sampai bila nak lap meja tu? Sampai tertanggal mozek nya ke? Ni, makan". Suara Ikmal mengejutkan Alia. Dia menoleh.

Pinggan berisi nasi goreng diletakkan di meja. Ikmal duduk menanti jawapan.

"Alia dah makan".

"Seriously? Jangan tipu". Ikmal pandang wajah Alia ragu2.

"Betul Encik Ikmal, Alia dah makan tadi".

Ikmal mengerutkan dahi. Encik? Kenapa tiba2 saja bertukar panggilan. Dah lama dia tak menggunakan panggilan tu.

"Encik? Ikmal tak salah dengar ke?". Soal Ikmal tergelak.

"Alia kena hormat Encik Ikmal. Sebab Alia kerja dengan Puan Hawa kan? Alia rasa kalau panggil nama aje macam tak hormat pulak". Alia memberi jawapan. Ikmal menggeleng.

"Kan Ikmal cakap, kita kawan. So, Alia boleh panggil Ikmal sahaja. Lagipun, Alia tak kerja dengan Ikmal. Kenapa ni? Cuba cakap kenapa tiba2 Alia nak ubah panggilan pulak?". Dia mengerutkan dahi. Matanya tak lepas memandang Alia.

"Nazim cakap Alia tak hormat encik sebagai anak majikan. Sepatutnya, Alia layan encik sama macam Puan Hawa walaupun kita berkawan. Alia dah salah. Alia takut kena buang kalau Puan Hawa tau".

Ikmal tercengang. Tak lama lepastu dia erus mengekek ketawa.

"Nazim cakap?". Soalnya inginkan kepastian.

Alia mengangguk. Naif wajahnya.

"Ok, nanti Ikmal cakap dekat Nazim ye". Tak habis dia ketawa. Ikmal bangun lalu menuju ke bilik.

Geli hati pula bila melihat Alia naif mengikut kata Nazim, sepupunya.

"Nazim..Nazim! Kalau jealous, cakap lah!". Ikmal sambung gelak. Pintu bilik ditutup rapat. Dia mengambil tuala lalu membersihkan diri. Senyuman tak lekang di bibir.

                   __________________

"Alia, jom kita pergi sana pulak!".

Ajak Lili teruja. Mana taknya, memandangkan arahan Puan Hawa untuk Alia mengikut Lili ke spa, bukan main lagi dia mengajak ke sana sini. Baru sahaja selesai memanjakan diri tadi, kini Lili sudah mengajaknya membeli belah. Yang paling tak syok, Ikmal ada!

"Ish, dah la tu. Jom balik? Alia dah penat ni". Rengek Alia. Lenguh sudah kaki nya berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain.

"Ish, Alia kena ikut jugak! Bukan selalu along nak belanja ni!". Ujarnya lagi. Dia menarik lengan Alia agar mengikutnya masuk ke kedai kasut.

Ikut jelah Alia oi!

Ikmal di belakang dah tersengih2. Apa yang suka sangat pun tak tahu lah! Sebal hati Alia dibuatnya. Memang keluarga ni suka sangat nal paksa Alia ke macamana? Haish!

"Cantik la kasut ni. Alia nak try tak?". Lili menghulurkan kasut bertumit tinggi itu kepada Alia.

"Eh, Lili la pakai. Alia tak biasa pakai tinggi2 ni". Tolak Alia lembut.

Lili menjongket bahu. Dia kemudiannya duduk lalu menyarungkan kasut tersebut ke kaki nya. Sesuai!

"Cantik! Kena dengan Lili". Komen Alia jujur. Bertambah teruja la Lili dibuatnya.

"Alia pilih la jugak! Jangan risau, along bayar!". Bisiknya ke telinga Alia.

Huu.. bukan gaya saya la nak suruh orang bayar ni!

"Alia pilih la. Ganti sandal tu". Ujar Ikmal yang tegak berdiri di sisi Alia.

"Er tak payah. Ok lagi ni. Nanti2 je beli. Lagipun, tak koyak pun".

Ikmal menggeleng. Susah betul nak dengar cakap. Ikmal tarik lengan Alia lalu menuju ke bahagian sandal. Setelah melihat2 susunan sandal yang cantik, Ikmal mengambil sepasang sandal yang berwarna krim, bertali halus.

"Try ni". Hulurnya. Alia tetap menggeleng.

"Try! Ikmal nak Alia pakai". Ujarnya lagi. Kali ini lebih serius. Dengan lemah, Alia capai juga sandal dipegangan Ikmal.

Nasib badan!

"Haa, cantik! Ok, Alia ambil yang ni. Dik! Yang ni ye!". Ujarnya pada jurujual wanita itu. Dia tersenyum.

"Ikmal ikhlas nak bagi. Jangan tolak, ye?". Lembut suara Ikmal di telinganya. Alia tak mampu nak menolak.

Suaranya boleh jadi terpukau!

"Along, cantik tak?". Lili datang sambil menunjukkan sepasang kasut berwarna merah hati.

"Cantik! Apa je Lili pakai semua cantik. Dah ke belum? Along lapar ni". Ikmal memegang perutnya. Lili bergegas ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Setelah selesai, mereka menuju ke food court yang terletak di tingkat atas. Alia duduk bersebelahan Lili manakala Ikmal duduk berhadapan dengannya. Sekali lagi dia canggung.

"Lili nak makan apa?". Soalnya sambil membuka menu. Terdapat banyak makanan yang menarik selera.

"Lili nak spaghetti. Erm, Alia nak makan apa?".

Alia masih memandang ke arah menu. Banyaknya ! Tapi satu pun dia tak faham. Apa benda ni?

"Er, ikut la mana2 pun". Sudahnya, Alia menolak buku menu ke tepi.

"Spaghetti? Sama macam Lili?". Soal Lili lembut. Alia mengangguk.

"Along?".

"Erm, sama!".

Mereka bertiga diam. Lili sibuk berbalas mesej, Alia sibuk melayan perasaan sendiri.

"Along, petang ni teman Lili ambil barang, boleh?".

"Lagi? Kat mana pulak? Tak reti penat ke Lili?". Ikmal merungut. Dia sedut air yang baru sahaja sampai.

"Ala, dekat je. Kat Shah Alam. Boleh la. Alang2 kita dah kat luar ni".

Alia terdiam. "Boleh tak Alia nak balik dulu? Penat rasanya".

Lili membuat muka sedih. "Baru nak bawa Alia sekali. Jom lah!".

"Er, takpelah. Alia tak larat la. Kaki dah lenguh. Lili pergi dengan Encik Ikmal je". Ujarnya. Ikmal tergelak kecil.

Encik lagi?

"Erm, takpelah kalau gitu. Along hantarkan ye? Terima kasih!". Ujarnya riang. Ikmal menggeleng kepala tak percaya. Bila kekuar, memang tak reti nak penat adik nya sorang ni!

Makanan sampai dan mereka terus mengisi perut yang lapar. Alia makan dengan berselera. Pertama kali dia merasa makanan barat. Panjang lebar jugak lah Lili menerangkan tentang makanan yang mereka pesan. Alia mendengar dengan khusyuk.

Setelah siap makan, Ikmal hantar Alia pulang dahulu. Setelah itu, barulah mereka berdua bergerak ke tempat yang dituju. Alia cepat2 menuju ke bilik. Penat tak terkata. Rasa nak tercabut pinggangnya. Macamana lah orang yang boleh shopping sama berjam2 lamanya? Mujur dia bukan yang macam tu. Ish3!

Letak sahaja kepala di bantal, Alia terus melelapkan mata. Ngantuk dah tak mampu ditahan lagi. Alia lena diulit lena.

                      _________________

Knok! Knok!

"Alia! Bangun! Alia!".

Samar2 suara orang memanggil di balik pintu. Alia terpisat2 bangun. Siapa pulak yang kacau tidurnya? Dengan malas, Alia bergerak bangun menuju ke pintu. Perlahan dia buka.

"Alia! Bukak pun! Tidur ke?". Muncul wajah Lili di muka pintu. Dia bercekak pinggang memandang Alia yang masih mamai.

"Ah! Er.. ha". Jawabnya acuh tak acuh. Rambut yang serabai dibetulkan.

"Dah solat belum?".

Alia menenyeh mata memandang jam yang tergantung di dinding. 8.02

"Alamak! Alia tak solat lagi!". Lantas Alia berlari menuju ke bilik air.

Macamana dia boleh terlajak tidur ni! Ni mesti gara2 penat berjalan membuatkan dia hanyut terus ke alam mimpi. Nasib tak hanyut terus ke alam baqa'!

Setelah wudhu diambil, Alia cepat2 menyarungkan telekung di kepala. Dia segera mengangkat takbir dan mulai menunaikan solat fardu maghrib.

Setelah siap, Alia duduk di birai katil. Dia mencapai tafsir Quran pemberian mak. Alia buka surah Al kahfi. Mak kata, surah Al kahfi banyak fadhilat nya. Antaranya dapat menyelamatkan kita dari fitnah dajjal. Satu persatu ayat dibaca. Meskipun bacaan Alia tak sesedap qari kebangsaan, tapi tajwidnya masih lagi lancar. Semua disebabkan paksaan arwah ayah semasa Alia kecil. Selagi tak lancar, jangan masuk rumah. Atas sebab itulah Alia mampu membaca quran sehingga sekarang.

"Sadaqallahul 'Azim!". Alia menutup quran lalu meletakkan kembali ke atas meja solek. Telekung dibuka lalu dilipat kemas.

"Dah habis?".

"Allah! Terkejut Alia! Er, Encik Ikmal nak apa?". Alia mengurut dada. Nasib bukan hantu!

"Encik?". Ikmal meleretkan suaranya. Dia bersandar di pintu.

"Er, yelah! Jangan paksa Alia tukar ye. Ni, tak malu ke berdiri tegak kat bilik anak dara ni?". Perli Alia sambil membetulkan rambut.

Ikmal tersengih, "Mama panggil makan".

"Alamak! Makan petang la! Macamana Alia boleh lupa ni". Alia tepuk dahi kuat. Kalut dia ingin keluar bilik.

"Hei, dah siap la. Ikmal beli kat pasar je tadi. Mama kesian Alia penat sangat tu". Terang Ikmal tenang. Alia rasa bersalah pula.

"Kenapa Encik tak.."

"Encik??". Potong Ikmal. Geram dia dengan gadis dihadapannya. Sudah berkali2 pesan pun masih memanggilnya encik.

"Er, jangan lah macamni". Rayunya. Alia tersepit. Dia teringat kata2 Nazim tempoh hari. Bagaimana kalau betul2 Puan Hawa membuangnya disebabkan Alia tak hormat Ikmal?

"Kenapa? Kita kan dah janji nak kawan? Alia panggil Ikmal sahaja and Ikmal panggil Alia sahaja. Alia bukan pekerja Ikmal. Tak syok la macamni. Lili tu boleh aje Alia layankan. Ikmal je pulak Alia beza2kan". Dia mula merajuk. Sengaja dia menarik muka masam. Suka melihat wajah Alia yang serba salah. Ikmal tahan senyum.

"Ish, susah la nak fahamkan Ikmal. Alia bukan taknak, tapi Alia takut kena buang. Alia kena respect Ikmal sebagai anak majikan Alia". Terangnya.

"Apa benda mama dengar respect2 ni? Lambat benar along panggil, buat apa?". Soal Puan Hawa yang terpacul tiba2. Bertambah gelabah Alia disitu.

"Mama, Alia ni ha! Salah ke Ikmal nak kawan dengan dia? Dia kata mama buang dia kalau dia jadikan Ikmal kawan".

Alia melopong. Ap..Apakah? Oh Tuhan, sabar kanlah aku!

Puan Hawa tergelak ketawa mendengar kata2 anaknya. Dia pandang Alia yang sudah pucat lesi.

"Kenapa? Alia takut saya buang? Kenapa pulak? Awak bebas nak berkawan dengan siapa pun. Asalkan tahu batas pergaulan. Saya percaya awak tahu tu". Ujarnya lembut seraya mengelus rambut Alia. Dia terpegun.

"See! Mama tak buang awak, kan? Dah! Jom makan". Ikmal bernyanyi kecil seraya menuruni anak tangga. Dia tahu kali ini dia menang!

"Jom! Tercegat apa lagi tu? Tak payah risau, anak saya baik. Cuma tulah, nakal sangat. Suka usik orang. Alia jangan ambil hati, ye?".

Alia tersengih. Dia geleng kepala. Memang dia baik! Baik sangat.

Alia mengekori langkah Puan Hawa ke meja makan. Lili sudah tersedia menunggu begitu juga Ikmal. Lelaki itu masih setia dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Selalu memandang Alia dengan senyuman manisnya. Sampaikan Alia merasa naik mual melihatnya. Tapi, setiap kali itulah Alia jadi ketagih untuk terus dan terus memandangnya.

"Lambatnya Alia! Buat apa kat atas tu? Lili dah lapar tau!". Rungut Lili sambil memegang perut kempisnya. Alia hanya mampu minta maaf sahaja.

"Ok, along baca doa".

Ikmal pun mulai membaca doa. Setelah itu, mereka pun terus menjamu selera. Nasi ayam hainan menjadi pilihan mereka malam itu. Alia makan dengan penuh berselera. Ikmal yang duduk di sebelahnya turut berselera. Sesekali, dia akan tolong Alia mencarikkan ayam agar mudah Alia untuk makan.

"Alia boleh buat". Perlahan sahaja dia berbicara.

Ikmal tersenyum. Lama dia pandang wajah Alia disebelahnya. Satu fasa selesai. Dia perlu memulakan langkah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience